eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Wanita Syurga lakonan Siti Khadijah,Redza Rosli

 

Nantikan drama Wanita Syurga akan datang di slot Akasia TV3 pada bulan ramadan nanti. Menampilkan pelakon seperti Redza Rosli, Siti Khadijah Halim, Nazim Othman, Riena Diana dan ramai lagi. Drama terbitan Zamriez Golden Pictures dibawah arahan Reza Baharudin dan skrip oleh Sophilea.

Judul ; Wanita Syurga #wanitasyurga
Tonton Full Episod: 1-35
Tarikh Tayangan: Ramadan 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Penulis Skrip: Sophilea
Pengarah: Reza Baharudin
Produksi: Zamriez Golden Pictures

Watak Pelakon

Siti Khadijah Halim sebagai Ardini Zahira
Redza Rosli sebagai Amar Ilhami
Nazim Othman sebagai Luqman
Riena Diana sebagai Farah Mokhtar
Shah Iskandar
Puteri Khareeza
Marisa Yasmin
Amyza Aznan
Annie Mosha
Arieana Mikayla
Syazuwan Hassan
Syamim Farid
Wan Sharmila

Wanita Syurga


Sinopsis Wanita Syurga
Menceritakan tentang Ardini (Siti Khadijah Halim) yang ikhlas menjadi isteri kepada Amar (Redza Rosli), lelaki yang dicintainya namun ketika cintanya dikhianati dia juga harus bersedia kehilangan kedua-dua permata hatinya, Wana dan Warith.

Kisah bermula apabila Ardini meninggalkan kerjayanya sebagai pereka dalaman semata-mata untuk memberi tumpuan kepada keluarganya.

Kehidupan Ardini dan Amar bahagia di samping dua cahayamata mereka iaitu Wana dan Warith. Namun, langit tidak sentiasa cerah, sehingga kemunculan orang ketiga, Alin (Riena Diana).

Amar dan Alin berkahwin di luar negara tanpa pengetahuan keluarga. Sejak itu, kehidupan Ardini dan anak-anaknya terabai kerana Amar melebihkan Alin kerana dia seorang yang bekerjaya.

Ardini mendapat sokongan Puan Faizah, ibu mertuanya menjalani masalah rumah tangganya. Ardini bangkit semula untuk mempertahankan haknya sebagai seorang ibu.

Kedatangan Luqman, peguam syarie yang juga kawan sekampung Ardini membuatkan Ardini kembali bernafas dan nekad untuk mendapatkan kembali haknya yang di rampas oleh Amar dan Farah. Mampukah Ardini mendapatkan semula haknya yang hilang?

Para Pelakon Wanita Syurga