eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Tak akan!” -Sanusi Enggan Mohon Maaf Kepada Vincent Tan

 


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan dengan tegas bahawa dirinya tidak akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dan Berjaya Land berkaitan kenyataan fitnah yang dikeluarkan sebelum ini.

Dokumen sedang diserahkan

Memetik laporan dari Harian Metro, Sanusi mengatakan bahawa isu berkenaan sedang berkembang dan dokumen juga sedang diserahkan selepas dituntut untuk membuat permohonan maaf.

“Tak akan (minta maaf), kes itu masih berkembang, dokumen sedang diserahkan jadi kita tengok sehari dua lagi,” katanya.


Terdahulu,  Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad serta Berjaya Land itu telah menuntut agar Menteri Besar Kedah berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka dan pampasan berjumlah RM200 juta.

Hal ini susulan tindakan Sanusi yang mengeluarkan kenyataan berbaur politik, fitnah danpalsu  sewaktu memberikan ceramah dalam Jelajah Mega PN (Perikatan Nasional) Best’ dan ‘PN Best Sayangi Kedah Sejahtera Mega Tour’ pada 2 Ogos 2023.

Sumber: Harian Metro