Drama Senyawa
Drama Senyawa

Drama bersiri terbaharu di platform penstriman popular Asia, iQIYI berjudul ‘SENYAWA’ bakal menemui penonton pada 25 Oktober ini. Drama arahan Eyra Rahman ini mengetengahkan isu tabu yang jarang diperkatakan, iaitu perihal ‘ibu tumpang’ dalam kalangan umat Islam. Drama Senyawa dibarisi pelakon seperti Trisha Ooi, Shahz Jaszle, Siti Hariesa, Nina Juren dan ramai lagi.

Saksikan drama ‘Senyawa’ yang akan mula bersiaran pada 25 Oktober 2024, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9:00 malam di iQIYI. Layari www.iq.com atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store.

Judul : Senyawa #senyawa
Tonton Full Episod: 1-12
Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2024
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Platform Digital: iQIYI
Penulis Skrip: Panel Skrip MIG
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: MIG Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Trisha Ooi sebagai Syarifah Zabrina
Siti Hariesa sebagai Lutfiyah
Shahz Jaszle sebagai Iskandar
Nina Juren sebagai Dato' Asmida
Liang Chia sebagai Eric
Aleza Shadan sebagai Datin Sharifah
Amirah Razak sebagai Maya
Haeriyanto Hassan sebagai Lukman
Hanna Ercaa sebagai Syaza
Atira Karma sebagai Nia
Nasz Sally sebagai Ibu Kartini
Nuremy Ramli sebagai Doktok

Lagu Tema (OST)
Lagu: Kembali Terang
Penyanyi: Marsha Milan
Lirik: Senna
Komposer: Senna & Ajin

Sinopsis Senyawa
Mengisahkan tentang Zabrina (Trisha Ooi), seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya dan hidup dalam kebahagiaan bersama suaminya, Iskandar (Shahz Jaszle). Namun, di sebalik kejayaannya, Zabrina berdepan dengan pelbagai konflik.

Setelah mengalami keguguran dan disahkan menghidap ‘cervical insufficiency’, Zabrina tertekan dengan desakan ibu mertuanya, Dato’ Asmida (Datin Nina Juren) yang menginginkan cucu.

Tidak sanggup dimadukan, Zabrina nekad untuk mendapatkan ibu tumpang. Pertemuan dengan Lutfiyah (Siti Hariesa), seorang gadis kampung yang berperwatakan seakan dirinya, membuatkan Zabrina merasakan Lutfiyah adalah calon yang sesuai untuk menjadi ibu tumpang. Bagaimanakah kesudahan kisah pengorbanan terlarang ini?

Drama Senyawa

 

Tonton drama bersiri iQIYI Original, Terjerat arahan Azmi Hata pada setiap Jumaat dan Sabtu mulai 21 Jun 2024

Judul : Terjerat #terjerat
Tonton Full Episod: 1-12
Tarikh Tayangan: 21 Jun 2024
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: iQIYI
Penulis Skrip: Hannah Newman
Pengarah: Azmi Hata
Produksi: Orangetree Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Aliff Aziz sebagai Faliq
Ruhainies sebagai Nadia
Fendy Bakry sebagai Izham
Jaja Iliyes sebagai Anis
Omar Abdullah sebagai Husin
Aishah Atan sebagai Zaleha
Haifa Halina sebagai Humaira
Idzham Ismail sebagai Joe
Dayang Areeda sebagai Shasha
Hanna Aqeela sebagai Dr Rahimah
Erry Putra sebagai Rashid
Amanda Misbun sebagai Ustazah Huda

Lagu Tema (OST)
Tinta Cahaya - Nonny Nadirah
Amarah Cinta - Aliff Aziz

Sinopsis Terjerat
Mengisahkan tentang Nadia (Ruhainies) yang dibayangi krisis hutang suaminya, Izham (Fendy Bakry) yang parah akibat judi. Nadia dijadikan taruhan oleh pemiutang suaminya. Tanpa diduga, Nadia bertemu Faliq (Aliff Aziz) yang telah terperangkap dahulu darinya.

Semakin hari berlalu, ikatan platonik mereka semakin mendalam seterusnya menjadi hubungan cinta yang terlarang. Masing-masing punya pasangan hidup justeru, keadaan telah memaksa mereka untuk memilih antara kesetiaan kepada pasangan mereka ataupun berserah pada takdir.

Tanpa disedari, mereka telah terjerat dalam satu permainan percintaan yang terlarang.
Para Pelakon


Drama Terjerat Lakonan Aliff Aziz,Ruhainies

 

Nantikan drama Mihrab Cinta Zulaikha akan datang di platform penstriman iQIYI. Drama arahan Izuan Mokhtar, dibintangi oleh Elisya Sandha, Azrel Ismail, Johan As'ari, Scha Elinnea dan ramai lagi.

Judul : Mihrab Cinta Zulaikha #mihrabcintazulaikha
Tayangan di iQIYI: 2024
Pengarah: Izuan Mokhtar
Produksi: MIG Pictures

Watak Pelakon
Elisya Sandha sebagai Zulaikha
Azrel Ismail sebagai Yusof Hakimi
Johan As'ari sebagai Aidil
Scha Elinnea sebagai Eva
Maria Farida sebagai Datin Sofia
Ieda Moin sebagai Kak Isma
Rafique Iskandar sebagai Syamsul
Azman Jantan sebagai Pak Long Idris
Azizah Mahzan

Sinopsis Mihrab Cinta Zulaikha
Drama Mihrab Cinta Zulaikha merupakan drama bersiri Original sebanyak 12 episod yang mencoret kisah Zulaikha lakonan Elisya Sandha menerima lamaran Yusof Hakimi lakonan Azrel Ismail sebagai suami setelah dijanjikan akan membantu Zulaikha memikul tanggungjawab menjaga anak-anak yatim.
Namun tanpa diduga dia terperangkap dalam perkahwinan tersebut apabila mengetahui Yusof adalah anak kepada Dato Rizal, lakonan Arash Mohd lelaki yang ingin merampas tanah rumah anak yatim yang diwarisi arwah ibu bapanya selama ini.

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha,Azrel Ismail