Setiap pasangan yang bercinta tentunya mengimpikan untuk mendirikan rumah tangga bersama. Namun, sebagai manusia, kita hanyalah mampu merancang dan hanya Tuhan sahaja dapat menentukan segala-galanya.
Lagi menyedihkan apabila mendapat tahu salah seorang pasangan itu berpaling tadah hanya kerana mahukan seseorang yang bekerja.
Tunang lari pilih lelaki bekerjaya
Menerusi video tular di laman TikTok, dilihat seorang pekerja kilang lelaki sedang makan bersendirian kerana kecewa ditinggalkan oleh kekasih hatinya.
Difahamkan, mereka akan mengadakan majlis pertunangan kurang lagi dua minggu sahaja lagi, namun wanita itu pergi meninggalkan dia hanya kerana seorang lelaki bekerjaya.
Percayalah dengan perancangan Allah
Perkongsian video berdurasi sembilan belas saat itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet dan ramai dilihat memberikan kata-kata semangat kepada lelaki tersebut. Tidak kurang juga ada yang meluahkan kesyukuran kerana lelaki itu tidak jadi bertunang kerana mereka percaya Allah pasti mahu berikan jodoh lebih baik selepas ini.
Didoakan semoga lelaki tersebut tabah menghadapi dugaan hidup dan tidak berputus asa mencari jodoh.
Sumber: @fadjir