eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Surat Dari Tuhan Lakonan Shukri Yahaya,Janna Nick

 


Tonton drama bersiri Surat Dari Tuhan yang akan ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3. Drama terbitan Mache All Star United ini diarahkan Mohd Fazli Yahya, menampilkan barisan pelakon ternama seperti Shukri Yahaya, Janna Nick, Ummi Nazeera, Trisha Oo dan ramai lagi.

Judul : Surat Dari Tuhan #suratdarituhan
Tonton Full Episod: 1-30 #suratdarituhan
Tarikh Tayangan: 30 Oktober 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam 
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Skrip: Rozie Rashid & Soula Nordin
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd

Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Ryan
Janna Nick sebagai Misha
Ummi Nazeera sebagai Suzana
Wanns Ahmad sebagai Uzair
Trisha Ooi
Sheila Hassan
Balkisyh Semundur Khan
Qistina Raisah
Shahidan Izwan
Qayra El
Meor Mohd
Nik Ramly Rejab
Arash Mohd


Sinopsis Surat Dari Tuhan
Mengisahkan seribu satu dugaan melanda hidup Ryan (Shukri Yahaya) yang baru berkahwin dengan isterinya, Misha (Janna Nick) yang bersifat talam dua muka. Ryan telah membuat keputusan untuk memberi peluang kepada Misha dan berkahwin dengannya walaupun Misha pernah memutuskan pertunangan mereka beberapa hari sebelum hari perkahwinan mereka. Walaupun tidak dipersetujui oleh ibunya, Rafilah (Sheila Mambo), namun Ryan yakin bahawa Misha telah berubah. 

Kegusaran Rafilah terbukti menerusi layanan Misha terhadapnya. Tanpa pengetahuan Ryan, Rafilah terjatuh dari tangga kerana ditolak oleh Misha. Layanan Misha semakin menjadi apabila Ryan membawa mereka untuk menunaikan umrah bersama. Sepanjang keberadaan di Madinah, Misha langsung tidak membantu Rafilah untuk memudahkan perjalanannya, malah dia cuba untuk membunuh Rafilah. 

Sekembalinya Ryan dari Mekah, satu persatu masalah timbul. Rakan kongsi perniagaannya telah melarikan wang syarikat dan menyebabkan dia terjerumus dalam hutang. Suzana (Ummi Nazeera) yang merupakan pelanggan setia Ryan cuba membantu Ryan untuk menyelesaikan masalah hutang. Kehadiran Suzana membuatkan Ryan selalu tenang dalam menghadapi segala ombak badai yang melanda keluarganya.

Para Pelakon Surat Dari Tuhan

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40