eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

AJL 37 Bertemakan Dimensi Muzik-Senarai Artis Pemenang

 


Tonton Anugerah Juara Lagu bakal edisi ke-37 bakal berlangsung pada 12 Februari 2023 (Ahad) Full Episod, bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3 

Tema Dimensi Muzik menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang sentiasa rancak dengan karya-karya dari pelbagai genre muzik. Masing-masing mempunyai warna dan emosi yang berlainan dalam penceritaan menerusi alunan muzik.

Malam anugerah buat julung kali menggandingkan dua figura yang terkenal dengan kepetahan berbicara dan gaya pengacaraan santai iaitu Sherry Alhadad dan Jihan Muse. 

Juara Lagu akan memenangi RM100,000 bersama trofi, naib juara akan memenangi RM 50,000 bersama  trofi dan pemenang tempat ketiga akan memenangi RM 30,000 bersama trofi. Manakala, pemenang Vokal Terbaik akan menerima RM12,000 dan trofi, pemenang kategori Persembahan Terbaik bakal menerima RM12,000 dan trofi. 

Kemeriahan acara karpet merah akan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam menerusi Karpet Merah Tonton yang dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy. Bagi mereka yang strim langsung di www.tonton.com.my, mereka dapat berinteraksi secara langsung dengan para finalis dalam program Backstage AJL 37 yang dihoskan oleh Nadia Hasnan dan Imran Aqil. 

Untuk mendekati finalis AJL 37, Tonton SoundStage x AJL37 kembali dengan 12 episod berdurasi 15 minit yang memaparkan temubual dan persembahan lagu daripada 12 finalis AJL 37 tentang debaran, persiapan dan harapan mereka untuk AJL 37 di www.tonton.com.my bermula 30 Januari hingga 10 Februari 2023. Tonton SoundStage x AJL37 juga akan disiarkan di TV3 dalam versi 30 minit selama 6 episod dari 5 hingga 10 Februari 2023, pukul 5.00 petang.

Dimensi AJL 37, sebuah program docutainment membawakan di sebalik tabir yang menyingkap perjalanan AJL 37 dari persiapan awal, ketika siaran langsung dan juga temubual bersama barisan pemenang. Jangan ketinggalan untuk menonton Dimensi AJL 37 yang akan bersiaran di TV3 pada 29 April 2023, pukul 12.00 tengah hari. 

Berikut ialah senarai penuh 12 lagu yang berentap di AJL 37:



Lagu Terus Hidup ciptaan sepenuhnya Aina Abdul dinobatkan juara Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37). Aina Abdul turut merangkul gelaran Vokal Terbaik sekaligus mengaut hadiah wang tunai sebanyak RM112,000 dan trofi.

Keputusan penilaian 12 buah lagu finalis AJL 37 dilakukan oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail. Barisan juri yang mengadili malam berprestij itu adalah Datuk Acis, LY, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Azlan Abu Hassan, Khir Rahman dan Damian.

JUARA
TERUS HIDUP
Penyanyi: Aina Abdul
Lirik: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul

NAIB JUARA
SATU MALAM DI TEMASEK
Penyanyi: Joe Flizzow & Sonaone
Lirik: Joe Flizzow & Sonaone
Komposer: Sonaone

TEMPAT KETIGA
ANUGERAH TERINDAH
Penyanyi: Alif Satar
Lirik: Alif Satar, Shah Shamshiri & Romeo
Komposer: Alif Satar, Romeo, Tam Cobain & Efry Arwis

VOKAL TERBAIK
TERUS HIDUP
Penyanyi: Aina Abdul
Lirik: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul

PERSEMBAHAN TERBAIK
IRAMA
Penyanyi: Shiha Zikir
Lirik: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves
Komposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves

PENYANYI PILIHAN ALHA ALFA AJL 37
SENGSARA 
Penyanyi: Khai Bahar
Lirik: John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K
Komposer: John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K