eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wanita Ini Kongsi Kisah Si Bulus Tergamak Dibuang Orang,Nangis Akhirnya Dapat Jumpa Oyen Balik

 


Makhluk bulus digelar sebagai kucing ini menjadi pilihan popular sebagai haiwan peliharaan kebanyakan orang.

Siapa sahaja yang tak sayangkan haiwan peliharaan sendiri, apabila tiba-tiba hilang tanpa sebarang petanda bukan?

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang gadis mengenai kucingnya yang bernama Oyen tiba-tiba hilang dari rumahnya telah mencuri perhatian warga maya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @miss_fiqarosli itu, dia yang sedang bergenang air mata dapat dilihat sedang memandu kereta ditemani Oyen dan menceritakan kisahnya tentang bagaimana dia bertemu semula dengan kucing kesayangannya itu di sebuah pasar.



“Pagi 9 Feb, sesudah subuh nak pi kerja, aku nampak dia di market(pasar).. Hati aku kata itu dia, sebab dia tak makan ikan mentah, sedangkan kucing lain di situ dah melompat mintak ikan mentah..

“Pagi ni, 11 Feb pi market, tujuan utama cuma nak cari oyen.. Alhamdulillah, aku ternampak dia tgh minum air..aku pi dekat, yes he is..😭😭” tulisnya di ruangan kapsyen video yang tular itu.

Difahamkan, Fiqa turut meluahkan dirinya bercampur pelbagai emosi apabila akhirnya dapat berjumpa semula dengan Oyen.

“Alhamdulillah, aku ternampak dia tgh minum air..aku pi dekat, yes he is..😭😭 Allahuakbar, tak terkata masa tu..sedih, sebak, happy, terharu dpt jumpa lagi dia.. terus balik, simpan motor ambik kereta pi ambik dia bawak balik..” luahnya lagi.

Fiqa turut menyatakan bahawa seorang penjual ikan di pasar itu memberitahunya bahawa Oyen seakan menunggu seseorang dan sudah lama dia berada di situ.


“Adik jual ikan kat situ cakap, taktau sapa buang dia, dah lama dia tunggu ja kat situ..

“Hati tuan mana tak luluh dgr org cakap mcm tu, kat situ jugak air mata ni jatuh..

“Alhamdulillah, terima kasih ya Allah makbulkan permintaan hamba hina yg penuh dosa ni..” luahnya dengan nada yang sebak.

Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet turut memahami perasaan pemilik si bulus yang mengalami kehilangan itu.

Ada juga individu yang mengkritik perbuatan si pelaku yang tergamak membuang sesuka hati sahaja haiwan peliharaan orang lain.


@miss_fiqarosli Alhamdulillah..kun fayakun.. Aku pernah down sampai demam kehilangan dia.. Aku pernah redha kehilangan dia.. Tapi hati aku sentiasa cakap, oyen masih hidup..tapi aku taktau kat mana org buang dia.. Berkat doa yg tak pernah putus, Allah temukan aku balik dgn amanat aku ni.. Pagi 9 Feb, sesudah subuh nak pi kerja, aku nampak dia di market(pasar).. Hati aku kata itu dia, sebab dia tak makan ikan mentah, sedangkan kucing lain di situ dah melompat mintak ikan mentah.. Pagi ni, 11 Feb pi market, tujuan utama cuma nak cari oyen.. Alhamdulillah, aku ternampak dia tgh minum air..aku pi dekat, yes he is..😭😭 Allahuakbar, tak terkata masa tu..sedih, sebak, happy, terharu dpt jumpa lagi dia.. terus balik, simpan motor ambik kereta pi ambik dia bawak balik.. Adik jual ikan kat situ cakap, taktau sapa buang dia, dah lama dia tunggu ja kat situ.. Hati tuan mana tak luluh dgr org cakap mcm tu, kat situ jugak air mata ni jatuh.. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah makbulkan permintaan hamba hina yg penuh dosa ni.. #kenangan #kenanganterindah #anugerahterindah #kesayangan ♬ Sumpah dan cinta matiku - Nidji
kredit:@miss_fiqarosli