eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama The Maid 2 Lakonan Norman Hakim, Sherry Alhadad

 

Drama The Maid 2 Lakonan Norman Hakim, Sherry Alhadad2

Tonton Drama bersiri popular terbitan Gempak (Gempak Originals Series), The Maid bakal menemui pengikut setianya untuk musim kedua (The Maid 2) Full Episod yang bakal menyaksikan kesinambungan telatah Suhana, Nadia dan Fika selepas mereka diceraikan oleh Jay, penulis novel Payung Emas yang kini mempunyai isteri baharu bernama Qina.

Masih mengekalkan penulis skrip seperti Sham Hashim dan Nazri Vovinski, The Maid 2 merupakan arahan bersama dua sutradara popular, Michael Ang dan Hadith Omar.

The Maid 2 akan ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 6 Julai 2022 melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

JUDUL: The Maid 2
Tonton Full Episod: 1-12
Tarikh Tayangan: 6 Julai 2022
Waktu Siaran: Rabu, 9:30 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro Go
Penulis Skrip: Sham Hashim dan Nazri Vovinski
Pengarah: Michael Ang & Hadith Omar
Pelakon: Norman Hakim, Sherry Alhadad, Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nabil Aqil, Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean, Aniq Suhair

Sinopsis The Maid 2

Jay dituduh merampas kesemua harta milik bekas isteri-isterinya setelah memperdayakan mereka. Ketika Jay dan Qina melancarkan sebuah resort di Pulau Dao, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori mereka dengan hasrat untuk membunuh Jay.

Namun belum sempat mereka melaksanakan apa yang dirancang, Jay ditemui mati. Kini ketiga-tiga bekas isteri terperangkap di resort tersebut dan menjadi suspek utama pembunuhan.

Promo Drama The Maid 2