eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Video Lelaki Gaul Ayam Tanpa Sarung Tangan Tular, “Erkk…Extra Perisa”

 


Kebersihan dan tatacara menyediakan makanan lebih-lebih lagi untuk dihidangkan kepada pelanggan semestinya harus dititik beratkan. Nak bagi orang makan bukan boleh buat main tau. Ini kerana kemungkinan berisiko pelbagai kesan sampingan boleh terjadi jika tidak dijaga kebersihan.

Baru-baru ini satu perkongsian menerusi satu akaun Instagram ini dipaparkan cara penyediaan ayam goreng di sebuah gerai. Biarpun niat pemilik akaun media sosial tersebut adalah untuk mempromosikan gerai jualan tersebut, namun rakaman cara penyediaan ayam goreng tanpa sarung tangan ini membuatkan ramai menegurnya.


Dalam perkongsian tersebut kelihatan seorang lelaki sedang menggaul ayam perapan sebelum digoreng. Lelaki itu dilihat tidak menggunakan sarung tangan dan asyik sedang menyediakan ayam tersebut.

Berikut adalah perkongsian rakaman lelaki gaul ayam tanpa sarung tangan yang dimuat naik menerusi satu akaun Instagram ini:



Uish nampak bersungguh betul dia menggaul tu. Tapi ‘lebih cantik’ kalau pakai sarung tangan kan? Apa-apa pun perkongsian rakaman lelaki gaul ayam tanpa sarung tangan ini telah mencuri perhatian ramai. 



sumber:halalfoodiemy