eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Mak cik Kedai Makan Segaja 'Pedajal' ,Suami Isteri Kena Tangkap Basah Di Hotel

 


Hanya disebabkan masalah dengan seorang pemilik kedai makan, pasangan suami isteri terpaksa berhadapan dengan serbuan dari pejabat agama Islam sewaktu menginap di sebuah hotel murah.

Kena tangkap basah dekat OYO

Menerusi perkongsian di TikTok zed_rodzuan, dia dan isteri yang baru sebulan bernikah telah ‘ditangkap basah’ oleh pegawai-pegawai jabatan agama Islam namun terlepas memandangkan mempunyai kad pernikahan.

@zed.rodzuan

Kalau jiwa tak kental jangan sekali2 check in oyo. Sekali kena tangkap basah tidur tak lena weh 😂

♬ original sound - Zed Rodzuan

Menerusi cerita Zed, mereka sebelum menginap di hotel murah itu telah pergi ke satu restoran berhampiran untuk menjamu selera.

Namun disebabkan servis yang begitu lambat sehingga hampir sejam makanan dipesan pun belum tiba, dia dan isteri telah bergerak untuk makan ditempat lain kerana sudah terlalu lapar.

Pemilik kedai makan tak puas hati
Ternyata pemilik restoran berkenaan tidak berpuas hati dan pergi bertemu mereka dengan mengambil gambar dan menggunakan ayat-ayat simpati.

Suami kepada mak cik tersebut juga telah mengekori pasangan ini sehingga ke hotel OYO berdekatan dan mengambil peluang untuk memerangkap mereka dengan membuat aduan kepada pejabat agama.

@zed.rodzuan Replying to @Sharifah Nurfarah Yannis ♬ original sound - Zed Rodzuan

Disebabkan itu, Zed dan pasangannya terpaksa melayani pegawai agama yang datang menjalankan tugas selepas menerima aduan walaupun perlu bangun awal pagi memandangkan bakal menaiki penerbangan ke Paris untuk berbulan madu.

Mujurlah mereka mempunyai kad pernikahan yang sah dan dapat di dengar yang pegawai agama tersebut mengucapkan selamat pengantin baru dan beredar selepas terbukti mereka adalah suami isteri.

Sumber: zed.rodzuan