eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Projek Bapak-Bapak Musim 2 Kini Kembali Bersama Datuk Jalaludin ,Dato Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali

 


Bapak-bapak kesayangan Malaysia kembali! Gandingan lawak di antara Datuk Jalaludin Hassan, Dato Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali yang telah mencuitkan hati para penonton Ramadan lalu kini kembali dengan musim kedua ‘Travel Lawak- Projek Bapak-Bapak’ di Astro.

Setelah negara matahari terbit ditakluk dengan pelbagai karenah mereka, kini keempat-empat mereka ke Australia untuk menyambung misi lawak ‘bapak-bapak’. Musim kedua kali ini menyaksikan Tok Jalal, Tok Ram, Roy dan Jatt menakluk Sydney dan Melbourne dengan pelbagai ragam dan gelagat mereka.

Pengembaraan sepanjang sepuluh episod termasuk sebuah episod khas reunion membabitkan pelbagai aktiviti pengembaraan serta aktiviti lasak yang mencabar kemampuan serta kesabaran mereka yang pastinya memberikan reaksi yang bakal membuat ramai ketawa tidak henti. Antaranya bermain boomerang ketika World Championship Boomerang, menawan puncak Sydney Harbour Bridge, bermain ski di Mount Buller, berkayak di Sydney Harbour, surfing di pantai tersohor Bondi Beach, berenang dengan jerung dan macam-macam lagi.

Cabaran-cabaran yang diberikan bukan sahaja menguji kemampuan individu tetapi team spirit di kalangan bapak-bapak kegemaran Malaysia.

‘Chemistry’ ini kini kembali, dan ramai sudah pastinya tidak sabar untuk menonton bapak-bapak mengembara bersama sambil melakukan cabaran-cabaran yang bakal menguji kemampuan mereka. Well, age is just a number, sepertimana bapak-bapak kami telah membuktikannya.”

“Kali ini kami bekerjasama dengan Tourism Australia untuk menjayakan musim kedua ‘Travel Lawak- Projek Bapak-Bapak’. Pihak Astro ingin mengucapkan terima kasih kepada Tourism Australia atas sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi. Ternyata pihak Tourism Australia mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap rancangan yang telahpun mencetus fenomena hiburan yang tidak disangka di negara ini. Kami berharap agar para penonton kekal terhibur bersama-sama bapak-bapak kami. Adakah alasan G-force bakal kembali? Kita tunggu dan lihat nanti,” tambahnya lagi.

Saksikan ‘Travel Lawak- Projek Bapak-Bapak’ Musim 2 mulai 2 November 2023 setiap hari Khamis jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107).