eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Dia Serang Mak Mentua Aku Wei” Sesi ‘Live’ Puteri Sarah Dan Nad Zainal

 


Kemelut rumahtangga antara pengarah tersohor, Syamsul Yusof dan isteri, Puteri Sarah Liyana terus menerus menjadi bualan hangat warganet. Belum pun selesai, kali ini Puteri Sarah Liyana dan Nad Zainal membincangkan mengenai isu ini menerusi live di sosial media.

Dalam perkongsian semula oleh beberapa pengguna media sosial, Puteri Sarah Liyana meluahkan sebelum ini dia tidak bercerita mengenai isu tersebut kerana mahu menjaga aib suami dan keluarganya. Namun setelah beberapa kali ‘dicucuk’ akhirnya dia keluar dengan kenyataan dan mahu menyaman pihak ketiga yang menganggu rumahtangganya.


@ann_ahmad7 4 tahun mmg terseksa. Sya 10 tahun. Tpi diuji dengan cara berbeza. Hingga skrg sya masih diuji. Moga mental kita masih kuat. ❤️ #AnnAhmad #fyp #casablanca #puterisarahliyana ♬ CASABLANCA - Nuha Bahrin & Naufal Azrin

Menerusi sambungan live tersebut, Nad Zainal selaku rakan selebriti sempat mengaitkan karakter lakonannya sebagai Kirana disifatkan sama dengan ‘pihak ketiga’ tersebut.

Selain dari itu di sesi ‘live’ Puteri Sarah dan Nad Zainal ini, dia juga menyangkal dakwaan orang ramai yang dia menghalang poligami. Menurut pelakon ini, dia memohon kaum lelaki memahami ajaran agama sebelum menyatakan mengenai lelaki boleh berkahwin empat.


@shielabiey jenis muka tak tahu malu si irakazar family mentua PS pon kau nak kacau jgak!!😡#foryoupage #fypmalaysia #syamsulyusof #irakaza #puterisarahliyana ♬ original sound - shiela sham


Tambah Puteri Sarah lagi, dia sempat menceritakan wanita tersebut turut menganggu keluarga mertuanya.

“Dia serang mak mertua aku wei. Bila tak dilayan, dia ganggu adik-beradik lain pula”, ujarnya.

Di ruangan komen sesi ‘live’ Puteri Sarah dan Nad Zainal ini, rata-rata warganet memberi semangat kepada Puteri Sarah Liyana supaya teguh mempertahankan haknya.