First Wives
Drama First Wives
Astro Originals bakal mempersembahkan drama premium bertajuk ‘First Wives’ pada hujung tahun ini. Siri 8 episod ini iarahkan oleh Imri Nasution, dibintangi oleh Mimi Lana, Melissa Campbell, Malek Mccrone, Andy Teh, Carmen Soo dan ramai lagi.

Judul: First Wives #firstwives
Tonton Full Episod:1- 8
Tarikh Tayangan: 2024
Rangkaian: Astro Premiere, Astro GO, Sooka
Penulis Skrip: Catalina Mae
Pengarah: Imri Nasution
Produksi: Astro Shaw & Infinitus Films

Watak Pelakon
Mimi Lana sebagai Diyana
Melissa Campbell sebagai Michelle
Malek Mccrone sebagai Azzim
Andy Teh sebagai Toa Seng
Carmen Soo sebagai Amber
Charles Roberts sebagai Roshan
Theebaan G.
Nina Juren
Tony Eusoff
Sathis Varan
Medina Riffqa

Sinopsis First Wives

"Bila segalanya dirampas, hanya sahabat sejati jadi pelindung terakhir."

Diyana dan Michelle. Dua wanita. Dua kisah duka. Satu persahabatan yang tak tergoyahkan.

Sejak kecil, mereka sudah ibarat adik-beradik. Suka dan duka dikongsi bersama. Namun bila dewasa, hidup mereka mengambil jalan yang tidak mereka jangka. Diyana – seorang isteri dan ibu yang setia – hidupnya musnah apabila dia mendapat tahu suami yang selama ini disanjung rupa-rupanya telah bernikah lagi dalam diam. Sebuah pengkhianatan yang mencalar maruah dan menjatuhkan seluruh kepercayaannya terhadap cinta.

Sementara itu, Michelle pula berdepan dengan ketakutan yang memburu setiap detik. Suaminya, seorang kaki judi, telah menggadaikan masa depan mereka apabila kalah berjudi menggunakan wang simpanan bersama. Kini Michelle menjadi buruan Ahlong, dan hidupnya berubah menjadi mimpi ngeri yang tiada penghujung.

Dalam kekalutan hidup dan luka yang semakin dalam, hanya satu perkara yang mengikat mereka – persahabatan sejati. Diyana dan Michelle mula menyusun langkah, bukan sekadar untuk bertahan, tetapi untuk bangkit. Mereka belajar menjadi kuat bukan kerana mereka ingin, tetapi kerana mereka perlu. Demi maruah. Demi anak-anak. Dan demi diri sendiri.

FIRST WIVES ialah sebuah drama penuh emosi tentang cinta yang dikhianati, janji yang dimungkiri, dan keberanian wanita untuk melawan takdir yang cuba merobohkan mereka. Ini bukan sekadar kisah rumah tangga – ini kisah perjuangan, kebangkitan, dan kekuatan wanita yang tidak boleh dipandang enteng.
mimi lana


Drama First Wives Lakonan Mimi Lana

 

Drama Honey Mintak maaf
Drama Honey Mintak Maaf

Nantikan drama komedi 'Honey Minta Maaf' akan disiarkan di Astro Ria pada bulan ramadan ini. Drama terbitan KL Motion Pictures diarahkan oleh Wan Alauddin Wan Zainuddin. Dibintangi oleh Anna Jobling, Hun Haqeem, Razak Ahmad, Rashidi Ishak, Anita Baharom dan ramai lagi. Saksikan Honey Minta Maaf bermula 2 Mac 2025, setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria. Juga boleh ditonton melalui Astro One dan sooka.

Judul : Honey Minta Maaf #honeymintakmaaf
Tonton Full Episod: 1-8
Tarikh Tayangan: 2 Mac 2025
Waktu Siaran: Ahad, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro One, sooka
Pengarah: Wan Alauddin Wan Zainuddin
Produksi: KL Motion Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Anna Jobling sebagai Honey
Hun Haqeem sebagai Hamid
Razak Ahmad sebagai Imam
Anita Baharom sebagai Cikgu Azreen
Rashidi Ishak
Badron Munirah
Azwan Serigala sebagai Salleh
Kim Azzim sebagai Bashir
Asyiqeen Rozlan sebagai Surtik
Firman Uzair
Aloeng Silalahi
Lizart Rashid
Amanda Misbun
Syahir Shafein

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Joget Mantul
Penyanyi: Faizal Tahir

Sinopsis Honey Minta Maaf
Honey, anak perempuan Pak Imam yang telah lama terbuang dari kampung, kembali untuk membantu bapanya selepas dia kehilangan ingatan tanpa sebab yang jelas. Bersama dengan Hamid, watak baru yang misteri, ahli jawatankuasa surau dan seluruh komuniti kampung Pasir Mega, terpaksa memikirkan cara untuk meningkatkan kehadiran jemaah, bagi menyelamatkan surau tersebut dari ditutup oleh majlis daerah untuk pembinaan kompleks membeli belah. Berjayakah mereka?

Drama Honey Minta Maaf Lakonan Anna Jobling,Hun Haqeem

 

Drama Seribu tahun
Drama Seribu Tahun

Nantikan drama bersiri Seribu Tahun, naskah terbaru karya Shahrulezad Mohameddin akan disiarkan di Astro Ria pada bulan Ramadan 2025. Dibintangi oleh Emma Maembong, Azhan Rani, Noorkhiriah, Laila Nasir dan ramai lagi.

Judul : Seribu Tahun #seributahun
Tonton Full Episod: 1-24
Tarikh Tayangan: Ramadan 2025
Rangkaian: Astro Ria
Pengarah: Shahrulezad Mohameddin
Produksi: Radius One Sdn Bhd

Watak Pelakon
Emma Maembong sebagai Imaan Suhana
Azhan Rani sebagai Syukri
Noorkhiriah sebagai Nor
Kael Noah sebagai Muhammad
Laila Nasir sebagai Dato Norish
Ziema Din sebagai Datin Sofea
Ali Reza sebagai Azrul
Nazrief Nazri sebagai Dr Azhar
Zarif Ghaz sebagai Fakhrul
Didie Alias sebagai Kak Oyen
Azrul Zaidi sebagai Beego
Elly Suhaili sebagai Cik Idah
Norreen Iman sebagai Nurse Zah
Ieda Moin sebagai Ika
Amy Nurtinie sebagai Gina
Shyrim sebagai Dato Karim
Ashraf Muslim sebagai Dr Nizam
Ayra Az Zara sebagai Nor (kecil)

Sinopsis Seribu Tahun
~ akan dikemaskini

Drama Seribu Tahun Lakonan Emma Maembong,Azhan Rani

 

Drama Dendam Seorang Madu
Drama Dendam Seorang Madu 

Nantikan drama Dendam Seorang Madu akan disiarkan di slot Tiara Astro Prima. Drama bersiri 50 episod terbitan MIG Production diarahkan oleh Riza Baharudin. Menampilkan Redza Rosli, Hannah Delisha dan Sweet Qismina selaku teraju utama.

Juudul :Dendam Seorang Madu
Tonton Full Episod: 1-50
Tarikh Tayangan: 17 Februari 2025
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 6:00 petang
Rangkaian: Astro Prima & Astro GO
Penulis Skrip: Firul Akmal / Panel Skrip MIG
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: MIG Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Redza Rosli sebagai Faris
Hannah Delisha sebagai Rayhana
Sweet Qismina sebagai Izara
Lisdawati sebagai Ramlah
Emelda Rosemila sebagai Hanum
Shah Iskandar sebagai Imran
Dian P Ramlee
Azizah Mahzan
Lorenzo Irmann
Zeera Azizi
Hanna Halim
Aida Khalida

Sinopsis Dendam Seorang Madu
Rayhana dari keluarga yang miskin telah berkahwin dengan Faris untuk mendapatkan rawatan perubatan ibunya. Tidak lama kemudian Rayhana mendapati Faris sudah mempunyai isteri pertama bernama Izara. Tanpa pengetahuan Rayhana, Hanum, ibu Faris, merancang untuk memiliki harta pusaka arwah ayahnya. Selepas terselamat daripada cubaan membunuh untuk mendapatkan harta pusakanya, Rayhana kembali dengan identiti baharu, merancang untuk membalas dendam terhadap Faris, Izara dan Hanum.

Dendam Seorang Madu
Drama Dendam Seorang Madu

Drama Dendam Seorang Madu Lakonan Redza Rosli,Hannah Delisha

 

Dia Imamku
Drama Dia Imamku

Nantikan drama adaptasi novel 'Dia Imamku' karya Siti Rosmizah akan datang di slot MegaDrama Astro Ria pada bulan Ramadan 2025. Drama bersiri 52 episod arahan Feroz Kader, dibintangi oleh Siti Saleha dan Kamal Adli.

Judul : Dia Imamku #diaimamku
Tonton Full Episod: 1-52
Tarikh Tayangan: Februari 2025
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro GO
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: SR One Sdn Bhd

Watak Pelakon
Siti Saleha sebagai Cempaka Humairah
Kamal Adli sebagai Amiruddin
Zara Zya sebagai Lily
Imam Shah sebagai Rafiq
Haneesya Hanee sebagai Dahlia
Khatijah Tan sebagai Nenek Bunga
Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Orkid
Fikhree Bakar sebagai Amar
Fiza Thomas sebagai Hasnah
Amy Nur Tinie sebagai Rafizah
Muaz Fitri sebagai Azman
Balkisyh Semundur Khan
Lia Natalia
Farhan Asri
Sharleen

Sinopsis Dia Imamku
Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata.

Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan.

Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka.

Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato’ Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cinta, Lily sanggup dibuang keluarga. Lily hidup menderita, apatah lagi bila dia disahkan mengidap kanser.

Dahlia bersubahat dengan Razak mengenakan sepupunya. Amiruddin menyelamatkan Humairah dari niat jahat mereka.

Malangnya Rafiq tak percaya. Dia menuduh Humairah curang! Kesucian Humairah dipertikai!

Demi maruah Humairah dan keluarga, Amiruddin seikhlas hati menerimanya sebagai isteri.

Humairah hanya pura-pura mencintainya. Rafiq menagih cinta Humairah semula. Amiruddin dibuang dari hidupnya!

Humairah sangka cinta Rafiq, cinta sejati. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Perkara berlaku di luar jangkaan. Saat ini baru Humairah kenal cinta yang sebenar.
Dia Imamku
Drama Dia Imamku

Drama dia imamku

Drama Dia Imamku Lakonan Siti Saleha,Kamal Adli

 

Drama One Cent Thief 2
Drama One Cent Thief 2

Nantikan drama premium Astro Originals, One Cent Thief musim kedua bakal menemui penonton pada tahun 2025. Membariskan pelakon asal dan baharu seperti Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Faizal Hussein, Sofia Jane, Trisha Ooi, Syarul Ezani dan ramai lagi.

Judul : One Cent Thief 2 #onecentthief2
Tonton Full Episod:1- 8
Tarikh Tayangan: 2025
Rangkaian: Astro Premier, Astro Go, sooka
Pengarah: Ariff Zulkarnain & Alfie Palermo
Produksi: Astro Shaw & Independent Pictures

Watak Pelakon
Syafiq Kyle sebagai Iman Shah
Azira Shafinaz sebagai Intan
Faizal Hussein sebagai Abah
Fabian Loo sebagai Ash
Sofia Jane sebagai Ibu Zara
Trisha Ooi sebagai Diyana
Syarul Ezani sebagai Dzia
Shashi Tharan sebagai Chandran

Sinopsis One Cent Thief 2
Mengisahkan Iman Shah, juga dikenali sebagai ‘the One Cent Thief’ terpaksa bekerjasama dengan kumpulan jenayah siber, Digital Karma untuk menjatuhkan Ibu Zara, tokan dadah yang kini bergelar ahli politik berpengaruh.

One Cent Thief 2
Drama One Cent Thief 2

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle,Azira Shafinaz

 

Astro Shaw Cinematic Universe
Astro Shaw Cinematic Universe

Sebagai salah sebuah pemain industri utama perfileman tempatan, Astro Shaw terus komited untuk meningkatkan landskap sinema Malaysia agar dapat bersaing dan berdiri setanding industri serantau dan atarabangsa. Astro Shaw meneliti usaha dan menyusun pelbagai strategi untuk sama-sama memastikan agar industri ini terus relevan dan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Kami percaya matlamat ini tidak akan membuahkan hasil tanpa kerjasama ramai pihak.

Salah satu inisiatif untuk merealisasikan visi ini ialah dengan memperkenalkan Astro Shaw Cinematic Universe. Langkah strategik ini mencerminkan visi berpandangan jauh Astro Shaw dalam membuka pintu untuk menjalin kerjasama baharu bersama studio produksi, tenaga kreatif, bakat anak seni, agensi serta sektor industri berbeza dalam memperluaskan capaian penonton melalui karya sinematik yang berinovasi.

Astro Shaw Cinematic Universe merupakan projek yang menghimpunkan IP blockbuster filem terbitan Astro Shaw dan bakal dikembangkan menerusi filem dan siri premium terbaru.

Antara filem yang bakal menemui penonton mulai tahun 2025 dan seterusnya ialah ‘Polis Evo 4’, ‘REZA’ dan siri premium ‘Evo Academy’ menerusi francais Polis Evo; filem francais Keluang Man seperti ‘Keluang Man’, ‘Baling’, ‘Patani’ ‘Keluang Man 2’, ‘Besut’ dan ‘Kataha’; manakala High Council Universe bakal diteruskan menerusi siri premium bertajuk ‘Kudrat 1968’. Terdapat beberapa lagi IP terbitan Astro Shaw yang bakal dikembangkan di bawah cinematic universe ini dan pastinya memberi keterujaan kepada peminat industri hiburan tempatan.

Seterusnya, hasil daripada kerjasama ini akan menyaksikan satu gabungan filem pada tahun 2028. Universe yang mempersembahkan nuansa Malaysia ini menggabungkan pelbagai genre dan cerita. Inisiatif ini adalah yang pertama seumpamanya, mencipta sejarah baru untuk sinema Malaysia.

Berbeza dengan universe superhero yang lain, ia tidak akan bergantung kepada sekumpulan superhero sahaja. Sebaliknya, ia bakal meneroka naratif yang saling berkait dengan cara yang tidak dijangka. Pendekatan kolaboratif ini menjanjikan penyampaian jalan cerita yang baru.

Bagi yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada Astro Shaw Cinematic Universe, layari www.astroshawuniverse.com

Astro Shaw Cinematic Universe

 

Curang Tanpa Niat
Drama Curang Tanpa Niat
Tonton drama bersiri Curang Tanpa Niat arahan Eyra Rahman bakal ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria. Menampilkan gandingan pelakon Shukri Yahaya, Mira Filzah dan Sharifah Sakinah.

Judul : Curang Tanpa Niat #curangtanpaniat
Tonton Full Episod: 1-34
Tarikh Tayangan: 23 Disember 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: iFAME Sdn Bhd

Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Eshaal
Mira Filzah sebagai Elina
Sharifah Sakinah sebagai Astrid
Fadlan Hazim sebagai Ashraff
Evertts Gomes sebagai Aryan
Azqa Aziz sebagai Amara
Nafiez Zaidi sebagai Adnan
Atira Karma sebagai Naura
Zarina Anjoulie
Hasnul Rahmat
Zaidi Omar
Sheila Mambo
Watie Sadali
Kazar Saisi
Raisya Felisya

Sinopsis Curang Tanpa Niat
Kisah pergelutan seorang isteri bernama Elina (Mira Filzah) dalam mengharungi ketidaksetiaan dan kecurangan suaminya, Eshaal (Shukri Yahaya) di tempat kerja.

Curang Tanpa Niat Drama
Drama Curang Tanpa Niat
Drama Curang Tanpa Niat

Drama Curang Tanpa Niat Lakonan Shukri Yahaya,Mira Filzah