eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Famili Duo (2023)Tv3 Musim 3 :Senarai Peserta ,Lagu Tugasan ,Keputusan Mingguan Serta Cara Undian

 

Famili Duo Musim 3 adalah sebuah rancangan realiti TV3 yang menampilkan enam pasangan peserta, terdiri daripada selebriti popular dengan ikatan kekeluargaan. Lapan episod program nyanyian ini akan disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 dengan pengacara Janna Nick dan Izzue Islam sebagai hos, manakala Ajai dan Mas Idayu berperanan sebagai pasangan juri tetap. 
Rancangan ini disokong oleh penaja utama, Ogawa, dengan tajaan bersama dari Elegent Cosmetic dan rakan penaja, Centrum. Ia menghadirkan pasangan selebriti terkenal yang memiliki hubungan kekeluargaan atau persaudaraan, bersaing dalam tema yang berbeza setiap minggu. 
 
Hadiah kemenangan mingguan sebanyak RM10,000 menanti pemenang pada tujuh episod pertama. Di samping itu, mereka juga berpeluang untuk meraih hadiah utama sebanyak RM100,000 pada peringkat akhir! Pemarkahan pertandingan ini akan ditentukan oleh kombinasi penilaian juri tetap sebanyak 70%, disertai dengan undian dalam talian oleh penonton yang menyumbang sebanyak 30%. Famili Duo 

Musim 3 dengan slogan "Berduo Lebih Baik!" akan memulakan tayangan pada 15 Oktober 2023, setiap hari Ahad, pukul 9 malam di saluran TV3, atau boleh disaksikan secara dalam talian (online) melalui laman web serta aplikasi Tonton. Rancangan ini dimeriahkan dengan penglibatan OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital serta Hot FM selaku Famili Radio. 


Senarai Peserta 
Musim ketiga ini membariskan penyanyi popular, pencipta kandungan sensasi dan pelawak, sebagai pasukan peserta yang akan memberikan warna unik kepada pertandingan. Mereka terdiri daripada :- 
 
1. Shila Amzah dan Syahir Amzah (adik-beradik) 
2. Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu) 
3. Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (adik-beradik) 
4. Ryan Bakery dan Adam Bakery (adik-beradik) 
5. Fuad Rahman dan Tom (suami isteri) Identiti pasangan keenam hanya akan diumumkan semasa konsert minggu pertama yang akan ditayangkan pada 15 Oktober 2023. 

Cara Undi Setiap penonton boleh memberikan undian sebanyak 10 kali setiap minggu untuk pasangan duo kegemaran. Penonton yang melanggan TontonUP, bagaimanapun, mempunyai keistimewaan untuk membuat undian sebanyak 50 kali. 



Lagu Tugasan 
Minggu 1 
1. Shila Amzah dan Syahir Amzah - Menggegar Dunia (Stacy & Adam AF) 
2. Haqiem Rusli dan Ariff Bahran - Terhangat Di Pasaran (KRU & Adam) & Berdua Bersatu (Forteen) 3. Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi - Dikir Puteri (Noraniza Idris) 
4. Ryan Bakery dan Adam Bakery - Santai (Faizal Tahir) 
5.Fuad Rahman dan Tom - Tiada Lagi (Amy Search) 
6 . "K" & Suaminya (pasangan peserta yang masih dirahsiakan) - Ikan Dalam Kolam (Elcorona Gambus, Madena Music), Kopi Dangdut (Fahmi Shahab) & Dag Dig Dug (Haiza) 
 *Lagu tugasan akan dikemaskini pada setiap minggu. 

 Keputusan Markah Mingguan Peserta *Akan dikemaskini setiap minggu.