Pasangan pempengaruh media sosial, Aliff Teega dan Aisyah Hijanh kekal tenang direman empat hari selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Kedua-dua mereka itu ditahan oleh SPRM semalam atas dakwaan penyelewenagan dan pecah amanah membabitkan dirinya.

Kekal tenang direman empat hari

Memetik portal mStar, Aisyah Hijanah dan Aliff Teega direman selama empat hari bagi membantu siasatan bagi dakwaan menyeleweng kutipan derma.

Perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini terhadap empat individu itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Sejurus sebutan reman selesai, pasangan suami isteri itu kelihatan tenang keluar daripada dewan mahkamah sebelum masuk ke dalam kenderaan dipercayai menuju ke ibu pejabat SPRM.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(1)(B) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Turut direman empat hari ialah dua lalaki daripada pengendali platform kutipan derma dalam talian.

Menurut sumber, dua lelaki yang juga pengendali platform kutipan derma atas talian ditahan SPRM tengah malam kelmarin, ketika memberi keterangan.

Artikel lain: Pasangan influencer ditahan SPRM, dipercayai terpalit isu seleweng kutipan derma

Doa yang baik-baik

Sementara itu, Aliff atau nama penuhnya Mohd Hazalif Mohd Hazani,30, sempat memberitahu dia dalam keadaan sihat dan memohon doa orang ramai agar urusan mereka dipermudahkan.


“Saya sihat, Alhamdulillah …doa baik-baik,”demikian katanya.


@friendsofsprm Alif Teega di makamah putrajaya #sprm #friendsofsprm #azambaki #alifteega #pdrm #fyp ♬ original sound - FRIENDS OF SPRM

Influencer Aisyah Hijanah & Aliff Teega Bergari Kekal Tenang Direman Empat Hari

 

Lakonan Mimi Lana, Zul Ariffin

Tonton drama bersiri Perempuan Itu Full Episod arahan Erma Fatima dibintangi oleh Zul Ariffin dan Mimi Lana akan menemui penonton di TV3 pada bulan ramadan ini.

JUDUL :Perempuan Itu #perempuanitu
Tonton Full Episod: 1-30
Tarikh Tayangan: April 2022
Waktu Siaran: -
Rangkaian: TV3
Pengarah: Erma Fatima
Pelakon: Mimi Lana, Zul Ariffin, Siti Hariesa, Erysha Emyra, Elfriena A., Eman Manan, Amar Asyraf, Iqbal Zulkefli

Watak Pelakon
Zul Ariffin sebagai Emir
Mimi Lana sebagai Khalish

Sinopsis Perempuan Itu
Ibu bapa Khalish mahu dia mengambil alih Madrasah Mujahidah tetapi dia menolak kerana mempunyai impian tersendiri iaitu menjadi peguam Syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita.

Kerana takut dengan pemikiran moden Khalish (lakonan Mimi Lana), ibu bapanya memutuskan untuk mengahwinkannya dengan anak kawan rapat mereka, Emir (lakonan Zul Ariffin)...

PROMO DRAMA PEREMPUAN ITU

PARA PELAKON PEREMPUAN ITU
PARA PELAKON PEREMPUAN ITU2

PARA PELAKON PEREMPUAN ITU6
PARA PELAKON PEREMPUAN ITU8
PARA PELAKON PEREMPUAN ITU9
PARA PELAKON PEREMPUAN ITU10
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 

Drama Perempuan Itu Lakonan Mimi Lana, Zul Ariffin

Saksikan telefilem Luluh lakonan Aeril Zafrel, Izzue Islam, Ummi Nazeera dan Nad Zainal pada Sabtu(22 Ogos) pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : LULUH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 22 Ogos 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : TV3 (Slot Cerekarama)
PENULIS SKRIP : Ayuni Zamani
PENGARAH : Pali Yahya
PRODUKSI : PnD pictures
PELAKON : Aeril Zafrel, Izzue Islam, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Haeriyanto Hassan, Fadilah Mansor

SINOPSIS LULUH
Farhan yang berada di tahun 2 pengajian di universiti balik ke kampung. Semasa cuti semester tersebut, Farhan ditunangkan dengan Khairina, jiran dan juga 'girlfriend' nya sejak di sekolah menengah lagi. Namun seminggu selepas majlis pertunangan mereka, Husin, ayah Farhan meninggal dunia semasa pulang dari laut. Memandangkan Husin adalah yang selama ini bertanggunjawab menyara keluarga, Farhan ambil keputusan untuk berhenti belajar demi untuk menjaga ibu dan memberi laluan pada adiknya, Syakir untuk memulakan pengajian di Universiti.


Telemovie Luluh Lakonan Aeril Zafrel, Izzue Islam, Ummi Nazeera

 


Nantikan drama komedi terbitan Rumah Karya Citra bertajuk 'Kami Orang KL' bakal bersiaran bermula 30 November 2023, setiap Khamis hingga Sabtu pada jam 9.00 malam di TV3 dan juga strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my.

JUDUL : Kami Orang KL #kamiorangkl
Tonton Full Episod:1- 15
Tarikh Tayangan: 30 November 2023
Waktu Siaran: Khamis - Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
Penulis Skrip: Eirma Fatima
Pengarah: Nur Ain Sharif
Produksi: Rumah Karya Citra

Lagu Tema
Tajuk: Kong Kali Kong
Penyanyi: Floor 88 x Namie

Watak Pelakon
Ropie sebagai Hussein
Liza Abdullah sebagai Rafeah
Amyza Aznan sebagai Cik Dah
Andi Bernadee sebagai Iqmal
Afifah Nasir sebagai Kamsiah
Razmansyah sebagai Hassan
Scha Elinnea sebagai Faizah
Maria Farida sebagai Kartina
Husna Mustafa sebagai Haiza

Sinopsis Kami Orang KL
Mahmood menawarkan kakaknya, Rafeah (Liza Abdullah) untuk menduduki rumahnya di KL (Kuala Lumpur). Rafeah sekeluarga kelihatan sangat teruja untuk berpindah kerana sering berangan ingin menjadi orang KL. Berjayakah mereka sekeluarga menyesuaikan diri di KL?

Keluarga Rafeah yang tidak pernah menetap di KL sebelum ini menimbulkan kekecohan apabila Rafeah berlagak seperti orang kaya, manakala suaminya Hussein (Ropie), yang merupakan AJK (Ahli Jawatan Kuasa) surau di kampung, berlagak seperti pemimpin. Sifat Hussein yang suka menegur hampir semua penduduk kawasan perumahan tentang perkara yang tidak disukainya membuatkan penduduk sekitar kurang senang dengan perangainya terutama Cik Dah (Amyza Aznan).

Keriuhan berterusan apabila anak-anak Rafeah juga berangan untuk mencapai impian mereka apabila tiba di KL. Hassan (Razmansyah), anak lelaki kepada Rafeah, ingin menjadi penyanyi terkenal, manakala anak perempuanya pula, Kamsiah (Afifah Nasir) memasang impian untuk menjadi pempengaruh yang berjaya di media sosial. Tanpa diduga, Kamsiah semakin popular dan menerima banyak tawaran review produk sehingga membuatkan Hassan cemburu dengan kejayaan kakaknya itu. Apakah yang akan dilakukan Hassan untuk merealisasikan impiannya menjadi penyanyi terkenal? Adakah kehadiran Rafeah sekeluarga akan mengundang lebih ketidaksenangan kepada jiran tetangga?

Drama Kami Orang KL Lakonan Ropie,Liza Abdullah

 


Tonton drama bersiri Surat Dari Tuhan yang akan ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3. Drama terbitan Mache All Star United ini diarahkan Mohd Fazli Yahya, menampilkan barisan pelakon ternama seperti Shukri Yahaya, Janna Nick, Ummi Nazeera, Trisha Oo dan ramai lagi.

Judul : Surat Dari Tuhan #suratdarituhan
Tonton Full Episod: 1-30 #suratdarituhan
Tarikh Tayangan: 30 Oktober 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam 
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Skrip: Rozie Rashid & Soula Nordin
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd

Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Ryan
Janna Nick sebagai Misha
Ummi Nazeera sebagai Suzana
Wanns Ahmad sebagai Uzair
Trisha Ooi
Sheila Hassan
Balkisyh Semundur Khan
Qistina Raisah
Shahidan Izwan
Qayra El
Meor Mohd
Nik Ramly Rejab
Arash Mohd


Sinopsis Surat Dari Tuhan
Mengisahkan seribu satu dugaan melanda hidup Ryan (Shukri Yahaya) yang baru berkahwin dengan isterinya, Misha (Janna Nick) yang bersifat talam dua muka. Ryan telah membuat keputusan untuk memberi peluang kepada Misha dan berkahwin dengannya walaupun Misha pernah memutuskan pertunangan mereka beberapa hari sebelum hari perkahwinan mereka. Walaupun tidak dipersetujui oleh ibunya, Rafilah (Sheila Mambo), namun Ryan yakin bahawa Misha telah berubah. 

Kegusaran Rafilah terbukti menerusi layanan Misha terhadapnya. Tanpa pengetahuan Ryan, Rafilah terjatuh dari tangga kerana ditolak oleh Misha. Layanan Misha semakin menjadi apabila Ryan membawa mereka untuk menunaikan umrah bersama. Sepanjang keberadaan di Madinah, Misha langsung tidak membantu Rafilah untuk memudahkan perjalanannya, malah dia cuba untuk membunuh Rafilah. 

Sekembalinya Ryan dari Mekah, satu persatu masalah timbul. Rakan kongsi perniagaannya telah melarikan wang syarikat dan menyebabkan dia terjerumus dalam hutang. Suzana (Ummi Nazeera) yang merupakan pelanggan setia Ryan cuba membantu Ryan untuk menyelesaikan masalah hutang. Kehadiran Suzana membuatkan Ryan selalu tenang dalam menghadapi segala ombak badai yang melanda keluarganya.

Para Pelakon Surat Dari Tuhan

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10|Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19|Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28|Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40 

Drama Surat Dari Tuhan Lakonan Shukri Yahaya,Janna Nick

 


#SepahtuReunionlivetour2023

Sepahtu Reunion Live 2023 Mulai 14 Jun 2023 setiap Khamis jam 9 malam di Astro Warna
Seperti tahun-tahun terdahulu, Sepahtu Reunion Live Tour 2023 adalah program sketsa komedi yang dipentaskan secara langsung di hadapan penonton di beberapa buah negeri Johor dan negeri laun 

Menguji kreativiti setiap pelawak, sketsa yang dipersembahkan dilakukan tanpa sebarang skrip dan setiap minggu selebriti jemputan dan cameo akan tampil secara mengejut bagi memeriahkan aksi spontan ini

Jangan ketinggalan menonton Sepahtu Reunion Live pada setiap Jumaat bermula malam ini, 9 malam di Astro Warna.

Untuk episod pertama, ia akan turut bersiaran langsung di saluran Astro Warna





Sepahtu Reunion Live Tour 2023 Kini Kembali

Biodata Redza Rosli.Seorang Pelakon kacak dan memiliki senyuman yang amat manis ini bernama Redza Rosli . Beliau terkenal dengan pelbagai drama lakonan beliau yang menjadi rebutan bagi stesen tv terutamnya Tv3. Di sebabkan ramai yang tanya mengenai Biodata Redza Rosli saya kongsikan sedikit tentang insan hebat yang bernama Redza Rosli ini.

Redza Rosli Ketika Menang Anugerah Drama Sangat sebagai pelakon lelaki popular 2023 (sumber instagram Redza Rosli)

Biodata Redza Rosli,pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta Ahmad Redza Bin Rosli atau digelar Redza Rosli beliau dilahirkan di selangor dan kini berusia dalam 31 tahun dilahirkan pada tanggal 18 Mac 1992 dan mempunyai 4 orang adik beradik semuanya. 

Redza merupakan pelakon yang meningkat naik dalam industri perfileman dan drama Malaysia dan merupkan seangkatan dengan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad Redza Rosli memulakan lakonan awalnya pada tahun 2009 pada ketika itu umur beliau 17 tahun,drama yang beliau lakonkan ketika itu adalah Kmelia Katrina tayangan Astro Ria ketika itu

Selepas itu, beliau berehat selama 4 tahun sebelum kembali semula dengan drama Tanah Merah pada tahun 2013 Pada tahun 2014 beliau mula membintangi dua drama tayangan Tv2 dan Tv3 yang bertajuk Lembayung Kasihmu dan Antidot Tahun seterunya beliau mencabar diri dengan membintangi lebih empat drama bermula dengan Silir Ksih,Stella,Puteri Bukan Nama Sebenar dan Maria. Drama yang membuat beliau makin dikenali pula adalah Terindah dan M.A.I.D yang mana drama tersebut cukup popular pada ketika itu yang turut dibintangi oleh Ayda Jebat dan Zul Arffin 

Nama yang semakin meningkat naik membuatkan beliau sentiasa menjadi pilihan pengarah bukan sekadar itu beliau juga turut mencetuskan fanomena sendiri melalui drama yang dibintangi seperti Leftenan zana,Meh sandar pada Aku,Kekasih Hati Mr Bodygurd Rindu terindah,Plan Cinta,Isteri Untuk Diiktiraf ,Misteri Mona,Seindah Takdir Cinta dan banyak lagi dan yang terbaru luruhnya bunga cinta yang sedang ditayangkan di tv3.

Pada 2023 beliau telah berjaya memenangi anugerah drama sangat sebagai Pelakon lelaki popular yang menjadikan setiap pengorbanan beliau tidak sia-sia dan dihargai.

Biodata Redza Rosli Pelakon Drama Luruhnya Bunga Cinta

adaptasi novel petrichor

Tonton drama bersiri My Famous Ex-Boyfriend diadaptasi daripada novel Petrichor hasil karya Nurul Syahida Kamarudin bakal ditayangkan dalam slot Megadrama di saluran Astro Ria. Drama arahan Hadith Omar, dibintangi oleh Hael Husaini, Qasrina Karim dan Nadhir Nasar. #myfamousexboyfriend

Judul:My Famous Ex Boyfriend
Tonton Full Episod: 1-24 
Tarikh Tayangan: 2023 
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam 
Rangkaian: Astro Ria 
Pengarah: Hadith Omar 
Produksi: iFabulous Art Media & Event 
Watak Pelakon: Hael Husaini sebagai Haque Zuhal Qasrina Karim sebagai Sameera Nadhir Nasar sebagai Jamie Jasmin Hamid sebagai Sofia Ryzal Jaafar sebagai Ned Nur Aisyah sebagai Dahlia Ahmad Nur Zaki Syuhaida Abraz Aleza Shadan 

Sinopsis My Famous Ex Boyfriend
Mengisahkan tentang Sameera yang menjadi kekasih kepada Haque Zuhal (hael Husaini) yang merupakan seorang  remaja menjadi kegilaan ramai wanita namun hubungan tersebut putus di tengah jalan. Selepas hampir 18 tahun Sameera terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan sehingga peristiwa hitam yang terjadi menggubah hidupnya..apakah yang terjadi seterusnya

Barisan Pelakon

Drama My Famous Ex Boyfriend Adaptasi Daripada Novel Petrichor