Aktres dan pengarah berkaliber, Ellie Suriaty mendedahkan tiada lagi kemanisan dalam rumah tangga yang dibina selama 19 tahun bersama aktor Azri Iskandar sebelum nekad untuk bercerai bulan lalu.
Menurut laporan Astro Gempak, aktres berusia 52 tahun tersebut menyedari perubahan pada Azri dan tidak sanggup meneruskan kehidupan seperti itu.
“Saya kenal lelaki (Azri) ini 19 tahun atau 22 tahun termasuk perkenalan sebelum berkahwin. Jadi saya tahu perubahannya dari segi body language semua.
“Jadi saya faham dan saya tak mahu bertanya kerana kita pernah laluinya. Kadang-kadang dia seperti tidak hidup di dalam rumah…
“Dapat barang pre-loved pun suka kerana bagi saya momen itu bukan lagi barang atau material. Tak perlu pun terbangkan saya ke London atau Paris,” katanya.
Sedutan perkongsian Hlive
Ibu dua cahaya mata itu membuat luahan demikian menerusi program Hard To Heard, tayangan Astro Ria malam tadi yang dikendalikan pengacara popular Datuk Aznil Hj Nawawi.
Pelakon filem Embun itu berkata, sepanjang perkahwinan tersebut, dia tidak meminta barangan mewah sebaliknya hanya memerlukan kesetiaan suami.
"Dia mudah kahwin dengan saya dan cerai pun mudah…Sepanjang hidup dengan dia saya tak pernah mintak seurat rantai, barang kemas, cincin berlian atau apa…
“Apa yang saya perlukan kesetiaan, saya tak pernah mintak duit sebulan RM5,000 ke kerana wang bukan isunya… Its always about love,” ujarnya.
Perkongsian di laman Instagram Hlive itu bagaimanapun mengundang kecaman netizen yang menyifatkan Ellie tidak perlu membuka cerita kerana seolah-olah telah membuka aib bekas suaminya.
Sumber: Astro Gempak , Instagram Hlive