Nantikan drama adaptasi novel Aku Bukan Ustazah karya Lyna Masud akan mengisi slot Akasia di TV3. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Mengandingkan Erysha Emyra, MK K-Clique dan Zahiril Adzim selaku pelakon utama.

Judul: Aku Bukan Ustazah #akubukanustazah
Tonton full Episod:1- 28
Tarikh Tayangan: Februari 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Erysha Emyra sebagai Aminah
MK K-Clique sebagai Adam
Zahiril Adzim sebagai Omar
Raden Zaharatul sebagai Sally
Shaza Bae sebagai Sam
Qistina Khaled sebagai Zaza
Fikhree Bakar sebagai Aslam
Ahmad Syafiq sebagai Azhar
Razak Ahmad sebagai Ustaz Ahmad
Fadilah Mansor sebagai Ustazah
Azhar Sulaiman
Danial Dashuki
Syad Mutalib
Haneesya Hanee



Sinopsis Aku Bukan Ustazah
Dia Aminah. Seorang niqabis yang berpaling dari ijtihadnya kerana fitnah manusia. Kerana seorang Adam, maruahnya sebagai niqabis dipijak-pijak lalu dia tekad untuk keluar mencari jalan hidup sendiri. Di situlah bermula episod kehidupannya bersama dengan rakan-rakan yang berbeza pegangan hingga dia hampir terjerumus ke lubang noda yang dia gali sendiri. Dia mencipta dirinya sebagai ‘Miya’ manakala ‘Aminah’ ditinggalkan semakin jauh. Adam dan Omar. Dua pemuda yang berbeza cara hidup cuba merebut kasih sang niqabis. Adam merupakan pemilik sebuah kelab malam, hidupnya penuh dengan noda manakala Omar seorang doktor perubatan lulusan universiti di Mesir dan sangat menjaga agamanya. Antara dua, hanya seorang yang Aminah paling dekat namun sering dia menafikan perasaannya itu. Mana mungkin syaitan bersatu dengan bidadari syurga?

Drama Aku Bukan Ustazah Lakonan Erysha Emyra,MK K-Clique

 

Nantikan drama komedi seram 'Dr. Pontianak' terbitan Kl Motion Picture akan datang di Astro Ria.

Judul: Dr. Pontianak #drpontianak
Episod: 1-20
Tarikh Tayangan: 3 Mei 2024
Rangkaian: Astro Ria
Penulis Skrip: Keen Kong
Pengarah: Wan Alauddin Wan Zainuddin
Produksi: Kl Motion Picture

Watak Pelakon
Sharifah Sakinah sebagai Edna
Kimberly Chuah sebagai Dr Vivy
Mierul Aiman sebagai Dr. Adam
Rashidi Ishak
Shahril Sarjen
Sathisvaran sebagai Dr John
Riesha Aslan sebagai Dr Linda
Marsya sebagai Yulianty
Farhana Fahizam sebagai Aireen
Kumika sebagai Toyol

Sinopsis Dr Pontianak
~ akan dikemaskini

Drama Dr Pontianak Lakonan Sharifah Sakinah,Kimberly Chuah

 

Nantikan drama adaptasi novel 'Bercakap Dengan Jun' karya Hasrul Rizwan akan menemui penonton di Astro Ria.

Judul: Bercakap Dengan Jun
Episod: 1-28
Tarikh Tayangan: 2024
Rangkaian: Astro Ria
Pengarah: Fairul Nizam & Syed Fariz
Produksi: Ano Films

Watak Pelakon
Dini Schatzmann sebagai Jun
Fikry Ibrahim sebagai Sam
Kahoe Hon sebagai Luth
Sairish Elaria sebagai Ranum
Qistina Rania sebagai Lily
Emelda Rosemila sebagai Doctor Dahlia
Hilal Azman
Jun Lojong
Azhar Sulaiman
Nadiya Nisaa
Musyi Mohtar

Sinopsis Bercakap Dengan Jun
Kematian, korupsi dan penindasan membentuk Jun menjadi lelaki tanpa empati. Di kota raya, Jun raja penyeluk saku yang tidak pernah gentarkan apa-apa sehinggalah datangnya seorang gadis di suatu malam, melahirkan bayi di sebuah rumah kosong dan terus menghilangkan diri meninggalkan bayinya bersama Jun.

Bayi itu disambut Jun dengan jiwa ketakutan, namun senyuman anak kecil berpipi merah itu menerbitkan kegembiraan dan menghakis setiap sisi kegelapannya. Jun bertekad menjaga, mendidik, dan membesarkan si bayi bersamanya di penempatan yang terasing jauh dari manusia. Dengan kudrat, darah dan air matanya, dia berkorban untuk menjadi ayah yang terbaik. Sehinggalah titik hitam yang mengubah segalanya.

Drama Bercakap Dengan Jun Lakonan Nadiya Nisaa,Dini Schatzmann

 

Nantikan drama bersiri 'Racun Rihanna' akan mengisi slot Samarinda di TV3. Drama terbitan Zeel Production diarahkan oleh Ejump Mohd. Menemukan gandingan Intan Najuwa, Jasmine Suraya, Rita Rudaini, Norazah Aziz dan ramai lagi.

Judul :Racun Rihanna #racunrihana
Tarikh Tayangan: 30 April 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Skrip: Marr Mohamad & Irwan Mansor
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Intan Najuwa sebagai Rihanna
Jasmine Suraya
Rita Rudaini
Norazah Aziz
Arena Wan sebagai Rihanna
Serra Kamal sebagai Fateeni
Hanna Halim sebagai Marya
Puteri Khareeza sebagai Ayumi
Kimberly Chuah sebagai Chloe
Azlee Khairi
Nazrief Nazri
Aidit Noh
Michelle Wee
Ameerul Asyraf
Jabir Meftah
Syefikk

Sinopsis Racun Rihanna
~ akan dikemaskini

Drama Racun Rihanna Lakonan Intan Najuwa,Rita Rudaini

 


Bapak-bapak kesayangan Malaysia kembali! Gandingan lawak di antara Datuk Jalaludin Hassan, Dato Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali yang telah mencuitkan hati para penonton Ramadan lalu kini kembali dengan musim kedua ‘Travel Lawak- Projek Bapak-Bapak’ di Astro.

Setelah negara matahari terbit ditakluk dengan pelbagai karenah mereka, kini keempat-empat mereka ke Australia untuk menyambung misi lawak ‘bapak-bapak’. Musim kedua kali ini menyaksikan Tok Jalal, Tok Ram, Roy dan Jatt menakluk Sydney dan Melbourne dengan pelbagai ragam dan gelagat mereka.

Pengembaraan sepanjang sepuluh episod termasuk sebuah episod khas reunion membabitkan pelbagai aktiviti pengembaraan serta aktiviti lasak yang mencabar kemampuan serta kesabaran mereka yang pastinya memberikan reaksi yang bakal membuat ramai ketawa tidak henti. Antaranya bermain boomerang ketika World Championship Boomerang, menawan puncak Sydney Harbour Bridge, bermain ski di Mount Buller, berkayak di Sydney Harbour, surfing di pantai tersohor Bondi Beach, berenang dengan jerung dan macam-macam lagi.

Cabaran-cabaran yang diberikan bukan sahaja menguji kemampuan individu tetapi team spirit di kalangan bapak-bapak kegemaran Malaysia.

‘Chemistry’ ini kini kembali, dan ramai sudah pastinya tidak sabar untuk menonton bapak-bapak mengembara bersama sambil melakukan cabaran-cabaran yang bakal menguji kemampuan mereka. Well, age is just a number, sepertimana bapak-bapak kami telah membuktikannya.”

“Kali ini kami bekerjasama dengan Tourism Australia untuk menjayakan musim kedua ‘Travel Lawak- Projek Bapak-Bapak’. Pihak Astro ingin mengucapkan terima kasih kepada Tourism Australia atas sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi. Ternyata pihak Tourism Australia mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap rancangan yang telahpun mencetus fenomena hiburan yang tidak disangka di negara ini. Kami berharap agar para penonton kekal terhibur bersama-sama bapak-bapak kami. Adakah alasan G-force bakal kembali? Kita tunggu dan lihat nanti,” tambahnya lagi.

Saksikan ‘Travel Lawak- Projek Bapak-Bapak’ Musim 3 mulai 18 April 2024 setiap hari Khamis jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107).

Projek Bapak-Bapak Musim 3 Bersama Datuk Jalaludin ,Dato Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali

 

Saksikan telefilem Raya Dengan Cinta pada 3 Syawal, pukul 10 pagi di Astro Ria dan strim di Astro GO.

Judul: Raya Dengan Cinta #rayadengancinta
Waktu Siaran: Jumaat, 12 April 2024, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Panel MIG
Pengarah: Azmir Affandi
Produksi: MIG Production Sdn Bhd
Pelakon: Hawa Rizwana, Yong Zhen Ning, Chew Kinwah, Thean Jo Lin, Joanne Kam,

Sinopsis Raya Dengan Cinta
Rashid seorang mualaf berbangsa cina membawa isterinya Shila menyambut 10 Ramadhan terakhir dan Hari Raya Aidilfitri di rumah keluarganya yang berbangsa cina. Memandangkan keluarga shila ingin menyambut raya di Mekah dan Shila tidak dapat ikut bersama kerana mengalami alahan disebabkan baru mengandung 3 bulan.

Pelbagai masalah timbul sepanjang Shila berpuasa di rumah keluarga mertuanya sehingga menyebabkan Shila mula berputus asa untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini tetapi Rashid dan keluarganya berusaha merealisasikan Impian Shila meskipun dalam keadaan huru hara.

Telefilem Raya Dengan Cinta Lakonan Hawa Rizwana, Yong Zhen Ning

 

Saksikan telefilem Syurga Yang Tersia lakonan Neizam Zaidi dan Trisha Ooi pada 2 Syawal, pukul 11:30 pagi di TV3.

Judul : Syurga Yang Tersia #syurgayangterisa
Waktu Siaran: Khamis, 11 April 2024, 11:30 pagi
Rangkaian: TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Shaza Talib
Pengarah: Shuhaimi Zulkefli
Produksi: Anomali Media
Pelakon: Neizam Zaidi, Trisha Ooi, Iman Suhana, Khatijah Tan, Izzy Reef, Riena Amirah, Rafique Iskandar, Lienda Halim

Sinopsis Syurga Yang Tersia
Arman diberhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi oleh syarikatnya. Dia berusaha untuk mencari pekerjaan namun tidak berjaya.

Isterinya Zahira mula tertekan kerana terpaksa menjadi pencari nafkah keluarga. Masalah kewangan membuatkan Zahira membentak Arman.

Telemovie Syurga Yang Tersia Lakonan Neizam Zaidi, Trisha Ooi

 

Saksikan telefilem raya 'Seharum Firdausi' arahan Nazir Jamaluddin pada 13 April, Sabtu pukul 9 malam di TV3.

Judul : Seharum Firdausi #seharumfirdausi
Waktu Siaran: Sabtu, 13 April 2024, 9:00 malam
Rangkaian: Cerekarama TV3 / Tonton
Pengarah: Nazir Jamaluddin
Produksi: Suara Kita Production
Pelakon: Fariz Isqandar, Azhan Rani, Mubarak Majid, Zarynn Min

Sinopsis Seharum Firdausi
Ijat, seorang remaja yang nakal telah membuat keputusan untuk menghabiskan cuti sekolah bersama atuknya, Haji Ramli di kampung dengan niat untuk menjauhkan diri daripada bapanya, Razak.

Telefilem Seharum Firdausi Lakonan Fariz Isqandar, Azhan Rani

 

Nantikan telefilem Awak Terlalu Ganu Untuk Saya arahan Zizan Razak pada 1 Syawal, 4 Petang di Astro Warna dan strim Astro GO.

Judul : Awak Terlalu Ganu Untuk Saya #Awakterlaluganuuntuksaya
Waktu Siaran: Rabu, 10 April 2024, 4:00 petang
Rangkaian: Astro Warna / Astro GO
Pengarah: Zizan Razak
Produksi: ZR Project
Pelakon: Zizan Razak, Riena Diana, Adrina Kamaruddin, Wanns Ahmad, Jiha Sham, Hilmy Ashley, Addnan Sarippuddin

Sinopsis Awak Terlalu Ganu Untuk Saya
Seorang lelaki Terengganu yang berusaha sebaik mungkin untuk menyembunyikan identity Terengganu-nya dari seorang gadis bandar yang disukainya, Melissa. Dia mendapat sokongan dari seorang rakan karib yang secara rahsia mencintainya, Timoh.

Konflik Wan Hulaimi bermula apabila Zack curiga terhadap perbuatannya dan kedatangan Wan Hurairah ke bandar. Kejujuran yang muncul dalam hatinya membuatnya mengaku kebenaran kepada Melissa. Melissa menerimanya kerana dia sudah meyukainya.

Walaubagaimanapun, Wan Hulaimi percaya bahawa gadis yang betul untuknya adalah Timoh kerana dia selalu menerima dia seadanya.

Telefilem Awak Terlalu Ganu Untuk Saya Lakonan Zizan Razak, Riena Diana




Saksikan telefilem Terpaling Drama pada 5 Syawal, pukul 10 pagi di Astro Ria dan strim di Astro GO.

Judul : Terpaling Drama #terpalingdrama
Tayangan: Ahad, 14 April 2024, 10:00 pagi
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Farah Bani
Pengarah: Liyana Jasmay
Produksi: Mermaid Studios Sdn Bhd
Pelakon: Nurel Baharin, Sazzy Falak, Razin Qidran,Mustaqim Bahadon, Darien Aeldra, Zalfa Zin

Sinopsis Terpaling Drama
Zee, seorang gadis moden yang baru balik dari UK untuk menyambut Hari Raya, bertengkar dengan ibunya, Hasnah yang sangat obses dengan drama Melayu.

Lepas bergaduh besar, Zee terjaga dalam dunia drama yang selama ni dia tak suka, termasuklah berdepan dengan adegan-adegan klise.

Ketika berada dalam alam drama, Zee dingatkan tentang budaya yang ditinggalkannya dan dirinya yang sebenar.

Pada mulanya, Zee ingat cinta adalah jalan keluarnya dari alam fantasi ini tetapi sebenarnya Zee harus meminta maaf dan berbaik semula dengan ibunya.

Telefilem Terpaling Drama Lakonan Nurel Baharin, Sazzy Falak

 

Saksikan telefilem Manaf, Zahir dan Bunian pada 4 Syawal, pukul 4 Petang di Astro Warna dan strim di Astro GO.

Judul: Manaf, Zahir & Bunian #manafzahirdanbunian
Tayangan: Sabtu, 13 April 2024, 4:00 petang
Rangkaian: Astro Warna / Astro GO
Penulis Skrip: Issey Fazlisham & Norsyiella Annuar
Pengarah: Issey Fazlisham
Produksi: Red Bean Productions
Pelakon: Namie, Kamarool Hj Yusoff, Dewa Arteh, Fizie Roslan, Madina Wafa, Ain Sufia, Rayza Mukmin

Sinopsis Manaf, Zahir dan Bunian
Mengisahkan Manaf bin Zahir, seorang pemuda yang berumur 30-an yang tinggal di sebuah kampung Bersama bapanya. Manaf kehilangan ibunya sejak berumur 15 tahun. Semenjak daripada itu, ayahnya mula nyanyuk dan menghadapi beberapa penyakit kronik.

Konflik bermula apabila di suatu malam, dimana ayah Manaf hilang dari rumah Ketika manaf tiada di rumah. Manaf meminta tolong orang kampung mencari ayahnya sehinggalah ayahnya dijumpa pengsan di kubur.

Manaf membawa ayahnya ke hospital dan ayahnya mula berubah dri tragedi itu. Ayahnya menjadi lebih serius dan selalu bercerita tentang kematian.

Sehinggalah suatu hari, ayahnya membuat satu permintaan aneh dan katanya itu adalah permintaan terakhir iaitu untuk berhari raya di alam bunian.

Telefilem Manaf, Zahir & Bunian

 

Saksikan telefilem istimewa sempena Aidilfitri, 'Raya Tak Nampak' bakal menemui penonton pada 13 April ini, pukul 9.00 malam di slot Panggung RTM TV1 atau tonton secara percuma melalui penstriman RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

Judul: Raya Tak Nampak #rayataknampak
Tayangan: Sabtu, 13 April 2024, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Cerita Asal: Nor Ashikin Zainal
Penulis Skrip: Che Li
Pengarah: Nor Ashikin Zainal, Wan Afzam Wan Daud, Fatin Athiera Dzul Hanafiah
Produksi: Unit Drama TV RTM
Pelakon: Wani Kayrie, Danial Zaini, Mamak Puteh, Imran Aqil, Zila Bakarin, Mandy Chong, Munir Zainal, Sasikumar Kandasamy

OST Raya Tak Nampak
Tajuk: Ini Raya Kita
Artis: Joy BRTM & Artee
Lirik: Deera Lee
Komposer: Zul Norizan, Achah Saputra

Sinopsis Raya Tak Nampak
Tiga hari sebelum Syawal, kutipan jualan bazar Ramadan tiga bujang, Oyen, Sapok dan Elly semakin tidak memberangsangkan. Tahun ini Hari Raya mereka seperti ‘tak nampak’ sahaja.

‘Raya’ pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Seni Persembahan (drama) yang terdesak mendapatkan markah cemerlang dalam subjek "Improvisation Acting" sanggup menyamar sebagai gadis buta di sebuah Bazar Ramadan.

Sementara itu Oyen, Sapok dan Elly yang baru selesai meniaga di bazar berjaya menyelamatkan Raya dari diragut. Setelah mengetahui ‘Raya Tak Nampak’ (buta) dengan kisah sedih tiada duit nak balik raya, tiga bujang yang mudah simpati dengan gadis cantik, menawarkan Raya pulang ke kampung bersama-sama. Kebetulan pula kampung mereka berdekatan.

Di dalam perjalanan, masing-masing cuba memikat Raya tetapi pelbagai ragam dan masalah pula mereka terpaksa tempuhi sepanjang perjalanan ke kampung. Mereka semakin cemas apabila dikejar oleh seorang lelaki Cina yang memandu jip.

Mereka akhirnya selamat sampai ke kampung halaman. Mereka malu mahu berdepan dengan dengan Kak Long kerana sebelum ini pernah menolak tawaran Kak Long membantu menjual kerepek. Mereka enggan sebab mahu berhijrah ke Kuala Lumpur demi mengejar cita-cita mereka. Namun mereka gagal.

Di rumah Embah Pati, tiga bujang melihat Raya membawa mangkuk tingkat datang beraya. Rupanya Raya tidaklah buta. Tiga bujang kecewa. Rasa ditipu. Dalam perjalanan Raya ke rumah yang lain, dia diculik oleh konco gangster. Oyen yang masa itu menyaksikan kejadian tersebut dan memecut motorsikal mengejar kereta gangster. Siapakah Raya sebenarnya dan apakah motif dia berpura-pura buta, dan apakah sebenarnya yang berlaku sehingga Raya di culik oleh gangster dan siapakah lelaki yang selalu mengekori Raya?

Telefilem Raya Tak Nampak Lakonan Danial Zaini, Mamak Puteh