eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Alamak Lagi-Lagi Dia

 


Tonton drama adaptasi novel 'Alamak Lagi-Lagi Dia' karya Mazni Aznita akan disiarkan di saluran RTM. Menampilkan gandingan pelakon utama Wafariena Roslan, Iman Zulkarnain dan Hariz Hamdan. Diarahkan oleh Amor Rizan.

JUDUL : ALAMAK LAGI-LAGI DIA
Tonton FUll EPISOD : 1-30
TARIKH TAYANGAN : -
WAKTU SIARAN : -
RANGKAIAN : RTM
PENULIS NOVEL : Mazni Aznita
PENULIS SKRIP : Farhana Fauri
PENGARAH : Amor Rizan
PRODUKSI : AN Universal Sdn Bhd

PELAKON
Wafariena Roslan sebagai Syafika (Cika)
Iman Zulkarnain sebagai Nadim Imran
Hariz Hamdan sebagai Idham Hariz
Nazzaty Rusli sebagai Gina
Alia Zekri sebagai Puan Bahyah
Ikhlas Jalil sebagai Bakri (Ubek)
Jaafar Onn sebagai Dato Fakri
Shaharuddin Thamby sebagai Tan Sri Jabbar
Amy Nur Tinie sebagai Naomi
Hasnol sebagai Tuan Aziz
Sazrin Aizul sebagai Zack
Anne Ngasri sebagai Marcella
Syel Ramlan sebagai Puan Aisyah
Ewan Fauzi sebagai Zain
Sri Idrina sebagai Ziana
Darling Ngasri sebagai Sally

SINOPSIS ALAMAK LAGI-LAGI DIA
The Loser gelaran yang tidak pernah dimahunya. Namun kerana sekeping surat dia menjadi mangsa buli di sekolah. Trauma dengan seorang insan bernama Idham Hariz di zaman persekolahannya, membuatkan Syafika tidak pernah punya teman lelaki, walau asyik blind date dengan lelaki-lelaki berbeza. Nadim Ammar, si Pianist yang selamba, keras kepala tetapi punya prinsip tersendiri tentang cinta. Bertunang dengan Emilia, anak Tan Sri Jabbar bukan atas kerelaan hati. 

Kes silap masuk khemah di tempat memancing mempertemukan si Loser dan si Pianist ini. Syafika dengan perangai A, Nadim dengan perangai B. Syafika gadis kerek bagi Nadim. Nadim lelaki poyo menurut tafsiran Syafika. Tapi antara pro dan kontra, anehnya mereka sering bertemu. Dan seperti kisah-kisah cinta yang lain, bertemu itu maknanya berjodoh. Berjodoh itu maksudnya cinta. 

Syafika masih tidak yakin. Bila soal cinta berada di pasak hati, dia seperti gadis bingung. Tapi si Pianist itu sudah mencuri hatinya. Namun bila cinta mula bersemi, Idham muncul kembali, mahu mencuri hati Syafika yang dahulu dibuli dan dikeji. Siapa yang akan Syafika pilih? Lelaki di masa lalu atau masa kininya? Lalu siapa yang harus dicuri cintanya? Cinta si Pianist yang cool atau cinta si kaki buli yang tampan?