eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Seloka Asmara Buat Kemboja Lakonan Julia Farhana Marin,Amir Nafis

 


Saksikan drama bersiri Seloka Asmara Buat Kemboja arahan Ejump Mohd mulai 17 Oktober 2023, setiap Isnin hingga Khamis, 6:45 petang di slot Widuri TV1.

Judul: Seloka Asmara Buat Kemboja #selokaasmarabuatkemboja
Tarikh Tayangan: 17 Oktober 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 6:45 petang
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Abdul Nasir Abdul Khalil
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: Neraca Era Sdn Bhd

Watak Pelakon
Julia Farhana Marin sebagai Kemboja
Amir Nafis sebagai Asyraf
Mior Hashim Manap sebagai Dato Meor Shariman
Susan Lankester sebagai Dahlia Estella
Zac Zaki sebagai Teruna
Zalfa Zin sebagai Farhana
Khaliela sebagai Cempaka
Darren Ngai sebagai Benedict
Amy Nur Tinie sebagai Puteri
Chef Fikree sebagai Prof Fauzan
Nazia Mustafar sebagai Dr Hawa
Rosdeen Suboh sebagai Prof Khusyairi
Saiful Wazien sebagai Hayat
Hannah Lee sebagai Nora
Hana Tiha sebagai Aqila
Mulla sebagai Nikki

Lagu Tema
Lagu: Misteri Cinta
Penyanyi: Suhaimi Mior Hassan & Ziana Zain

Sinopsis Seloka Asmara Buat Kemboja
Kemboja yang merupakan seorang pensyarah berkawan dengan Asyraf, seorang pemilik syarikat pengiklanan antarabangsa yang mementingkan Bahasa inggeris dan budayanya.

Asyraf ke rumah Kemboja untuk bertemu dengan keluarganya. Keluarga Kemboja kaya dengan budaya Melayu dalam kehidupan mereka. Asyraf rasa kekok dan rasa dirinya telah diperbodohkan oleh keluarga Kemboja. Kemboja kecewa dengan Asyraf yang cepat mengalah. Kemboja turut kecewa dengan ayahnya kerana tindakannya melayan Asyraf. Kemboja perang dingin dengan ayahnya.

Dato Meor memberi peluang kedua pada Asyraf dengan syarat Asyraf perlu faham dan memahami bangsa Melayu dalam tempoh sebulan. Kemboja membantu Asyraf untuk mengikuti kelas sejarah, budaya dan bahasa Melayu bersama profesor di universitinya.