eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sebak Datuk Yusof Haslam titip pesan buat menantu-“Semoga Sarah terus tabah”


Kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi oleh pelakon Puteri Sarah Liyana megar Kamaruddin dengan suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof dilihat agak meruncing apabila pelakon wanita itu mendedahkan hal tersebut di media sosial.

Menurutnya, kehadiran orang ketiga yang juga anak kepada seorang aktor senior telah mengakibatkan rumah tangga mereka diduga sehingga membuatkan para peminat bimbang.

Enggan memberi sebarang komen

Disebabkan Syamsul tidak membuka mulut perihal apa yang berlaku, pihak Melodi TV3 telah mendatangi bapanya yang juga penerbit, Datuk Yusof Haslam untuk bertanyakan isu rumah tangga anak dan menantunya.


Doa yang terbaik buat anak menantu

Dalam kenyataan yang diperoleh dari YouTube TV3, Yusof tidak dapat membenarkan atau menidakkan sebarang gosip mengenai dakwaan anaknya, Syamsul sudahpun bernikah lain.

Namun beliau berharap apa yang disensasikan di media sosial tidak benar kerana amat menyayangi anak, menantu serta cucu-cucunya.

Apa yang boleh dilakukan sebagai bapa ketika ini adalah mendoakan yang terbaik untuk mereka.


Harap semua spekulasi di media tidak benar

Walau bagaimanapun, jauh disudut hatinya, beliau berharap agar semua gosip tersebut tidak benar kerana cukup sayangkan rumah tangga Syamsul dan Sarah.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan hubungan mereka anak beranak masih lagi baik dan masih tetap dengan pendirian untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung kemelut rumah tangga anak dan menantunya.


Mohon menantu terus kuat

Akan tetapi, ketika meninggalkan pesan kepada Puteri Sarah, Datuk Yusof dilihat sebak dan berharap supaya menantunya kuat dalam mempertahankan rumah tangga yang sedang diuji ini.


@ecahwady Air mata seorang ayah 😭😭 #samsulyusof #fyp #tv3 ♬ original sound - ecahwady

Bagusnya bapa. Semoga semua dipermudahkan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Yusof yang disifatkan sangat positif.

Mereka juga memuji tindakan beliau yang bersifat neutral tanpa menyebelahi mana-mana pihak dalam kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi oleh anak menantunya.

sumber:@ecahwady ,YouTube TV3