eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Rider Mat Salleh kritik keadaan jalan raya Malaysia “Baiki lubang jalan raya…”

Umum sedia maklum mengenai keadaan jalan raya di negara ini yang boleh dikatakan amat menyedihkan. Meskipun telah banyak kali aduan dibuat, namun tiada tindakan positif diterima.

Nasib ini bukan sahaja menimpa di kalangan pengguna tempatan sahaja, malah mereka yang datang melancong dari luar negara.

Rider Mat Salleh kritik keadaan jalan raya Malaysia banyak lubang?

Terbaru, tular sebuah video dimuat naik semula di laman Twitter memaparkan seorang rider ‘mat salleh’ mengkritik keadaan jalan raya di negara ini yang dikatakan mempunyai banyak lubang.

Menerusi video itu, rider tersebut meluahkan kerisauan mengenai jalan raya di Malaysia yang boleh membahayakan nyawa pengguna.

Siap bandingkan dengan jalan raya di Peru
 
Apa yang menyedihkan, rider tersebut dilihat membuat perbandingan keadaan jalan raya negari di sebuah negara terpencil iaitu Peru, Amerika Selantan.
Kata rider itu, jalan raya di sana adalah jauh lebih baik berbanding Malaysia.

“Kami melalui jalan yang begitu baik di Peru dan membuatkan ramai menyoal bagaimana Peru, sebuah negara yang miskin mampu mempunyai jalan yang baik sedangkan tidak ramai orang datang ke sini.”katanya.

Macam tu je pihak bertanggungjawab kena ‘taruk’ dengan rider luar negara?

Ekoran itu, seorang pengguna yang dikenali @EppyFizul meluahkan kekecewaan apabila pengguna dari negara luar memberikan kritikan terhadap pihak yang bertanggungjawab di Malaysia kerana tidak tahu menjaga jalan raya.

Malunya….

Selain itu, ramai warganet meluahkan rasa malu sebaik sahaja mendapat tahu orang luar bersuara mengenai keadaan jalan raya ‘daif’ di Malaysia ini.

Apa2 pun, kita tunggu JKR keluar kenyataan bertulis

Walau bagaimanapun, ada netizen tidak sabar menunggu kenyataan bertulis dari pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) mengenai isu ini.

Sumber: @EppyFizul