eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wanita Cuak Diekori dan Diperhatikan Lelaki Tua,ketika makan aiskrim dalam kereta

 


Baru-baru ini, perkongsian dari seorang wanita ini menjadi tular di media sosial selepas dia berkongsikan satu kejadian menakutkan yang berlaku. Menerusi video yang dimuat naik ini, wanita itu memberitahu dia sedang memandu sendirian sambil menikmati aiskrim apabila dia menyedari sedang diekori seseorang.

Menurutnya, seorang lelaki pertengahan usia dilihat mengekorinya selama kira-kira 10 minit malah turut merenungnya dari dalam kereta. Difahamkan, lelaki tua tersebut memerhatikan wanita itu menikmati aiskrim di dalam kereta dengan pandangan yang menakutkan.

Jelasnya lagi, sewaktu kejadian berlaku dia memandu kereta milik abang iparnya dan singgah sebentar untuk membeli aiskrim. Semasa sedang menikmati aiskrim itu seorang diri, muncul lelaki tua itu yang memandu sebuah kereta Alza berada bersebelahan dengan keretanya.


@flwrbloom3 There is a difference between LOOKING and STARING! This creepy old man been following me and give me that look for almost 10 min #harassment #harassmentawareness ♬ Stand up - Zeda


Perkongsian video ini turut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengutuk tindakan lelaki tua tersebut. Malah ramai yang menganggap individu itu mempunyai niat yang tidak baik terhadap wanita itu kerana sanggup mengekorinya selama 10 minit dan memerhatikannya dari jauh.

sumber; @flwrbloom3