eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

PU Syed beri teguran Isu pengarah ‘telanjangkan’ pelakon--“Haram tetap haram”

 


Baru-baru ini tular kenyataan pengarah terkenal, Shuhaimi Lua mengenai babak drama arahannya yang menampilkan barisan pelakon lelaki tidak berbaju telah mendapat perhatian ramai.

Mana tidaknya, ramai tidak bersependapat bahawa ‘persetujuan bersama’ pelakon dalam pembikinan babak lebih penting, selain mengatakan tidak mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi mereka.



Takkan mereka nak pakai jubah?

Tak cukup dengan itu, Shuhaimi turut berpendapat bahawa babak yang dilakonkan oleh pelakon berkenaan hanyalah mengikuti situasi misalnya mandi dalam sungai atau kolam.

Katanya lagi, adalah tidak bersesuaian jika mereka mengenakan jubah dalam babak tersebut.



“Haram tetap haram”- PU Syed

Ekoran kenyataan yang diberikan oleh pengarah terkenal itu, ia telah mendapat perhatian pendakwah bebas, PU Syed bagi mengulas dari sudut hukum Islam.

Menerusi video teguran yang dimuat naik olehnya di laman Instagram, PU Syed mengatakan hukum mendedahkan aurat tidak kira jantina sekalipun tetap haram walaupun dikatakan hanya mengikut situasi cerita.

“Islam datang dengan peraturan, ada yang halal, ada yang haram, macam mana kita nak jawab dihadapan Allah apabila kita menghasilkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemaksiatan daripada pelakon tersebut yang ditonton umum?

Sanggup ke nak tanggung dosa?
Jelasnya lagi, peranan dan tanggungjawab seorang pengarah atau pelakon adalah sangat besar, terutama menayangkan aurat untuk tontonan umum.

Apa yang merisaukan, mereka ini dilihat sanggup untuk menanggung dosa yang dibuat hanya demi watak dalam sebuah drama yang dimainkan

“Adakah kita sanggup menanggung betapa besarnya dosa angkara cerita-cerita yang diarahkan”kata PU Syed.

Pada masa yang sama, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menyarankan agar Shuhaimi dapat menghasilkan naskah-naskah layar yang dapat mendidik para penonton ke arah mendekati jalan Allah.

“Buat tuan pengarah Shuhaimi, cubalah arahkan cerita yang jalan ceritanya lebih mendidik penonton dekatkan diri kepada Allah” katanya lagi.

sumber:@shuhaimilua_director, pusyed_official