eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Program Terpaling Juara (Tv3)

 

Program Terpaling Juara (Tv3)1

Tonton Terpaling Juara adalah rancangan TV dengan konsep baharu yang mempertaruhkan tiga kapten bersama sama dengan enam peserta yang terdiri daripada 3 penyanyi senior dan 3 penyanyi baru yang telah terpilih sewaktu menjalani ujibakat. 


Program hiburan ini akan ditayangkan selama lapan minggu mulai 21 Ogos 2022 pada setiap hari ahad jam 9:00 Malam. Rancangan ini akan dihoskan oleh Shiha Zikir dan Haziq Hussni. Manakala, juri tetap pula adalah Datuk Hattan dan Fauziah Latiff.


Seperti yang dimaklumkan, rancangan akan menampilkan 3 kapten dan 6 peserta. Berikut adalah senarai kapten dan peserta yang akan muncul dalam rancangan Terpaling Juara.

Kapten :

Hael Husaini - Juara Lagu 32 (Jampi) & Juara Lagu 33 (Haram)
Akim Ahmad - Juara Lagu 30 (Potret)
Naim Daniel - Juara Lagu 34 (Sumpah)

Peserta :

Penyanyi Senior : Ifa Raziah, Hazami dan Rahmad Mega
Peserta Terpilih : Aqmal Ramdan, Shazreen Shaharum dan Aqeesh Aleeya

Dalam rancangan Terpaling Juara, Setiap kapten ditugaskan untuk membimbing seorang penyanyi senior dan seorang peserta terpilih membuat persembahan mingguan dengan tema playlist AJL (#playlistAJL).

Pemenang Terpaling Juara akan membawa pulang hadiah yang cukup lumayan bernilai RM100,000, Naib Juara RM50,000 dan tempat ketiga akan menerima hadiah RM30,000