Dari Rahim Yang Sama
Drama Dari Rahim Yang Sama

Nantikan drama terbaru Dari Rahim Yang Sama, Lakonan Nabila Huda,Mhia Firdaus dan ramai lagi yang bakal bersiaran mulai 14 April ini di slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam

Judul: Dari Rahim Yang Sama #darirahimyangsama
Rangkaian Tv: Astro Ria
Pelakon : Nabila Huda,Mhia Firdaus,Rykal Iskandar,Rafique Iskandar dan ramai lagi

Sinopsis Dari Rahim Yang Sama

Bayangkan seorang remaja perempuan—masih muda, masih mentah—tapi terpaksa memikul tanggungjawab yang sepatutnya bukan miliknya. Balqis (dilakonkan penuh jiwa oleh Mhia Firdaus) hidup di Kuala Lumpur bersama dua adik lelakinya, Aqil dan Afiq. Mereka tiga beradik seibu, tapi malangnya. mereka tak punya apa yang orang lain anggap perkara biasa iaitu sijil kelahiran.

Disebabkan tiada dokumen sah, mereka tak boleh bersekolah, tak boleh ke hospital seperti orang lain. Dan yang paling menyakitkan, mereka tak pernah merasa apa itu erti perlindungan. Semua ini kerana satu keputusan—keengganan ibu mereka, Suraya (Nabila Huda), untuk mendaftarkan mereka sejak lahir.

Watak Suraya memang mencabar emosi. Dia ibu yang memilih jalan hidup sebagai GRO dan sering bertukar pasangan. Anak-anak ditinggalkan, Balqis jadi ibu kepada adik-adiknya. Dan lebih memilukan, Suraya mengaku dia sengaja tidak mendaftarkan anak-anaknya kerana takut mereka akan tinggalkannya suatu hari nanti. Bukankah itu pengorbanan yang terbalik?

Namun, dalam kelam itu, ada cahaya. Dan cahaya itu ialah Balqis. Walaupun muda, dia tak pernah berhenti berjuang. Dia cari jalan. Dia mahu adik-adiknya ke sekolah, punya masa depan. Dia mahu dikenali sebagai warganegara. Sebagai manusia.

Dari Rahim Yang Sama bukan hanya untuk hiburan. Ia adalah peringatan bahawa di luar sana, memang wujud anak-anak seperti Balqis. Anak-anak yang tidak bersalah tapi dihukum oleh kecuaian dan ketakutan orang dewasa. Drama ini menyentuh isu berat yang jarang diketengahkan—anak tanpa dokumen, pengabaian, ketabahan dalam keterbatasan.

Dari Rahim Yang Sama


Dari Rahim Yang Sama Lakonan Nabila Huda,Mhia Firdaus

 

Calon isteri buat suami

Nantikan drama adaptasi novel 'Calon Isteri Buat Suami' karya Sophilea akan bakal menemui penonton menerusi slot Akasia TV3 bermula 8 April ini. Diterbitkan oleh Sha’s Media Sdn. Bhd, drama 25 episod ini diarahkan oleh Bahri Umar dan ditulis oleh Sophilea, mengetengahkan tema cinta, kekeluargaan, dan pengorbanan. Menampilkan berisan pelakon seperti Jazmy Juma, Siti Hariesa, Trisha Ooi, Jasmin Hamid dan Hazeeq Dean. Saksikan drama Calon Isteri Buat Suami setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam, atau strim secara percuma di iQIYI pada jam 8.00 malam.

Judul: Calon Isteri Buat Suami #calonisteribuatsuami
Tonton Full Episod:1- 25
Tarikh Tayangan: 8 April 2025
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Sophilea
Pengarah: Bahri Uma
Produksi: Sha's Media Sdn Bhd

Watak Pelakon
Jazmy Juma sebagai Nazim Hilman
Siti Hariesa sebagai Haizi
Trisha Ooi sebagai Dayana
Hazeeq Dean sebagai Khalif
Razak Ahmad sebagai Haji Hamdan
Jasmin Hamid sebagai Datin Yasmin
Tony Eusoff sebagai Datuk Rizuan
Emelda Rosemila sebagai Zahnita
Jannah Izwandy sebagai Sharina
Razzuan Rosli sebagai Danif
Shazia Rozaini
Dayang Areeda
Talha Harith
Kirana Batrisyia
Zarynn Min
Nadia Aqilah
Fauziah Nawi

Sinopsis Calon Isteri Buat Suami
Haizi (Siti Hariesa) nekad memulakan hidup baru di Kuala Lumpur selepas hubungan pertunangannya dengan Khalif berakhir. Tapi hidupnya berubah 180 darjah apabila dia menyelamatkan Datin Yasmin dalam satu kejadian tak dijangka. Dari situ, Haizi bukan saja ditawarkan kerja malah satu tawaran pelik iaitu kahwin dengan anak lelaki Datin Yasmin, Nazim (Jazmy Juma). Tapi ada syarat, kalau nak berpisah, Haizi kena cari pengganti yang lebih sesuai untuk Nazim.

Mulanya penuh keraguan dan dingin, hubungan kontrak ini akhirnya mencetuskan perasaan yang tak disangka-sangka. Tapi bila sepupu Nazim, Dayana (Trisha Ooi), muncul dengan fitnah dan dendam, cinta mereka mula goyah. Lebih berat, bila Haizi didapati mengandung, mampukah mereka bertahan atau semuanya bakal hancur?

Sinopsis Novel Calon Isteri Buat Suami
"Apa? Kahwin dengan anak datin? Biar betul? Anak datin to gay ke apa sampai tak ada girlfriend?" - Haizi

"Saya nak awak kahwin dengan dia supaya dia tahu dalam dunia ini lelaki perlukan perempuan untuk saling melengkapi. Awak holeh tamatkan kontrak ini bila awak dapat carikan jodoh yang sepadan untuk Nazim." - Datin Zainab

Berat tugasan yang diberi. Diminta bernikah dan carikan jodoh lain buat suami. Orang gila saja yang buat kerja begini. Tapi entah kenapa bisikan hati Haizi suruh terima.

“Mama nak suruh Nazim bemikah dengan budak tu? Mama rasa Nazim dah hilang akal ke nak terima?” – Raja Nazim

Datin Zainab tak peduli, baginya selagi Nazim tak ada jodoh lain Haizi tetap jadi isteri Nazim sama ada suka atau tidak. Raja Nazim dan Nur Haizi dijodohkan bersama. Bukan senang nak jadi isteri Raja Nazim. Segalanya tak kena di mata.

"Awak ni pandai buat kopi ke tak? Awak ingat saya hidup dalam zaman Nujum Pak Belalang nak minum kopi pahit macam ini?"

"Saya nak makan sandwich yang ada mayonis la, awak kenal tak mayonis tu apa?"

"Saya tahulah mayonis tu apa. Mayonis to leper-leper macam piring terbang. Lepas makan awak boleh terbang ke planet lain sebab duduk kat planet bumi ni menyusahkan orang.”

Haizi mula melawan. Dalam melawan, ada perasaan yang mula bercambah.

"Awak demam Haizi, jangan melawan bila saya suruh makan ubat atau awak nak saya peluk awak kuat-kuat dan suapkan ubat ke mulut awak?"

Siapa kata hatinya tak jatuh cinta pada si isteri namun sukarnya untuk meluah. Apatah lagi si isteri sibuk menjadi pengatur jodohnya. Seorang demi seorang gadis diperkenalkan pada Raja Nazim demi janjinya pada Datin Zainab. Tapi, setiap kali pertemuan diaturkan hatinya menangis sakit.

"Okay calon isteri yang seterusnya ..."

"Cukup Haizi. Abang tak mahu dengar lagi calon isteri lain. Haizi tak sayangkan abang, sampai sanggup nak bagi abang pada wanita lain?"

Saat hatinya tak mampu berselindung, berterus terang adalah jalan terbaik.

"Tapi...layakkah Haizi untuk abang?"

Tak namanya cinta kalau tiada yang menghalang. Cinta yang mula berputik belum tentu bercambah bahagia. Mampukah mereka untuk terus bersama?

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma ,Siti Hariesa

 

Drama Sekam Di Dada
Drama Sekam Di Dada
Nantikan drama bersiri 'Sekam Di Dada' terbitan Saphire Screen Sdn Bhd akan disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 pada bulan ramadan nanti. Diarahkan oleh Zamri Zakaria dan membariskan pelakon seperti Amyra Rosli, Josiah Hogan, Auni Yusri, Puteri Sarah Liyana dan ramai lagi.

Judul : Sekam Di Dada #sekamdidada
Tonton Full Episod: 1-20
Tarikh Tayangan: Ramadan 2025
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Skrip: Wan Mahani
Pengarah: Zamri Zakaria
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd

Watak Pelakon
Amyra Rosli sebagai Orkid
Auni Yusri sebagai Sara
Qistina Khaled sebagai Noreen
Apich Lo sebagai Nazman
Josiah Hogan sebagai Arif
Puteri Sarah Liyana sebagai Rozie
Nadia Brian sebagai Suri
Izuan Razali sebagai Rizal
Ieda Moin sebagai Munah
Syazuwan Hassan sebagai Hisham
Adi Putra
Arash Mohd
Firdaus Ghufran


Sinopsis Sekam Di Dada
Kisah Seorang Isteri Terperangkap Dalam Hubungan Narsistik!

Dalam diam, dia menyimpan luka. Dalam duka, dia menanggung derita. Sekam Di Dada mengajak penonton menyelami jiwa Orkid, seorang wanita yang terperangkap dalam perkahwinan tanpa cinta dan terkurung dalam bara amarah yang membakar perlahan-lahan.

Tidak semua cinta itu indah, dan tidak semua mahligai membawa kebahagiaan. Ketika kesengsaraan menggantikan kasih sayang, ketika marah dan rintihan menjadi bahasa cinta, apa lagi yang tinggal buat dirinya? Bersedialah untuk merasai derita yang menikam kalbu!

Sekam Di Dada mengupas hidup Orkid (Amyra Rosli), seorang guru mengaji yang tiba-tiba menuntut cerai setelah suaminya, Nasir (Dato’ Adi Putra), jatuh sakit dan kehilangan keupayaan berjalan akibat jangkitan kuman pada saraf tunjang. Namun, keputusan Orkid mencetuskan kemarahan bukan hanya buat Nasir, tetapi juga anak-anak mereka, Nazman (Apich Lo) dan Sara (Auni Yusri), yang bergelut dengan perasaan tidak percaya.

Ketegangan memuncak apabila Nazman berasa dikhianati oleh ibunya sendiri, menyifatkan ibunya sebagaikejam, curang, dan bermacam-macam lagi, hanya kerana dia mempercayai kata-kata ayahnya. Sementaraitu, isterinya, Noreen (Qistina Khaled) dan Sara memilih untuk tidak terburu-buru menghukum. Merekapercaya, seorang ibu tidak akan bertindak tanpa sebab, dan Orkid berhak diberi ruang untuk menjelaskan dirinya.

Namun, segalanya bertambah perit apabila impian Orkid untuk menyambung pelajaran sampai kepengetahuan Nazman. Dia malah mentertawakan ibunya, memperlekeh cita-citanya, dan menegaskanbahawa satu-satunya impian yang layak dimiliki Orkid ialah memenuhi tanggungjawab terhadap suaminya.

Luka di dalam hati Orkid semakin parah, membuatkannya memilih untuk menghilangkan diri.Hari silih berganti, Nazman, Noreen, dan Sara terpaksa bergilir menjaga ayah mereka yang semakin sukar dikawal, sering mengamuk, cerewet, dan mendesak kepulangan Orkid. Orkid akhirnya kembali setelahdipaksa, namun niatnya dipersoal.

Dia sebaliknya merayu kepada Nasir untuk berpisah secara baiksebelum segalanya terbongkar, tetapi Nasir tetap berkeras. Keadaan semakin kacau apabila Arif (JosiahHogan), kekasih lama Orkid, muncul dengan agenda tersembunyi, ditambah pula dengan Rozi (PuteriSarah Liyana), isterinya, yang tidak mahu kalah.

Dalam sangkar penuh duri, dicerca oleh darah daging sendiri, sekuat manakah Orkid mampu bertahan?

Drama Sekam Di Dada Lakonan Amyra Rosli,Adi Putra

Drama Keluarga Itu  lakonan Fattah Amin,Izara Aishah

Saksikan drama bersiri 'Keluarga Itu' karya Erma Fatima akan disiarkan di TV3 bermula 28 Februari 2025 pada setiap Jumaat hingga Ahad pukul 9:00 malam. Strim 24 jam lebih awal di tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Drama ini diterbitkan oleh Rumah Karya Citra, arahan Nur Ain Sharif bersama Ejump Mohd dan Amor Rizan. Menampilkan pelakon terkenal tanah air seperti Rosyam Nor, Umie Aida, Puteri Balqis, Fattah Amin, Amir Ahnaf, Izara Aishah dan ramai lagi.

Judul : Keluarga Itu #keluargaitu
Tonton Full Episod: 1-30
Tarikh Tayangan: 28 Februari 2025
Waktu Siaran: Jumaat - Ahad, 9:00 malam
Rangkaian: TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Erma Fatima
Pengarah: Nur Ain Sharif, Ejump Mohd, Amor Rizan
Produksi: Rumah Karya Citra Sdn Bhd

Watak Pelakon
Rosyam Nor sebagai Iman
Umie Aida sebagai Chempaka
Puteri Balqis sebagai Dhamiah
Amir Ahnaf sebagai Aman
Fattah Amin sebagai Ansara
Izara Aishah sebagai Husna
Muaz Zabir sebagai Anwari
Melissa Campbell sebagai Camelia
Duerra Mitilda sebagai Dhini

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Tangisan Seorang Pendosa
Penyanyi: Marsha Milan
Komposer: Marsha Milan
Lirik: Hazama

Sinopsis Keluarga Itu
Kehidupan keluarga Iman (Rosyam Nor) dan Chempaka (Umie Aida) dipenuhi dengan konflik dan perjuangan yang menguji kekuatan mereka. Iman, seorang tokoh Tahfiz yang dihormati, mempunyai empat anak Ansara (Fattah Amin), Anwari (Muaz Zabir), Dhamiah (Puteri Balqis), dan Dhini (Duerra Miltilda). Namun, meskipun Iman terkenal dengan sifat dermawan dan keteguhan imannya, ada rahsia yang tersembunyi di dalam keluarganya.

Drama Keluarga Itu lakonan Fattah Amin,Izara Aishah

 

Bukan Sekadar Lafaz 2
Drama Bukan Sekadar Lafaz 2

Nantikan drama bersiri Bukan Sekadar Lafaz musim kedua bakal menghiasi slot Akasia TV3. Drama terbitan Pencil Pictures & Records arahan Raja Mukhriz. Dibintangi oleh Alif Satar, Wanna Ali, Isyariana, Ahmad Idham dan ramai lagi.

Judul : Bukan Sekadar Lafaz 2 #bukansekadarlafaz2
Tonton Full Episod: 1-28
Tarikh Tayangan: Januari 27 Feb 2025
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Sophilea
Pengarah: Raja Mukhriz
Produksi: Pencil Pictures & Records

Watak Pelakon
Alif Satar sebagai Hud
Wanna Ali sebagai Syikin
Isyariana sebagai Aira Akasya
Ahmad Idham sebagai Tuan Zaman
Zac Zaky sebagai Dr Luth Mikhael
Wanns Ahmad sebagai Khalid
Kuza sebagai Puan Mahani
Sharifah Shahora sebagai Sarah
Mia Nasir sebagai Lufya
Watie Sadali sebagai Huda
Azhar Amir sebagai Razlan

Sinopsis Bukan Sekadar Lafaz 2
Hud (lakonan Alif Satar dan Syikin (lakonan Wanna Ali) masih belum dikurniakan anak walaupun sudah 4 tahun mereka melayari Bahagia. Tanpa diduga, Hud sebenarnya mengalami masalah kesuburan.. Mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk menjalankan proses IVF. Setelah beberapa kali gagal, Hud & Syikin akhirnya memutuskan untuk mengambil anak angkat bernama Cempaka, tanpa mengetahui bahawa Cempaka adalah anak seseorang yang mereka kenali.

Drama Bukan Sekadar Lafaz 2

Drama Bukan Sekadar Lafaz 2 Lakonan Alif Satar,Wanna Ali

 

Drama Teratak Kasih Salina (rindu Kasih 3)
Drama Teratak kasih Salina (Rindu Kasih 3)

Nantikan drama bersiri Rindu Kasih 3: Teratak Kasih Salina akan disiarkan di slot Samarinda TV3. Drama 15 episod terbitan P&D Pictures dibawah arahan Mohd Fazli Yahya. Dibintangi oleh Ummi Nazeera, Aqasha, Fazlina Ahmad Daud, Luqman Hafidz dan ramai lagi.

Judul: Teratak Kasih Salina #teratakkasihsalina
Tonton Full Episod: 1-15
Tarikh Tayangan: Februari 2025
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: K. Adlie & Shaza Talib
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: P&D Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ummi Nazeera sebagai Salina
Aqasha sebagai Qossim
Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
Mimi Ernida sebagai Rita
Shazia Rozaini sebagai Huda
Meor Mohd sebagai Iqbal
Hasnul Rahmat sebagai Abdullah
Luqman Hafidz sebagai Faqeh
Khalida Balqis sebagai Keisya
Erin CTJ sebagai Bella
Nina Smith
Haleeda

Sinopsis Teratak Kasih Salina
~ akan dikemaskini

Drama teratak kasih Salina
Drama Teratak Kasih Salina (Rindu Kasih 3)

Drama Teratak Kasih Salina ( Rindu Kasih 3) Lakonan Ummi Nazeera,Aqasha

 

jadikan aku bidadari
Drama Jadikan Aku Bidadari

Nantikan drama bersiri 'Jadikan Aku Bidadari' menghiasi slot Akasia TV3 bermula 30 Januari 2025. Drama 20 episod terbitan Cinema Stage Production diarahkan oleh Jamal Khan. Menampilkan Nazim Othman, Alya Iman dan Farah Nabilah sebagai pelakon utama.

Jadikan Aku Bidadari bakal disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam, di TV3. Penonton juga boleh menonton episod terkini 24 jam lebih awal menerusi Tonton, sama ada di laman web www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Judul :Jadikan Aku Bidadari #jadikanakubidadari
Tonton Full Episod: 20
Tarikh Tayangan: 30 Januari 2025
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Che Siti
Pengarah: Jamal Khan
Produksi: Cinema Stage Production

Watak Pelakon
Alya Iman sebagai Dewi
Nazim Othman sebagai Najmi
Farah Nabilah sebagai Ezza
Raja Afiq sebagai Romy
Qistina Khaled sebagai Ruby
Lisdawati sebagai Najwa
Zaefrul Nordin sebagai Zaki
Eizlan Yusof sebagai Dato Syah
Marisa Yasmin sebagai Datin Sally
Fahrin Ahmad sebagai Abdul
Indhi Vernandha sebagai Echa
Quinneyra Alyssha sebagai Qisha
Rasya Sofea Dean sebagai Yan

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Mimpiku
Penyanyi: Hazama
Komposer: Ashazee Ishak, Audi Mok
Lirik: Shazee Ishak, Audi Mok

Sinopsis Jadikan Aku Bidadari
Kisah seorang wanita bernama Dewi (Alya Iman), anak tunggal yang serba sempurna dari segi luaran tetapi kekurangan didikan agama. Kehidupan Dewi berubah secara drastik apabila hatinya dilukai oleh kecurangan teman lelaki dan sahabat baiknya sendiri. Kekecewaan itu mendorongnya membawa diri, dan takdir mempertemukannya dengan Najmi (Nazim Othman), seorang pempengaruh Islamik yang juga berdepan dengan luka lama akibat ditinggalkan kekasih hatinya, Ezza (Farah Nabilah).

Pertemuan mereka mencetuskan hubungan romantis yang singkat tetapi mendalam. Mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dengan segera, berharap cinta dapat menjadi ubat kepada luka mereka. Namun, kehidupan perkahwinan tidak seindah yang disangka apabila Najmi mula menunjukkan sisi dirinya yang obsesif dan mengawal akibat trauma masa lalu.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila ibu Najmi mula campur tangan dalam kehidupan mereka, menyuruh Najmi mencari semula Ezza atas alasan tertentu. Pengaruh ini menyebabkan Najmi semakin hanyut dalam dunia khayalannya sendiri, menjadikan Dewi dan anak mereka, Qisha, mangsa keadaan.

Ketegangan memuncak apabila Dewi menemui gambar-gambar lama Ezza yang menyerupai penampilannya kini. Penemuan ini membuatkan Dewi berasa dirinya hanyalah bayangan Ezza dalam hubungan mereka. Persoalan mula timbul: mampukah Dewi menjadi satu-satunya bidadari di hati Najmi? Apakah sebenarnya perjuangan hidup Ezza yang terpaksa dia tempuhi sehingga membawa kepada keretakan hubungan mereka?
JADIKAN AKU BIDADARI DARAMA


Drama Jadikan Aku Bidadari Lakonan Farah Nabilah,Nazim Othman

 

Langit Ke 7
Drama langit Ke Tujuh

Nantikan drama Langit Ke Tujuh terbitan Luqsar Kreatif diarahkan oleh Heykal Hanifah akan disiarkan di TV3. Dibintangi oleh Zamarul Hisham, Nora Danish, Chacha Maembong dan ramai lagi.

Judul : Langit Ke Tujuh #langitketujuh
Tonton Full Episod:1- 8
Tarikh Tayangan: 2024
Rangkaian: TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Shah Rizal Mashur
Pengarah: Heykal Hanifah
Produksi: Luqsar Kreatif Sdn Bhd

Watak Pelakon
Zamarul Hisham sebagai Abdul
Nora Danish sebagai Kalsom
Farahdhiya sebagai Zainab
Faezah Elai sebagai Suhana
Chacha Maembong
Nafiz Muaz
Fauziah Nawi
Iman Suhana

Sinopsis Langit Ke 7

Tanah Surgo adalah sebuah tapak pemujaan agama yang diketuai oleh pemimpin berkarisma, Ayah Abdul (Zamarul Hisham). Penganut percaya Tanah Surgo ini merupakan tempat atau jalan mereka menuju Tuhan dan syurga. Ayah Abdul hidup bersama dengan tiga orang isterinya, Kalsom (Nora Danish), Zaynab (Faradhiya) dan Suhana (Faezah Elai). Seorang pemuda, Yusuf (Nafiz Muaz) memasuki Tanah Surgo demi menyelamatkan ibunya, Mak Ina (Datuk Fauziah Nawi) yang taksub dengan cengkaman kultus Ayah Abdul manakala seorang wanita muda yang terpengaruh untuk menjadi isteri keempat Ayah Abdul, Zahara (Chacha Maembong) berazam untuk mendedahkan kegiatan Langit Ke Tujuh di Tanah Surgo yang sebenarnya terpesong daripada ajaran agama.

Langit Ke Tujuh
Drama Langit Ke Tujuh

Drama Langit Ke Tujuh Lakonan Zamarul Hisham,Nora Danish

 

Drama Akad Yang Terlindung
Drama Akad Yang Terlindung

Nantikan drama bersiri 'Akad Yang Terlindung' terbitan Creative Skill Solution akan menghiasi slot Samarinda TV3 mulai 14 Januari 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam. Drama bersiri 22 episod diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan dibarisi pelakon seperti Siti Hariesa, Adam Lee, Ryun, Lorenzo Irman dan Khalida Balqis.

Saksikan setiap episod Akad Yang Terlindung, yang boleh ditonton di iQIYI satu jam selepas siaran tv. Penonton VIP iQIYI dapat menonton episod terbaru dengan segera pada 11.00 malam hari yang sama, manakala episod baharu boleh ditonton percuma 48 jam selepas tayangan.

Judul: Akad Yang Terlindung #akadyangterlindung
Tonton Full Episod:1- 22
Tarikh Tayangan: 14 Januari 2025
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Produksi: Creative Skill Solution

Watak Pelakon
Adam Lee sebagai Remy
Siti Hariesa sebagai Sophia
Ryun sebagai Lisa
Lorenzo Irmann sebagai Raff
Khalida Balqis sebagai Lara
Wilma Muhammad sebagai Aisyah
Maria Farida sebagai Datin Leyla
Esma Daniel sebagai Dato Haris
Jasmin Hamid sebagai Salma
Sham Visa sebagai Azri
Mior Hashim Manap sebagai Tan Sri Imran
Faye Kusairi sebagai Kak Tim
Aziq Mukhriz sebagai Hidayat

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Urai
Artis: Elliza Razak
Komposer & Lirik: Shazriq Azeman, Omar K, Iqie Hugh

Sinopsis Akad Yang Terlindung
Mengisahkan tentang kuasa, cinta, dan pengkhianatan dalam sebuah keluarga yang penuh dengan rahsia.

Sophia (Siti Hariesa) membesar bersama ibunya, Aisyah, di bawah naungan keluarga kaya Dato’ Haris dan Datin Leyla, di mana ibunya bekerja sebagai pembantu rumah. Sepanjang hidup mereka, Aisyah dan Sophia sering menjadi mangsa penghinaan dan layanan buruk Datin Leyla serta anak sulungnya, Lisa. Namun, anak kedua mereka, Lara, sering menunjukkan rasa simpati dan menentang perlakuan kejam tersebut.

Apabila Sophia dewasa, dia mula bangkit melawan ketidakadilan yang dialaminya. Nekad untuk mencari kebebasan, Sophia mengajak ibunya meninggalkan rumah itu. Namun, Aisyah menolak kerana terikat dengan sesuatu rahsia yang tidak dapat dijelaskan.

Sophia kemudian bertemu dengan Remy (Adam Lee), seorang klien yang datang untuk mendapatkan rawatan fisioterapi. Meskipun Sophia berusaha untuk bersikap profesional, Remy sebaliknya menunjukkan minat romantik terhadapnya. Perasaan mereka mula mekar, tetapi percintaan mereka tidak semudah yang disangka.

Remy juga datang daripada keluarga yang berantakan. Ayahnya, Azri, sering mempergunakannya demi kepentingan syarikat keluarga. Hak Remy sebagai pewaris syarikat dinafikan kerana pengaruh besar isteri kedua Azri yang lebih menyebelahi anak tirinya, Raff.

Konflik bertambah rumit apabila Dato’ Haris dan Azri mempunyai rancangan tersendiri untuk menyatukan Lisa dan Remy demi mengukuhkan empayar perniagaan mereka. Lisa yang terlalu menginginkan kedudukan Remy sebagai CEO sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan rancangan ini menjadi kenyataan. Namun, Remy terperangkap antara kehendak keluarga dan hatinya sendiri yang masih terpaut pada Sophia.

Sophia merasakan dirinya dikhianati apabila mengetahui tentang hubungan yang dirancang antara Remy dan Lisa. Lebih menyakitkan, individu yang merebut cintanya ialah orang yang paling dibencinya sejak kecil. Adakah Sophia akan menyerah kalah kepada takdir, atau adakah dia mampu melawan demi mempertahankan kebahagiaannya?

Drama Akad Yang Terlindung Lakonan Adam Lee,Siti Hariesa

 

Antara Dua Syurga
Drama Antara Dua Syurga

Nantikan drama bersiri Antara Dua Syurga terbitan Lumatic Films menampilkan lakonan Tracie Sinidol, Nabil Aqil dan dan Zarif Ghazzi akan disiarkan bermula pada 3 Januari 2025, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam di slot Lestary TV3. Bagi yang ingin menonton lebih awal, anda boleh strim episod terbaru 24 jam lebih awal di Tonton melalui laman web www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store.

Judul: Antara Dua Syurga #antaraduasyurga
Tonton Full Episod: 1-8
Tarikh Tayangan: 3 Januari 2025
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Heidi Haflin
Pengarah: Faliq Sharif
Produksi: Lumatic Films

Watak Pelakon
Tracie Sinidol sebagai May / Jannah
Nabil Aqil sebagai Firdaus
Zarif Ghazzi sebagai Naim
Steve Yap sebagai Richard Wong
Liza Abdullah sebagai Puan Bainun
Aida Rain sebagai Shida
Ash Dee sebagai Farah
Akmal Asyraf sebagai Azman
Fateh Zhafri sebagai Dato Kamal
Ahmad Juahir sebagai Haji Rozani
Azhar sebagai Encik Fadhila
Zari sebagai Chef Mamat
Zaini Mustafa sebagai Pak Mat
Jesse Lim sebagai Mr. Tung / Tabib

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Kenangan
Penyanyi: Amir Jahari
Komposer & Lirik: Amir Jahari

Sinopsis Antara Dua Syurga
Jannah (Tracie Sinidol) seorang mualaf yang tersepit di antara cinta dua lelaki. Antara kasih suaminya dan cinta sahabat baiknya. Persoalan tentang takdir dan keputusan. Adakah jalan yang dipilih ini benar dan adakah segala cabaran ini suatu takdir ataupun balasan dari pilihan yang salah.

Drama ini bermula dengan ikatan persahabatan erat antara Firdaus (Nabil Aqil) dan Naim (Zarif Ghazzi), dua sahabat karib yang bekerja di sebuah agensi pengiklanan terkenal. Dikenali dengan bakat luar biasa dan kreativiti tinggi, mereka sering menjadi pilihan utama untuk menarik klien besar. Namun, cabaran mula timbul apabila mereka diberi tugasan penting untuk mendapatkan kerjasama daripada Azami Food Industries, syarikat gergasi yang diketuai oleh ketua pemasaran yang tegas, May Wong.

Dalam usaha menarik perhatian May, kedua-dua jejaka ini menyedari bahawa minat May terhadap Islam boleh menjadi peluang untuk mendekatinya. Firdaus dan Naim kemudian meluangkan masa untuk mengenali May secara lebih mendalam, namun tanpa disedari, hubungan profesional mereka berubah menjadi sesuatu yang lebih peribadi. Perasaan cinta mula wujud, dan ini mencetuskan konflik yang tidak dapat dielakkan.

Perjalanan spiritual May untuk mendalami Islam menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya. Setelah memeluk Islam, dia memilih nama Jannah, yang bermaksud ‘syurga’. Transformasi ini bukan sahaja mendekatkan Jannah kepada Firdaus dan Naim, tetapi juga mewujudkan konflik emosi yang lebih mendalam.

Firdaus dan Naim turut menghadapi tekanan daripada pesaing mereka, Zain Rizman, ketua agensi iklan yang licik dan tidak gentar menggunakan pelbagai taktik untuk menggagalkan mereka. Situasi menjadi semakin tegang apabila pertemuan rahsia antara May dengan kedua-dua jejaka ini secara berasingan terbongkar. Persahabatan mereka, yang dahulunya begitu kukuh, kini berada di ambang perpecahan.

Dalam kemelut ini, Firdaus dan Naim akhirnya membuat keputusan untuk membiarkan Jannah memilih siapa yang terbaik untuknya. Namun, usaha mereka untuk memikat hati Jannah secara terang-terangan menjadikan situasi lebih rumit. Adakah cinta akan menjadi punca persahabatan mereka hancur? Atau adakah mereka mampu mencapai penyelesaian yang memuaskan hati semua pihak?
Drama Antara Dua Syurga

Drama Antara Dua Syurga Lakonan Nabil Aqil,Tracie Sinidol