Persoalan besar mengenai siapa yang akan memenangi pertarungan UFC 257 yang berlangsung di Abu Dhabi diantara Conor McGregor dan Dustin Poirier telah pun terjawab.

Dustin Poirier telah berjaya menewaskan Conor McGregor dalam acara utama divisyen lightweight UFC 257.

Hadir sebagai underdog, masih ada para peminatnya di seluruh dunia yang mempercayai bahawa ‘The Diamond’ dapat menumpaskan Conor McGregor. Kemenangan itu secara tidak langsung telah menebus kekalahannya pada pertemuan pertama mereka pada tahun 2014 yang lalu.

Dustin Poirier bukan sahaja berjaya menumbangkan lawannya yang ternama itu, malahan dia juga turut dapat memperbaiki rekod profesionalnya sebagai petarung UFC dengan mencatatkan 27 kemenangan dan 6 kekalahan.

Bagi McGregor pula, rekodnya kini adalah 22 kemenangan dan 5 kekalahan.



 Sumber: GiveMeSport

Dustin Poirier Berjaya ’Tumbangkan’ Conor McGregor Di Pusingan Kedua

Semalam, Facebook telah melancarkan aplikasi terbarunya iaitu Facebook Gaming. Aplikasi ini diterbitkan untuk memudahkan pengguna berinteraksi dan mengikuti kandungan gaming. Buat masa ini, aplikasi Facebook Gaming ini hanya ada pada peranti Android sahaja dan masih belum dilancarkan buat pengguna iOS.'



Selepas memuatnaik aplikasi tersebut, Korang boleh memilih kandungan penstriman yang diminati dan juga diberi pilihan untuk memilih permainan kegemaran korang. Dengan pilihan yang korang lakukan, aplikasi ini akan memaparkan kandungan yang akan menarik perhatian korang berdasarkan apa yang korang pilih. Bukan itu saja, korang juga boleh berinteraksi bersama rakan-rakan lain yang mempunyai minat yang sama.

Aplikasi ini sepatutnya dilancarkan pada bulan Jun, tetapi Facebook telah awalkannya untuk memenuhi permintaan semasa kerana peningkatan jumlah penonton akibat pandemik yang melanda seluruh dunia dan merasakan ini adalah masa yang tepat.

Sumber : The Verge

Aplikasi Facebook Gaming Dilancarkan Untuk Pengguna Android

SERAMAI 17 pemain, beberapa jurulatih serta kakitangan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) disahkan positif influenza.

Pengarah Teknikalnya, Alistair Edwards, menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman rasmi Johor Southern Tigers, berkata, kesemua pemain dijangkiti virus tersebut adalah terdiri daripada 10 pemain skuad JDT, empat (JDT II) dan tiga daripada pasukan JDT III.

Menurutnya, pihak kelab sudah mengambil langkah untuk mengawal penularan virus dan menghantar semua pemain, jurulatih dan kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan.

Beliau berkata, pihaknya sudah melakukan proses sanitasi kawasan di Pusat Latihan Padang Seri Gelam untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk semua. - Bernama

Jurulatih ,Pemain JDT dijangkiti virus influenza

Legenda badminton negara, Datuk Seri Jalani Sidek menyelar tindakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ‘merampas’ anak didik Datuk Misbun Sidek dengan menyerahkannya kepada Hendrawan untuk dilatih.

Beliau yang kecewa dengan keputusan itu berkata, sepatutnya pemain utama seperti Lee Zii Jia dikekalkan di bawah kendalian Misbun, apatah lagi mereka menunjukkan peningkatan ketara sepanjang dua tahun terakhir diasuh ketua jurulatih perseorangan lelaki negara itu.

“Semua orang tahu kerja keras Misbun selama dua tahun mula menampakkan hasil apabila pemain muda yang sebelum ini tidak pernah menonjol kian menunjukkan peningkatan ketara.

“Bagi saya, sayanglah... kerana pada asalnya Misbun masuk pun untuk mempersiapkan pemain bagi Sukan Olimpik 2020 dan beberapa pemain bimbingannya sudah bersedia menghadapi temasya itu.

“Saya juga tak setuju dengan kenyataan BAM yang mengatakan Misbun lebih baik untuk program pembangunan tetapi mereka lupa bahawa dia pernah melahirkan tiga pemain nombor satu dunia iaitu Rashid Sidek, Roslin Hashim dan (Datuk Lee) Chong Wei,” katanya.

Jelas Jalani lagi, keputusan itu secara tak langsung memberi isyarat betapa Misbun bukan lagi ketua jurulatih.

“Misbun perlu akur kerana itu adalah kehendak BAM, tetapi pada masa sama tanggungjawab berat kini dipikul Hendrawan.

“Bagi saya kalau Misbun tidak setuju, dia kena berhenti. Jika setuju, dia kena terima. Tetapi dalam hal ini dia sudah bersetuju,” katanya

sumber:BH

BAM tolong Hormat Sikit kerja keras Misbun selama dua tahun-Jalani Sidek