Drama Hai cinta dengarkanlah
Drama Hai Cinta Dengarkanlah

Nantikan drama adaptasi novel 'Hai Cinta, Dengarkanlah' karya Mardihah akan disiarkan di slot Akasia TV3. Drama bersiri 28 episod terbitan A10 Alliance diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Dibintangi oleh Shukri Yahaya, Anna Jobling dan Niezam Zaidi.

Judul : Hai Cinta, Dengarkanlah #haicintadengarkanlah
Episod: 28
Tarikh Tayangan: September 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat,7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Pengarah: Eoon Shuhaini
Produksi: A10 Alliance

Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Adib Huzairi
Anna Jobling sebagai Nur Cahaya
Niezam Zaidi sebagai Aizul Hakimi
Rania Amanda sebagai Fifi
Aleza Shadan sebagai Roza
Zulkifli Ismail sebagai Rahim
Nazrief Nazri
Sharifah Shahora
Syuhaida Abraz
Natasya Mahyan
Raden Zaharatul
Halim Radzi

Sinopsis Hai Cinta Dengarkanlah
"Pen merah, pen biru, I suka you. Sumpah, tak tipu!"

“Kita jumpa lagi kat sini. Garam di laut, asam di gunung bertemu dalam belanga juga. Berjodoh betul. Kan Cahaya, kan?” Adib Huzairi

“Hebat betul taste janda macam kau ni, kan?” Ainil

“Sebab saya jandalah kak, taste saya kena tinggi sikit.” Cahaya

Cahaya ini, benci betul kalau orang memandang rendah kepadanya hanya kerana dia menyandang gelaran janda. Salah ke kalau dia itu janda kerana kematian suami!

Dihimpit dengan desakan keluarga Aizul yang mahu menyatukan mereka berdua, Cahaya jadi rimas. Mujurlah Adib itu selalu jadi penyelamat, selalu jadi hero untuk dia dan Fifi.

“Mama, boleh ke Uncle Adib jadi papa Fifi?" - Fifi

Adib itu akhirnya suka, sayang dan mahukan Cahaya. Tapi dia takut untuk berterus terang dengan emaknya yang terlalu tegas. Roza itu kan anti dengan budak-budak. Fifi nanti mesti akan sepahkan rumah dan nanti rumahnya mesti akan berhabuk. Eeee, Adib nak kahwin dengan janda beranak satu?!

“Baiklah, mak setuju Adib kahwin dengan Cahaya. Tapi dengan satu syarat. Lepas Adib kahwin, Fifi tak boleh selalu ada kat rumah mak. Tak boleh!” Roza

Sukarnya untuk Cahaya dan Adib menyemai kasih andai emak sebegitu dengan Fifi.

“Ya Allah, kau lembutkanlah hati Mak Tok Roza yang keras macam batu itu. Mak tok mesti kena sayang dengan Fifi.” - Fifi

Apakah sebenarnya suratan takdir hidup Cahaya dan Fifi, menumpang kasih seorang lelaki yang sepenuh hati menyayangi mereka. Adakah menjadi janda beranak satu itu merupakan satu kesalahan?

Hai Cinta Dengarkanlah
Drama Hai Cinta Dengarkanlah

Drama Hai Cinta Dengarkanlah Lakonan Shukri Yahaya,Anna Jobling

 

Demi masa
Telefilem Demi Masa

Tonton telefilem Demi Masa arahan Izuan Mokhtar pada 15 September 2024 pukul 10 malam di TV3.

Judul: Demi Masa #demimasa
Waktu Siaran: Sabtu, 15 September 2024, 10:00 malam
Rangkaian: TV3 / tonton
Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah: Izuan Mokhtar
Produksi: Arie Zaharie Production
Pelakon: Faizal Hussein, Ruminah Sidek, Umar Shakur, Nadiya Nisaa, Azhar Sulaiman, Kamal Bakar

Sinopsis Demi Masa
Musa baru sahaja dilepaskan dari penjara disebabkan jenayah yang dilakukan pada masa lampau. Pelbagai perasaan menghantui hati Musa tentang penerimaan keluarga dan orang kampung. Muhammad sukar menerima Musa sebagai ayah kerana Muhammad tidak pernah berjumpa dengan Musa sejak lahir. Musa cuba sedaya upaya untuk mendekati Muhammad tetapi gagal. Perkara ini telah membuatkan Muhammad menjadikan Cikgu Laili sebagai tempat untuknya meluahkan perasaan.

Telefilem Demi Masa Lakonan Faizal Hussein, Ruminah Sidek

 

Gadis Pasir Mas
Telefilem Gadis Pasir Mas

Nantikan Telefilem Gadis Pasir Mas pada 7 September 2024 ini,Sabtu jam 9 malam arahan Sabri Yunus hanya di RTM Tv1

Judul: Gadis Pasir Mas #Gadispasirmas
Waktu Siaran: Sabtu ,7 September 2024
Rangkaian :RTM Tv1 /RTMKlik
Penulis Skrip :Sabri Yunus
Produksi: Tanah Merah Ventures Sdn Bhd
Pelakon: Azizul Amar, Aween Ismail, Saidi Sabri, Asrulfaizal Kamaruzaman, Sabri Yunus, Zee Khan Hussein

Sinopsis Gadis Pasir Mas
Ayai terpaksa bekerja di Kelantan atas arahan pakciknya, Baba. Ayai memang tidak suka dengan Kelantan. Di Kelantan, Ayai di bantu oleh Wan Hashim seorang pekerja syarikat.

Wan Hasyim memperkenalkan Ayai dengan Siti Bainun. Siti Bainun telah membawa Ayai berjalan sekitar Kelantan dan menunjukkan adat budaya yang ada di sana. Ayai mula suka pada Kelantan kerana Ayai seorang berjiwa seni. Ayai telah berjumpa dengan ayah Siti Bainun iaitu Pok Na untuk belajar silat.

Pok Na merasakan Ayai memang begitu minat dan mula mengajarnya. Hubungan Ayai dan Bainun mendapat tentangan abangnya Iwan. Iwan telah mencabar Ayai dan mereka bertarung di gelanggang silat. Walau pun Ayai tewas, tapi dia berani menyahut cabaran itu.

Telefilem Gadis Pasir Mas

 

Filem Housekeeping
Filem Housekeeping?

Nantikan sebuah filem dari Amzon Original terbaru"Housekeeping?" bakal bersiaran pada 5 September 2024 ini arahan Zahir Omar

Judul:Housekeeping? #housekeeping?
Tarikh Tayangan: 5 September 2024
Genre: Aksi Komedi
Platform Digital: Prime Video
Pengarah: Zahir Omar
Produksi : Skop Productions/Amazon Prime

Watak Dan Pelakon
Alif Satar Sebagai Johan
Sharifah Sakinah sebagai Molly
Fabion Loo Sebagai Ah Foo
Shiqin Kamal sebagai Aida
Pablo Amirul
Ropie Cecupak
Didie Alias
Khir Rahman
Angelie Tan
Maria Farida
Radhi Khalid
Sabrina Ali
Joanne Kam

Sinopsis Housekeeping
Cerita bermula dengan Johan yang sedang cuba mempertahankan perkahwinannya dengan Aida, seorang inspektor polis. Rumah tangga mereka di ambang perpisahan akibat konflik kewangan yang tidak berkesudahan. Johan, yang bekerja sebagai tukang kemas di sebuah hotel, berharap dapat mencari jalan untuk menyelamatkan perkahwinannya.

Suatu hari, ketika Johan bersama Molly dan Ah Foo sedang mengemas bilik hotel, mereka terjumpa sebuah beg misteri yang penuh dengan wang tunai. Tergoda dengan peluang untuk mengubah nasib, mereka bertiga memutuskan untuk membahagikan wang tersebut dan memulakan kehidupan baru yang lebih baik.

Namun, impian mereka tidak berjalan lancar apabila mereka mengetahui bahawa wang tersebut sebenarnya milik kumpulan samseng yang diketuai oleh Don A. Menyedari mereka dalam bahaya, Johan, Molly, dan Ah Foo terpaksa melarikan diri, bukan sahaja dari kumpulan samseng tersebut tetapi juga daripada pihak polis yang turut memburu mereka.

Sepanjang pelarian mereka, pelbagai aksi lucu dan situasi kekecohan berlaku. Dari kejar-mengejar yang mendebarkan hingga adegan komedi yang mencuit hati, penonton pasti akan terhibur dengan gelagat trio ini yang cuba keluar dari masalah yang mereka ciptakan sendiri.

Tambahan lagi, hotel tempat mereka bekerja dipenuhi dengan tetamu dan kakitangan yang aneh dan mencuit hati. Keadaan menjadi semakin rumit apabila hotel tersebut dikurung, menjadikan usaha mereka untuk melarikan diri semakin mencabar.

Movie Housekeeping? Lakonan Sharifah Sakinah

 

Lion Girl
Telefilem Lion Girl

Nantikan telefilem 'Lion Girl' bersemperna hari Malaysia yang bakal disiarakan 14 Sepetember 2024 ini hari sabtu jam 10 malam hanya di Astro Ria

Judul: Lion Girl #liongirl
Tarikh Tayangan: 14 September 2024 ,Sabtu Jam 10 Malam
Siaran: Astro Ria
Penulis Skrip: Sharulezad Mohameddin & Farah Bani
Pengarah: Sharulezad Mohameddin
Produksi: Radius One Sdn Bhd
Pelakon: Erysha Emyra, Jack Gohr, Shamsul Ghau Ghau, Preti Kaur, Justin Wei Qing, Emiraisyaa, Chew Kin Wah

Sinopsis Lion Girl
Mengisahkan tentang Sakina, seorang gadis yang meminati tarian singa yang kemudian mendorangnya untuk menjadi seorang penari singa, mengharungi dugaan keluarga dalam mengejar impiannya dengan menonjolkan keteguhan dan budaya Malaysia

Telemovie Lion Girl Lakonan Erysha Emyra

Adaptasi Novel
Drama Uncle Boss Mama

Nantikan drama adaptasi novel 'Uncle Bos Mama' karya Nurul Syahida akan datang di slot MegaDrama Astro Ria. Drama ini diarahkan oleh Hadith Omar, menampilkan gandingan Meerqeen dan Ezzanie Jasny selaku teraju utama.

Judul : Uncle Boss Mama #unclebossmama
Tonton Full Episod: 1-24
Tarikh Tayangan:9 September 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: iFabulous Art Media & Event

Watak Pelakon
Meerqeen sebagai Josh (Joshua)
Ezzanie Jasny sebagai Fish (Farafisha)
Jannah Izwandy sebagai Nana (Shaina)
Duerra Mitilda sebagai Lala (Shaila)
Syed Irfan sebagai Aril (Shairil)
Qaiszerr Eshan sebagai Faiq
Yusuf Bahrin
Riz Amin
Elvina Chua

Sinopsis Uncle Boss Mama
Lelaki yang sudah berteman wanita itu bernama Joshua. Dia punya perniagaan yang dibanggakan dan kehidupan sosial yang boleh tahan. Tapi dia sukakan ketenangan dan disebabkan sejarah masa lalunya, dia tak fikir dia mampu jadi seorang suami dan memiliki keluarga sendiri. Dia sudah menerima hakikat bahawa dia seorang loner yang akan bersendiri seumur hidupnya, tanpa sebarang ikatan.

Wanita bujang itu bernama Fish. Hidupnya kacau-bilau. Dia punya anak tanggungan yang ramai, lelaki yang disukainya dalam diam sepertinya tidak akan membalas cintanya, dia tidak pasti dia mampu membayar bil bulan ini, dan dia bekerja dengan majikan yang datang dari neraka.

Adik-beradik itu ada tiga orang. Shaina yang perasan dirinya lawa suka bermain cinta dan bergaduh dengan adik perempuannya. Shairil yang berkerusi roda suka memerhati macam perisik misteri. Shaina si kecil yang lasak seolah-olah kelahiran semula seorang ninja. Ditambah pula dengan adik angkat mereka si Faiq yang kuat cembeng tapi cukup menarik hati, mereka mewarnai hidup Fish dari sehari ke sehari.

Apa yang berlaku apabila ada pertembungan di antara dua dunia ini? Apabila seorang lelaki jatuh cinta pada bukan hanya seorang wanita, tapi seluruh keluarganya?

Para Pelakon

Meerqeen

Drama Uncle Boss Mama Lakonan Meerqeen,Ezzanie Jasny

 

Taubatku
Telefilem Taubatku

Saksikan telefilem taubatku lakonan Syafiq Kyle yang bersiaran pada sabtu 7 september 2024

Judul:Taubatku #taubatku
Waktu Siaran: Sabtu, 7 September 2024, 9:00 malam
Rangkaian: Cerekarama TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Shahnas Putra & Nik Nabilah
Pengarah: Heykal Hanifah
Produksi: Luqsar Kreatif Sdn Bhd

Lagu Tema: Jangan Berhenti - Hafiz Hamidun

Pelakon
Syafiq Kyle sebagai Ismail
Azar Azmi sebagai Maisarah
Syed Ali Murtadha sebagai Iskandar
Idris Khan sebagai Safuan
Fauziah Nawi
Rusdi Ramli
Faezah Elai

Sinopsis Taubatku
Setelah lima tahun mendirikan rumah tangga, Ismail dan Maisarah akhirnya dikurniakan seorang anak. Kehidupan mereka semakin bahagia setelah kelahiran Yusuf namun hanya sementara apabila mereka terlibat dalam kemalangan dan Yusuf disahkan lumpuh seumur hidup. Tidak lama selepas itu, Maisarah pula terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Dunia Ismail terus berubah, dia harus bekerja keras untuk menjaga Yusuf sehinggakan kebajikan Yusuf mula terabai.

Telemovie Taubatku Lakonan Syafiq Kyle

 

Kilauan Emas 2024
kilauan Emas 2024

Setelah lama menyepi hampir 7 tahun,kini kembali program nyayian Kilauan Emas dengan membawa nafas baharu bertemakan 'Otai Kembali Berbisa'.membuka ruang dan peluang kepada bakat otai tempatan unatuk mempamirkan bakat terpendam mereka dalam bidang nyanyian.

Bakat-bakat yang dipilih juga bukan sahaja berkebolehan dalam bidang nyanyian, namun mempunyai pencapaian dan latar belakang unik masing-masing yang memberikan pelbagai corak warna dalam konsert utama ‘Kilauan Emas 2024’.

Untuk musim terbaharu ini, barisan peserta yang akan bersaing merupakan 12 orang peserta solo yang terdiri daripada warga Malaysia, dari seluruh negeri seperti Sabah, Pulau Pinang,Johor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu, berusia diantara 46 tahun sehingga 68 tahun, iaitu peserta paling senior pada musim ini.

Kilauan Emas 2024 bakal digegarkan dengan penampilan Kak Lina Pom Pom sebagai pengacara program utama, serta pelawak dan pelakon Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas. Bangku juri buat musim terbaharu ini mengekalkan figura legenda, Erra Fazira dan Dato ’Hattan, bersama pelawak terkenal iaitu Roy Azman yang bakal menyerikan lagi episod-episodnya.

Persembahan setiap peserta menerusi ‘Kilauan Emas 2024’ akan diadili secara 70%daripada pemarkahan oleh barisan panel juri professional, 20% daripada juri awam yang merangkumi markah para penonton undangan dan juga 10% daripada undian para penonton di rumah.

Juara ‘Kilauan Emas’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Para penonton dan peminat boleh mengundi peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan pada setiap minggu secara dalam talian menerusi lamanweb Astro Gempak.

‘Kilauan Emas 2024’ akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam selama lapan minggu bermula 14 September 2024, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi Astro Prima (saluran 105). Program ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka.

SENARAI 12 PESERTA KILAUAN EMAS 2024 MARIA 
Nama: Mariani Mustafa @ Mamat 
Asal: Setiu, Terengganu 
Pekerjaan: Busker 

WAN 
Nama: Ridzuan Bin Yusof 
Asal: Putrajaya, Wilayah Persekutuan 
Pekerjaan: Pegawai Imigresen

SUE 
Nama: Sueneata Bt Hamzah 
Asal: Ulu Kinta, Perak 
Pekerjaan: Tukang Jahit 
 
BALQIS 
Nama: Bulqis Bt Sadak 
Asal: Telipuk, Sabah 
Pekerjaan: Peniaga Sambal 

DINO 
Nama: Shamsuddin Bin Md Ali 
Asal: Kulim, Kedah 
Pekerjaan: Pesara Pdrm 

GIE 
Nama: Roziah Binti Abd. Hamid 
Asal: Mersing, Johor 
Pekerjaan: Suri Rumah 

SIDI 
Nama: Marsidi Bin Mansor 
Asal: Alor Setar, Kedah 
Pekerjaan: Inspektor Penjara, Jabatan Penjara Malaysia 

INA 
Nama: Nur Fadhlina Binti Ismail 
Asal: Georgetown, Pulau Pinang 
Pekerjaan: Pegawai Perhubungan Awam (Msu) 

RON 
Nama: Noor Anizah Binti Abu Hassan 
Asal: Malim Nawar, Perak 
Pekerjaan: Peniaga Sate 

BUDIN 
Nama: Mohamad Shabuddin Bin Sehu Mohamed 
Asal: Georgetown, Pulau Pinang 
Pekerjaan: Peniaga Pakaian 

ATIE 
Nama: Mahzuriyati Bt Abd Malek 
Asal: Jelebu, 
Negeri Sembilan 
Pekerjaan: Peniaga Online

HAMID 
Nama: Hamidon Bin Abdul Karim 
Asal: Ipoh, Perak 
Pekerjaan: Pemandu Lori

Kilauan Emas 2024 Kini Kembali

 

Kelas tahanan Cikgu Hiragi
Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

Kelas Tahanan Cikgu Hiragi adaptasi daripada sebuah drama jepun "Mr.Hiirag's Homeroom" karya Shogo Muto terbitan dari Nippon TV.Sebuah drama yang diarahkan oleh Micheal Ang yang menampilkan pelakon seperti Nadhir Nasar,Qistina Rania,Arena Wan,Evertts Gomes,Erysha Emyra dan ramai lagi.

Drama ini bakal bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis menerusi slot Dramavaganza 25 September 2024,jam 9 Malam di Astro Ria(104),On Demand Astro GO Dan Sooka.

Judul:Kelas Tahanan Cikgu Hiragi #kelastahanancikguhiragi
Episod Penuh :1-20
Tayangan pada:25 September 2024
Waktu Disiarkan :Rabu-Khamis ,9:00 malam
Rangkaian :Astro Ria/Astro Go/Sooka
Arahan: Michael Ang
Produksi:Julita VIden Sdn Bhd

Wakta Dan Pelakon

Nadhir Nasar sebagai Cikgu Hiragi
Arena Wan Sebagai Sofia
Qistina Rania sebagai Reena
Evertts Gomes sebagai Ashraf
Arabella Ellen sebagai Alisya
Cahaya Nilam sebagai Liyana
Erysha Emyra sebagai Aisyah
Elyshia Abegail sebagai Icha
Aiman Ameer sebagai Kerol Malik
Nurel Baharin sebagai Melissa
Razin Qidran Sebagai Irwan
Alvy Joanna sebagai Siew May
Cora Waybin sebagai Jessica
Azqa Aziz sebagai Sarah
Kecik sebagai Pendek
Baihaqi Majid sebagai Ammar
Kim Azzim sebagai Mizi
Aizat Saha sebagai Awie
Rasyidin sebagai Adam
Syafiq Irfan sebagai Rizal
Hakim Khan sebagai Kamal
Aiman Shah sebagai Yusry
Riz Aiman sebagai Cikgu Syed
Syamim Roslan sebagai Cikgu Safwan
Amira Rafik sebagai Cikgu Nora
Azlan Komeng sebagai Inspektor Rashid
Erry Putra sebagai Nasir
Kahoe Hon sebagai Chi Siang
Royce Iqram sebagai Pojey

Sinopsis Penuh Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

Cikgu Hiragi ialah seorang guru seni dan merupakan guru kelas Tingkatan 5A yang baru sahaja mengajar di Sekolah Raja Ishak selama dua tahun.

Sepuluh hari sebelum mereka tamat persekolahan, pelajar-pelajar kelas 5A berkumpul di dalam kelas atas arahan Cikgu Hiragi.

Tanpa disangka, pelajar-pelajar ini menjadi tahanannya untuk merungkai insiden hitam lama yang berlaku kepada salah seorang pelajar daripada kelas itu.

Kematian pelajar itu menjadi misteri apabila semua rakan-rakannya mendiamkan diri tentang apa yang berlaku.

Tiada siapa yang akan dapat menyelamatkan diri mereka daripada Cikgu Hiragi sehinggalah kebenaran mengenai insiden itu dibongkar.

cikgu hiragi


Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Lakonan Nadhir Nasa

 

Pinjaman Syurga
Drama Pinjaman Syurga

Nantikan drama bersiri Pinjaman Syurga akan datang di slot Akasia TV3. Drama arahan Shuhaimi Zulkefli, dibintangi oleh Janna Nick, Gambit Saifullah dan Keith Foo.

Judul : Pinjaman Syurga #pinjamansyurga
Episod: 1-28 Full Episod
Tarikh Tayangan: 5 Sep 2024
Rangkaian: Samarinda TV3
Pengarah: Shuhaimi Zulkefli
Produksi: Anomali Media Sdn Bhd

Barisan Pelakon
Janna Nick
Gambit Saifullah
Keith Foo
Natasya Mahyan
Ziha Salleh
Fizo Omar
Laila Nasir
Aleza Shadan

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Melewati Mimpi
Penyanyi: Amira Othman
Lirik & Komposer: Aiman Sidek

Sinopsis Pinjaman Syurga

Mengisahkan tentang bagaimana sebuah keluarga diuji dengan dugaan yang besar dan pengorbanan yang luar biasa dalam menghadapi realiti kehidupan yang tidak dijangka.

Berkisar kisah hidup pasangan suami isteri, Natasha (Janna Nick) dan Taufik (Keith Foo) yang mengalami pergolakkan setelah mengetahui bahawa anak tunggal lelaki mereka iaitu Haikal (Akif Darwisy) adalah seorang kanak-kanak autisme. Seperti angin badai yang tiba tanpa diduga, berita ini menggoncang kehidupan bahagia selama lima tahun perkahwinan mereka, menguji kesabaran, kecekalan, dan kasih sayang yang ada.

Taufik yang dulunya seorang ayah yang penyayang, kini berubah menjadi seorang yang pemarah. Manakala, Puan Aminah, ibu Taufik juga tidak berpuas hati dan menyalahkan keturunan Natasha atas penyakit autisme yang dihidapi Haikal.

Kehidupan Natasha menjadi semakin sukar sehingga mutu kerjanya makin merosot akibat bebanan emosi yang harus dipikul seorang diri. Selepas mendengar nasihat ayahnya, dan sokongan dari bekas adik iparnya (Zahirah), Natasha serta merta menghantar Haikal ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang mana ianya ditubuhkan bertujuan untuk membantu anak-anak autisme.

Pada ketika itu, dia bertemu semula dengan Zainal (Gambit Saifullah), seorang rakan lama yang merupakan pengasas bagi pusat pemulihan tersebut dan mula membantu Natasha dan juga Haikal dalam mengharungi cabaran kehidupan mereka.

Namun, seberapa kuatkah seorang ibu seperti Natasha dapat menghadapi ujian ini sendiri dan mampukah Natasha membesarkan anak pinjaman syurga ini dengan penuh kasih sayang sehingga ke akhir?
Para Pelakon Pinjaman Syurga
Pelakon

Drama Pinjaman Syurga Lakonan Janna Nick,Keith Foo

 

Sepahtu Medeka

Sepahtu Merdeka

Together with Jep, Rahim, Pak Ya & Ebby Yus, watch a special episode in conjunction with the 67th National Day! Let's join the fun & wait for the cameo at the end of the show.

Judul:Sepahtu Merdeka
Content Duration : 44 min
Subtitle Language : English, Malay
Cast : Jep, Rahim, Pak Ya, Ebby Yus, Nasha Aziz

Sepahtu Merdeka Semperna Kemerdekaan 67 tahun

 

Takluk Lahad datu
Filem Takluk Lahad Datu

Sebuah filem yang diinspirasikan daripada peristiwa yang sebenar 'Takluk:Lahad Datu' kisah pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu
pada 2013,peristiwa yang mencatatkan sejarah hitam apabila seramai 10 orang wira negara Malaysia terkorban dalam unsaha memepertahankan tanah air dari musuh dan acaman pengganas

Merupakan filem arahan Zulkarnain Azhar,filem ini menapilkan barisan pelakon yang hebat seperti Syafiq Kyle,Kamal Adli,Fikry Ibrahim,Ading Indrawani,Eman Manan,Riezman Khuzaimi ,Josiah Hogan,Ayez Shukat,Fad Anuar,Adam Corrie Lee,Mustaqim Bahadon dan Zarul Umbrella

Filem hebat ini bakal di tayangkan pada 22 Ogos 2024 di seluruh pawagam negara.

Judul:Takluk Lahad Datu #takluklahaddatu
Tarikh Tayangan: 22 Ogos 2024
Gerne :Aksi
Lakon Layar :Zurlkarnain Azhar
Produksi: Multimedia Filem Production

Barisan Pelakon
Syafiq Kyle
Fikry Ibrahim
Kamal Adli
Anding Indrawani
Mustaqim Bahadon
Eman Manan
Nasir Jani
Ayez Shaukat
Abi Madyan
Zarul Umbrella
Hairan Safwan
Azizul Ammar

Sinopis Penuh Takhluk Lahad Datu
Apabila beberapa ratus rakyat Filipina yang dikenali sebagai Pasukan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara dihantar oleh Jamalul Kiram III untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu, kru Komando VAT69 berjuang mempertahankan kedaulatan tanah air daripada serangan pengganas. kumpulan, dikenali sebagai kebuntuan Lahad Datu 2013 atau Operasi Daulat.

Promo

Filem Takluk:Lahad Datu Lakonan Syafiq Kyle