eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Filem Polis Evo 3

 


Filem aksi blockbuster terlaris Polis Evo kembali untuk melengkapkan triloginya, POLIS EVO 3 yang akan menemui penonton di seluruh pawagam seluruh Malaysia, Singapura, Brunei bermula 25 Mei ini! Polis Evo 3 mengembalikan tunggak utama Zizan Razak sebagai Inspektor Sani dan Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai. ‘Keluarga Polis Evo’ juga bertambah besar apabila disertai nama-nama hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.

Lebih menarik, Polis Evo 3 turut dijayakan dengan penampilan khas pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA dan pempengaruh media sosial Zukieeeee. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa oleh Dato’ Afdlin Shauki yang pasti mencuit hati.

Bermula dengan filem Polis Evo (2015) yang meraih kutipan RM18juta dan Polis Evo 2 (2018) dengan kutipan RM25juta, ia memperlihatkan keupayaan dan garapan berbeza oleh pengarah-pengarah dengan kaliber tersendiri. Polis Evo diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Polis Evo 2 diarahkan oleh Joel Soh dan Andre Chiew dan untuk Polis Evo 3 kali ini, pengarah filem pecah panggung, Syafiq Yusof mengambil tugas untuk menghasilkan sebuah lagi karya yang bakal menjadi ikonik. Mereka ini adalah pengarah muda berbakat besar. Dihasilkan rumah produksi BlackFlag, buat pertama kalinya juga filem Polis Evo melibatkan gabungan tiga penerbit besar Malaysia iaitu Astro Shaw, Skop Productions dan TGV Pictures.

Lagu Tema Filem (OST) Lagu bertajuk “AYUH” merupakan lagu ciptaan oleh komposer legenda rap terkenal, Malique atau turut dikenali sebagai Mr General di kalangan peminatnya. Turut ditulis Adeep Nahar dan lirik oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra, ‘Ayuh’ dinyanyikan oleh gabungan hebat Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan vokal terbaik, Ernie Zakri. Lagu yang berentak ‘up beat’ ini mampu mengajak semua peminat untuk mendengar dan menikmati setiap bait liriknya dari mula hingga ke minit terakhir. Ini merupakan kemunculan pertama nyanyian Malique selepas enam tahun tidak merakam lagu.

JUDU:  Polis Evo 3 #polisevo3 #filempolisevo3 
Genre: Aksi / Komedi
Tarikh Tayangan: 25 Mei 2023
Skrip: Kyle Goonting, Joel Soh, Abhilash Chandra, Bernice Low, Anwari Asraf
Pengarah: Syafiq Yusof
Dipersembahkan: Astro Shaw, Skop Productions, TGV Pictures
Syarikat Produksi: BlackFlag

Watak Pelakon
Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai
Zizan Razak sebagai Inspektor Sani
Sharnaaz Ahmad sebagai Reza
Syafiq Kyle sebagai Inspektor Dani
Fara Ali Khan sebagai Inspektor Julie
Douglas Lim sebagai Inspektor Dell
Nora Danish sebagai Anis
Eyka Farhana sebagai Yati
Fauzi Nawawi sebagai ACP Farouk
Fezrul Khan sebagai Inspektor Faizal

Sinopsis Polis Evo 3
Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Sebuah letupan di Pulau Pinang yang telah membunuh ratusan mangsa termasuk seorang anggota polis kini dalam siasatan Inspektor Sani dan Khai. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Promo Polis Evo 3