eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Budak Lelaki Ini Sebak , Kerana Tak Jangka Hari Jadi Disambut Pada Majlis Orang Lain Punca Netizen Menangis Pagi2

 


Menurut kanak-kanak, sambutan hari jadi merupakan hari yang dinanti-nanti kerana boleh menhajati sesuatu hadiah selain dapat makan kek!


Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga berasa lebih dihargai jika ibu bapa mereka sudi meluangkan sedikit masa dan tenaga pada hari istimewa mereka.

Tular baru-baru ini, seorang budak lelaki menitiskan air mata apabila sambutan hari jadi kanak-kanak lain berubah menjadi sambutan hari jadinya!


Menerusi video oleh Faiezah Amran di TikTok, Farish Rizzqi dan kanak-kanak yang lain pada mulanya menyanyikan lagu hari jadi kepada sepupunya, Zara Alana.

Tak lama kemudian, lagu yang sama dinyanyikan semula namun menggunakan nama kanak-kanak berusia 8 tahun ini.

Yang membuatkan Farish sebak dan terkejut, bapanya datang dari belakang dengan membawa kek.

Farish hanya mampu terdiam dan kaku memandang ke arah bapanya sebelum mengalirkan air mata terharu.

Bagaimanapun Farish sempat tersenyum tanda bahagia hari lahirnya diingati dan disambut oleh keluarganya.

Mungkin juga kanak-kanak itu beranggapan ibu bapanya lupa hari jadinya, tetapi mereka berjaya kejutkan Farish sambil berpakat dengan yang lain.

Rakaman menyentuh hati di TikTok ini kini berjaya mencecah jumlah tontonan sehingga 843.4 ribu manakala mendapat sebanyak 99.9 ribu tanda suka!



@faiezahamran happy birthday abg farish rizzqi yg ke8❣️❣️❣️ #birthdayboy #birthday8tahun #muhammadfarish #anakmakayah #fyp #fypã‚· ♬ original sound - Faiezah Amran
sumber:Farish Rizzqi