Saksikan telefilem Raya Dengan Cinta pada 3 Syawal, pukul 10 pagi di Astro Ria dan strim di Astro GO.

Judul: Raya Dengan Cinta #rayadengancinta
Waktu Siaran: Jumaat, 12 April 2024, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Panel MIG
Pengarah: Azmir Affandi
Produksi: MIG Production Sdn Bhd
Pelakon: Hawa Rizwana, Yong Zhen Ning, Chew Kinwah, Thean Jo Lin, Joanne Kam,

Sinopsis Raya Dengan Cinta
Rashid seorang mualaf berbangsa cina membawa isterinya Shila menyambut 10 Ramadhan terakhir dan Hari Raya Aidilfitri di rumah keluarganya yang berbangsa cina. Memandangkan keluarga shila ingin menyambut raya di Mekah dan Shila tidak dapat ikut bersama kerana mengalami alahan disebabkan baru mengandung 3 bulan.

Pelbagai masalah timbul sepanjang Shila berpuasa di rumah keluarga mertuanya sehingga menyebabkan Shila mula berputus asa untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini tetapi Rashid dan keluarganya berusaha merealisasikan Impian Shila meskipun dalam keadaan huru hara.

Telefilem Raya Dengan Cinta Lakonan Hawa Rizwana, Yong Zhen Ning

 

Saksikan telefilem Syurga Yang Tersia lakonan Neizam Zaidi dan Trisha Ooi pada 2 Syawal, pukul 11:30 pagi di TV3.

Judul : Syurga Yang Tersia #syurgayangterisa
Waktu Siaran: Khamis, 11 April 2024, 11:30 pagi
Rangkaian: TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Shaza Talib
Pengarah: Shuhaimi Zulkefli
Produksi: Anomali Media
Pelakon: Neizam Zaidi, Trisha Ooi, Iman Suhana, Khatijah Tan, Izzy Reef, Riena Amirah, Rafique Iskandar, Lienda Halim

Sinopsis Syurga Yang Tersia
Arman diberhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi oleh syarikatnya. Dia berusaha untuk mencari pekerjaan namun tidak berjaya.

Isterinya Zahira mula tertekan kerana terpaksa menjadi pencari nafkah keluarga. Masalah kewangan membuatkan Zahira membentak Arman.

Telemovie Syurga Yang Tersia Lakonan Neizam Zaidi, Trisha Ooi

 

Saksikan telefilem raya 'Seharum Firdausi' arahan Nazir Jamaluddin pada 13 April, Sabtu pukul 9 malam di TV3.

Judul : Seharum Firdausi #seharumfirdausi
Waktu Siaran: Sabtu, 13 April 2024, 9:00 malam
Rangkaian: Cerekarama TV3 / Tonton
Pengarah: Nazir Jamaluddin
Produksi: Suara Kita Production
Pelakon: Fariz Isqandar, Azhan Rani, Mubarak Majid, Zarynn Min

Sinopsis Seharum Firdausi
Ijat, seorang remaja yang nakal telah membuat keputusan untuk menghabiskan cuti sekolah bersama atuknya, Haji Ramli di kampung dengan niat untuk menjauhkan diri daripada bapanya, Razak.

Telefilem Seharum Firdausi Lakonan Fariz Isqandar, Azhan Rani

 

Nantikan telefilem Awak Terlalu Ganu Untuk Saya arahan Zizan Razak pada 1 Syawal, 4 Petang di Astro Warna dan strim Astro GO.

Judul : Awak Terlalu Ganu Untuk Saya #Awakterlaluganuuntuksaya
Waktu Siaran: Rabu, 10 April 2024, 4:00 petang
Rangkaian: Astro Warna / Astro GO
Pengarah: Zizan Razak
Produksi: ZR Project
Pelakon: Zizan Razak, Riena Diana, Adrina Kamaruddin, Wanns Ahmad, Jiha Sham, Hilmy Ashley, Addnan Sarippuddin

Sinopsis Awak Terlalu Ganu Untuk Saya
Seorang lelaki Terengganu yang berusaha sebaik mungkin untuk menyembunyikan identity Terengganu-nya dari seorang gadis bandar yang disukainya, Melissa. Dia mendapat sokongan dari seorang rakan karib yang secara rahsia mencintainya, Timoh.

Konflik Wan Hulaimi bermula apabila Zack curiga terhadap perbuatannya dan kedatangan Wan Hurairah ke bandar. Kejujuran yang muncul dalam hatinya membuatnya mengaku kebenaran kepada Melissa. Melissa menerimanya kerana dia sudah meyukainya.

Walaubagaimanapun, Wan Hulaimi percaya bahawa gadis yang betul untuknya adalah Timoh kerana dia selalu menerima dia seadanya.

Telefilem Awak Terlalu Ganu Untuk Saya Lakonan Zizan Razak, Riena Diana




Saksikan telefilem Terpaling Drama pada 5 Syawal, pukul 10 pagi di Astro Ria dan strim di Astro GO.

Judul : Terpaling Drama #terpalingdrama
Tayangan: Ahad, 14 April 2024, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Farah Bani
Pengarah: Liyana Jasmay
Produksi: Mermaid Studios Sdn Bhd
Pelakon: Nurel Baharin, Sazzy Falak, Razin Qidran,Mustaqim Bahadon, Darien Aeldra, Zalfa Zin

Sinopsis Terpaling Drama
Zee, seorang gadis moden yang baru balik dari UK untuk menyambut Hari Raya, bertengkar dengan ibunya, Hasnah yang sangat obses dengan drama Melayu.

Lepas bergaduh besar, Zee terjaga dalam dunia drama yang selama ni dia tak suka, termasuklah berdepan dengan adegan-adegan klise.

Ketika berada dalam alam drama, Zee dingatkan tentang budaya yang ditinggalkannya dan dirinya yang sebenar.

Pada mulanya, Zee ingat cinta adalah jalan keluarnya dari alam fantasi ini tetapi sebenarnya Zee harus meminta maaf dan berbaik semula dengan ibunya.

Telefilem Terpaling Drama Lakonan Nurel Baharin, Sazzy Falak

 

Saksikan telefilem Manaf, Zahir dan Bunian pada 4 Syawal, pukul 4 Petang di Astro Warna dan strim di Astro GO.

Judul: Manaf, Zahir & Bunian #manafzahirdanbunian
Tayangan: Sabtu, 13 April 2024, 4:00 petang
Rangkaian: Astro Warna / Astro GO
Penulis Skrip: Issey Fazlisham & Norsyiella Annuar
Pengarah: Issey Fazlisham
Produksi: Red Bean Productions
Pelakon: Namie, Kamarool Hj Yusoff, Dewa Arteh, Fizie Roslan, Madina Wafa, Ain Sufia, Rayza Mukmin

Sinopsis Manaf, Zahir dan Bunian
Mengisahkan Manaf bin Zahir, seorang pemuda yang berumur 30-an yang tinggal di sebuah kampung Bersama bapanya. Manaf kehilangan ibunya sejak berumur 15 tahun. Semenjak daripada itu, ayahnya mula nyanyuk dan menghadapi beberapa penyakit kronik.

Konflik bermula apabila di suatu malam, dimana ayah Manaf hilang dari rumah Ketika manaf tiada di rumah. Manaf meminta tolong orang kampung mencari ayahnya sehinggalah ayahnya dijumpa pengsan di kubur.

Manaf membawa ayahnya ke hospital dan ayahnya mula berubah dri tragedi itu. Ayahnya menjadi lebih serius dan selalu bercerita tentang kematian.

Sehinggalah suatu hari, ayahnya membuat satu permintaan aneh dan katanya itu adalah permintaan terakhir iaitu untuk berhari raya di alam bunian.

Telefilem Manaf, Zahir & Bunian

 

Saksikan telefilem istimewa sempena Aidilfitri, 'Raya Tak Nampak' bakal menemui penonton pada 13 April ini, pukul 9.00 malam di slot Panggung RTM TV1 atau tonton secara percuma melalui penstriman RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

Judul: Raya Tak Nampak #rayataknampak
Tayangan: Sabtu, 13 April 2024, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Cerita Asal: Nor Ashikin Zainal
Penulis Skrip: Che Li
Pengarah: Nor Ashikin Zainal, Wan Afzam Wan Daud, Fatin Athiera Dzul Hanafiah
Produksi: Unit Drama TV RTM
Pelakon: Wani Kayrie, Danial Zaini, Mamak Puteh, Imran Aqil, Zila Bakarin, Mandy Chong, Munir Zainal, Sasikumar Kandasamy

OST Raya Tak Nampak
Tajuk: Ini Raya Kita
Artis: Joy BRTM & Artee
Lirik: Deera Lee
Komposer: Zul Norizan, Achah Saputra

Sinopsis Raya Tak Nampak
Tiga hari sebelum Syawal, kutipan jualan bazar Ramadan tiga bujang, Oyen, Sapok dan Elly semakin tidak memberangsangkan. Tahun ini Hari Raya mereka seperti ‘tak nampak’ sahaja.

‘Raya’ pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Seni Persembahan (drama) yang terdesak mendapatkan markah cemerlang dalam subjek "Improvisation Acting" sanggup menyamar sebagai gadis buta di sebuah Bazar Ramadan.

Sementara itu Oyen, Sapok dan Elly yang baru selesai meniaga di bazar berjaya menyelamatkan Raya dari diragut. Setelah mengetahui ‘Raya Tak Nampak’ (buta) dengan kisah sedih tiada duit nak balik raya, tiga bujang yang mudah simpati dengan gadis cantik, menawarkan Raya pulang ke kampung bersama-sama. Kebetulan pula kampung mereka berdekatan.

Di dalam perjalanan, masing-masing cuba memikat Raya tetapi pelbagai ragam dan masalah pula mereka terpaksa tempuhi sepanjang perjalanan ke kampung. Mereka semakin cemas apabila dikejar oleh seorang lelaki Cina yang memandu jip.

Mereka akhirnya selamat sampai ke kampung halaman. Mereka malu mahu berdepan dengan dengan Kak Long kerana sebelum ini pernah menolak tawaran Kak Long membantu menjual kerepek. Mereka enggan sebab mahu berhijrah ke Kuala Lumpur demi mengejar cita-cita mereka. Namun mereka gagal.

Di rumah Embah Pati, tiga bujang melihat Raya membawa mangkuk tingkat datang beraya. Rupanya Raya tidaklah buta. Tiga bujang kecewa. Rasa ditipu. Dalam perjalanan Raya ke rumah yang lain, dia diculik oleh konco gangster. Oyen yang masa itu menyaksikan kejadian tersebut dan memecut motorsikal mengejar kereta gangster. Siapakah Raya sebenarnya dan apakah motif dia berpura-pura buta, dan apakah sebenarnya yang berlaku sehingga Raya di culik oleh gangster dan siapakah lelaki yang selalu mengekori Raya?

Telefilem Raya Tak Nampak Lakonan Danial Zaini, Mamak Puteh

 

Saksikan telefilem Serambi Syurgamu arahan Wan Saiful Shahrizan pada 12 April, Jumaat pukul 10 malam di TV Okey.

JuduL : Serambi Syurgamu #serambisyurgamu
Waktu Siaran: Jumaat, 12 April 2024, 10:00 malam
Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
Penulis Skrip: Nelly Nasir
Pengarah: Wan Saiful Shahrizan
Produksi: Redboy Pictures
Pelakon: Shasha Abedul, Firdaus Ghufran, Qi Razali, Normah Damanhuri

Sinopsis Serambi Syurgamu
Mengisahkan tentang Orked yang bertemu dengan seorang wanita yang tidak memiliki pengenalan diri dan hilang ingatan. Apakah seterusnya akan terjadi?

Telefilem Serambi Syurgamu Lakonan Shasha Abedul, Firdaus Ghufran,

 

Saksikan telefilem Overnight Wali pada 4 Syawal, 10 pagi di Astro Ria dan strim di Astro GO.

Judul : Overnight Wali #overnightwali
Waktu Siaran: Sabtu, 13 April 2024, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar
Pengarah: Bade Hj Azmi
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Aaron Aziz, Meerqeen, Arabella, Siti Elizad, Shah Rezza, Nabil Aqil, Zarynn Min

Sinopsis Overnight Wali
Husaini (28 tahun, bapa kepada Amanda (5 tahun), gemar membandingkan cara dia menjaga anak dengan orang lain. Dia bangun pagi berikutnya dan mendapati Amanda kini berusia 25 tahun, dan akan berkahwin lagi dua hari.

Selepas mempelajari latar belakang Joey yang serba kekurangan, Husaini membuat rancangan untuk meyakinkan Amanda untuk memilih Adam, seorang lelaki yang pernah dia hina sewaktu kecil dahulu. Usahanya untuk menghentikan perkahwinan itu menyebabkan kekacauan dan ketegangan.

Telefilem Overnight Wali Lakonan Aaron Aziz, Meerqeen

 

Saksikan telefilem Kurung Kerawang Untuk Adik pada 3 Syawal, pukul 11 Malam di Astro Ria dan strim di Astro GO.

JuduL : Kurung Kerawang Untuk Adik #kurungkerawanguntukadik
Tayangan: Jumaat, 12 April 2024, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Amy Nawari
Produksi: SR One Sdn Bhd
Pelakon: Syafie Naswip, Noorkhiriah, Puteri Rafasya, Hariz Hamdan, Hafiz Nolan, Farhan Nordin, Idzham Ismail, Zarynn Min, Nasz Sally

Sinopsis Kurung Kerawang Untuk Adik
Shazwi dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang dibebani dengan tanggungjawab untuk membesarkannya bersama tiga orang adiknya dan salah seorangnya adalah adiknya, Yana merupakan anak kurang upaya yang juga penghidap penyakit jantung kronik.

Semasa meminta bantuan keluarga untuk membantu Yana, Shazwi tanpa sengaja telah mencederakan mak ciknya, Saerha dan menyebabkan dia dihukum penjara selama 2 tahun.

Selepas keluar dari penjara, Shazwi berhasrat untuk membeli baju kurung kerawang buat adiknya, Yana kerana telah berjanji.

Namun untuk mendapatkan pekerjaan dan keyakinan dari masyarakat adalah satu cabaran kerana dia adalah bekas banduan., Puteri Rafasya

Telefilem Kurung Kerawang Untuk Adik Lakonan Syafie Naswip, Noorkhiriah

 

Saksikan telefilem Zero To Millionaire pada 3 Syawal, pukul 4 Petang di Astro Warna dan strim di Astro GO.

Judul: Zero To Millionaire #zerotomilionaire
Waktu Siaran: Jumaat, 12 April 2024, 4:00 petang
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Aziz M. Osman
Pengarah: Eoon Shuhaini
Produksi: Arie Zaharie Production
Pelakon: Sharif Zero, Syaiful Zero, Atu Zero, Julia Farhana Marin, Shashic Iewan

Sinopsis Zero To Millionaire
Ahmad, Hamid dan Mahmud (Mad, Mid, Mud) merupakan tiga beradik yang bekerja sebagai pencuci kereta. Satu ketika seorang pelanggan menuduh mereka mencalarkan keretanya. Mad menafikan lalu bertindak agresif pada pelanggan. Akibatnya Mad, Mid dan Mud ditahan dan didakwa. Tiba tiba mereka dijamin oleh seorang usahawan bernama Tuan Abu. Bagi mengelak dari terus didakwa, Tuan Abu mensyaratkan Mad, Mid dan Mud bekerja di rumah kebajikan orang tua miliknya.

Telemovie Zero To Millionaire

 

Saksikan telefilem My Famous Ex Boyfriend Raya pada 1 Syawal, 10 pagi di Astro Ria atau strim di Astro GO.

Judu: My Famous Ex-Boyfriend Raya
Waktu Siaran: Rabu, 10 April 2024, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria, Astro GO
Penulis Skrip: Ash Adm
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: iFabulous Art Media & Event
Pelakon: Nadhir Nasar, Qasrina Karim, Hael Husaini, Ara Johari, Aleza Shadan, Malle Christian

Sinopsis My Famous Ex Boyfriend Raya
Perkahwinan Sameera dan Jamie mula goyah dek kerana kekangan masa bersama dan kedegilan Affan, ditambah pula dengan kehadiran Haque Zuhal di dalam hidup mereka, mengeruhkan lagi keadaan. Mampukah mereka mempertahankan hubungan ini? Dan apakah pengakhiran bagi Haque Zuhal pada kali ini?

Telefilem My Famous Ex Boyfriend Raya Lakonan Nadhir Nasar, Qasrina Karim