Dosa yang tak diiktiraf
Telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf
Saksikan telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf lakonan Zarul Umbrella, Elly Mazlein dan Chacha Maembong pada Sabtu, 15 Jun pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : DOSA YANG TAK DIIKTIRAF #dosayangtakdiiktiraf
WAKTU SIARAN : Sabtu, 29 Sep 2024, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Azman Hj Yahya
PRODUKSI : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Zarul Umbrella, Elly Mazlein, Chacha Maembong, Rayyandino

SINOPSIS DOSA YANG TAK DIIKTIRAF
Razif dan Rita Sarafina, adalah pasangan suami isteri yang bergiat dalam industri muzik. Nama mereka gah dalam arena ‘Rock’ tanah air. Razif ditugaskan untuk mencipta sebuah lagu berunsur keagamaan yang masih ada unsur rock dengan gabungan alunan irama nasyid untuk sebuah OST filem. Dia mula terkesan dengan skrip filem itu yang menyedarkan dia tentang hukum agama. Sejak itu Razif mula mempelajari tentang agama dan telah meninggalkan kesan terhadap keluarganya apabila mereka juga turut disuruh meninggalkan dunia hiburan.

Telefilem Dosa Yang Tak DiIktiraf Lakonan Zarul Umbrella, Elly Mazlein

 

Terompak Sana Tertukar Sini
Telefilem Terompak Sana Tertukar Sini

Nantikan sebuah telefilem 'Terompak Sana Tertukar Sini'lakonan Zamarul Hisham dan Elly Mazlein pada 13 September 2024 jam 9 malam di Astro Warna atau strim di Astro Go dan Sooka

Judul: Terompak Sana Tertukar Sini #terompaksanatertukarsini
Waktu Bersiaran: Juamaat,9 malam 13 September 2024
Rangkaian: Astro Warna / Astro GO / Sooka
Pengarah: Izuan Mokhtar
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd

Pelakon
Elly Mazlein
Zamarul Hisham
Kartina Aziz
Ibad Yaala
Putri Delynna
Mandy Chong

Sinopsis Terompak Sana Tertukar Sini
Apabila Julia dan suaminya, Romi yang muflis dimaklumkan tentang kesihatan anaknya, mereka nekad untuk merompak demi mendapatkan dana namun insiden ajaib menyebabkan mereka tertukar badan. Romi terpaksa hadap drama kaum perempuan, Julia pula kena hidup jadi lelaki Berjayakah mereka menemui jalan kembali kepada badan asal mereka?

Telemovie Terompak Sana Tertukar Sini Lakonan Elly Mazlein,Zamarul Hisham

 

Ternyata sebuah bahagia
Drama Ternyata sebuah bahagia

Nantikan drama bersiri 'Ternyata Sebuah Bahagia' bakal mengisi slot Tiara di Astro Ria. Drama terbitan Suhan Movies diarahkan oleh Nur Ain Sharif. Dibintangi oleh Zamarul Hisham, Sarimah Ibrahim dan Elvina Mohamad.

Judul : Ternyata Sebuah Bahagia #ternyatasebuahbahagia
Tonton Full Episod:1- 40
Tarikh Tayangan: 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 6 petang
Rangkaian: Slot Tiara Astro Ria
Penulis Skrip: Nieza Nahar & Adza Emie
Pengarah: Nur Ain Sharif
Produksi: Suhan Movies

Watak Pelakon
Zamarul Hisham sebagai Zamani
Sarimah Ibrahim sebagai Jeanice
Elvina Mohamad sebagai Rhea
Lorenzo Irmann sebagai Rayyan
Myra Afrina sebagai Khadeeja
Dina Allysha sebagai Sabreena
Syahir Shafein sebagai Zahirulhaq
Hanna Faresha sebagai Insyirah
Shania Hendrik sebagai Zora
Kenji Sawahii sebagai Randy

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Perisai Cinta
Penyanyi: Liza Hanim
Komposer: Shazriq Azeman, Omar K
Penulis Lirik: Shazriq Azeman, Omar K

Sinopsis Ternyata Sebuah Bahagia
Mengisahkan tentang konflik kehidupan Datin Janice, seorang wanita yang selama ini seluruh hidupnya berpaut pada cinta dan sokongan suaminya, Dato’ Azman. Namun, kebahagiaan yang disangka kekal abadi akhirnya goyah apabila suatu hari kebenaran yang menyakitkan mula terbongkar.

Datin Janice, yang begitu setia, dicurangi apabila dia mendapati bahawa suaminya, Dato’ Zamani, terjerat dalam hubungan bersama wanita lain — Rhea. Kehadiran Rhea menjadi titik mula runtuhnya kepercayaan yang sekian lama dipertahankan oleh Datin Janice, sekaligus menggoncang seluruh dunianya.

Kini, Datin Janice terperangkap dalam kemelut emosi dan trauma yang menghantui setiap langkah kehidupannya. Lebih menyakitkan, penyondol yang meruntuhkan rumah tangganya bukanlah orang asing, tetapi seorang sahabat yang selama ini dipercayai. Di sebalik senyuman dan wajah yang mesra, tersembunyi sifat hipokrit dan talam dua muka.

Namun, segalanya mengambil arah yang tak terduga apabila Dato' Zamani tiba-tiba diserang strok, membuatkan dia tersedar dari keangkuhannya. Hati kecilnya mula tergerak untuk kembali ke pangkal jalan.

Ternyata sebuah bahagia
Drama Ternyata sebuah bahagia 


Ternyata Sebuah bahagia
Drama Ternyata Sebuah Bahagia

Drama Ternyata Sebuah Bahagia Lakonan Zamarul Hisham,Sarimah Ibrahim

 

muzikal lawak superstar 4 2024
Muzikal Lawak Superstar 4 (2024)

Musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ (MLS4) akan mula bersiaran secara langsung pada 22 September 2024, setiap hari Ahad jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107).

Edisi kali ini membawa tema “Magika”, di mana setiap kumpulan peserta akan membawakan kisah hikayat atau cerita dongeng dengan sentuhan komedi. Dalam setiap persembahan, peserta bukan sahaja perlu berlakon tetapi juga menyampaikan lawak menggunakan genre muzik berbeza yang ditetapkan setiap minggu. Cabaran lokasi tetap diteruskan, di mana setiap kumpulan diberikan kebebasan untuk mengekspresikan kreativiti mereka dengan latar belakang lokasi tertentu.

MLS4 menampilkan 10 kumpulan yang bakal bersaing bagi merebut gelaran juara. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga peserta yang merupakan gabungan pelawak, pelakon, dan pempengaruh.

Peserta ‘Muzikal Lawak Superstar 4’:
Deroyan: Has Arteh, Dewa Arteh, Eric Fuzi
Padie: Namie, Fad Bocey, Aretoy
Putehh: Ali Puteh, Man Raja Lawak, Aya Amiruddin
Zuara: Nizam Jentik-Jentik, Chiwan, Zulin Aziz
Gebu: Mamak Puteh, Ilham Abata, Puteri Sarah Liyana
Kilo: Tapai, Harris Annuar, Tajuddin Bakar
Soda: Sofwan Soda, Danny Soda, Yah Kucai
Sarkas: Danial Zaini, Shashic, Acap S
Gahai: Fuad Gahai, Usop Gahai, Isyariana
Bravo: Ammar, Azhar Jalil, Nasz Sally

Buat pertama kalinya, Saiful Apek dan Harith Iskander, dua legenda dalam dunia komedi Malaysia, akan bersama di kerusi juri. Mereka akan ditemani oleh pelakon wanita terkenal, Anna Jobling, yang akan memberikan perspektif segar kepada penilaian persembahan peserta. Dato’ AC Mizal pula kembali sebagai pengacara utama acara ini.

Format pertandingan musim ini masih mengekalkan 70% pemarkahan daripada juri, manakala 30% lagi ditentukan oleh undian penonton menerusi laman web Astro Gempak. Setiap minggu, para penonton boleh mengundi persembahan kegemaran mereka, dan kumpulan yang menerima undian tertinggi akan memenangi Anugerah Astro Gempak yang diumumkan pada segmen akhir setiap minggu.

Juara MLS4 bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 beserta trofi. Tempat kedua, ketiga, dan keempat masing-masing akan menerima hadiah RM75,000, RM50,000, dan RM25,000.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras dan boleh juga distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Muzikal Lawak Superstar 4 (2024)

 

di penghujung sujud

Nantikan telefilem khas hari raya Bertajuk Di Penghujung Sujud menampilkan gandingan Redza Rosli, Wan Maimunah, Ayda Jebat dan Fezrul Khan. Disiarkan pada Hari Raya Pertama jam 2 petang di TV3.

JUDUL : DI PENGHUJUNG SUJUD
WAKTU SIARAN : Sabtu, 21 Sep 2024, 9.00 Malam
SIARAN TV : TV3 
PENULIS SKRIP : Zyza Backy
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Wan Maimunah, Ayda Jebat, Fezrul Khan, Ani Mayuni, Faez Nick, Mili Supina, Mellysa Liesa, Ikhlas Jalil, Feiyna Tajudin, Zalfa Zin

SINOPSIS DI PENGHUJUNG SUJUD
Arif cacat di kaki kiri dan tangan kirinya tidak kuat akibat kemalangan motosikal semasa merempit beberapa tahun lalu. Dia tinggal bersama ibunya, Zainab yang semakin uzur. Abang dan kakaknya, Azmir dan Zureen bekerja di Kuala Lumpur sebagai doktor dan jarang menjenguk mereka di kampung. Arif bekerja sebagai penjual burger dan sering menerima tomahan orang kampung kerana hidupnya tidak seperti adik beradiknya. Arif redha kerana kecacatan yang dia hadapi dan dia sanggup menjaga ibunya Zainab. Suatu hari, bekas kekasihnya datang menghantar kad kahwin kepadanya dan memerli dia masih di takuk yang lama. Dia pulang ke rumah memberitahu ibunya, agar ampunkan dia kerana tidak pernah membanggakan ibunya, dan pada sujud yang terakhir waktu Subuh, dia berdoa agar ibunya kembali sihat. Namun, apa yang terjadi selepas itu?

Telefilem Di Penghujung Sujud Lakonan Redza Rosli,Ayda Jebat

 

Andartu Kosmopolitan
Draama Andartu Kosmopolitan


Drama bersiri pendek 'Adartu Kosmopolitan'karya Eirma Fatima ditayangkan mulai 13 September di Viu dan 14 September di Tiktok.Drama romantik komedi 30 episod ini menampilkan bintang ternama seperti Nur Fazura,Aqasha dan Adrira Suahimi sebagai Pelakon Utama

Judul: Andartu Kosmopolitan #andartukosmopolitan
Tonton Full Episod:1- 30
Tayangan: 13 September 2024
Idea Asal: Eirma Fatima
Pengarah: Mohd Fazli Yahya
Produksi: Rumah Karya Citra
Pelakon: Nur Fazura, Aqasha, dan Adira Suhaimi

Watak Pelakon
Nur Fazura sebagai Dinda
Aqasha sebagai Aduka
Adira Suhaimi sebagai Cici
Shahidan Izwan sebagai Tengku Jefri
Malek Maccrone sebagai Izwan
Hariz Hamdan sebagai Shamiel
Alya Iman sebagai Aneesa
Fazlina Ahmad Daud sebagai Mak Aduka
Azhar Amir sebagai Ayah Dinda
Ayu Azlina sebagai Mak Dinda

Sinopsis Andartu Kosmopolitan
Mengisahkan kehidupan Dinda, seorang wanita bujang yang terkenal dengan kecantikan serta kejayaan dalam kerjayanya. Namun begitu, walaupun memiliki segala yang diimpikan, Dinda masih belum menemui pasangan hidup. Kesibukan kerja dan sikapnya yang cerewet dalam memilih pasangan sering membuatkan dia gagal dalam perhubungan.

Dalam perjalanan hidupnya, Dinda bertemu dengan beberapa lelaki, tetapi setiap kali, ada sahaja yang tidak kena. Namun, takdir mempertemukan Dinda dengan seorang lelaki yang pada mulanya dibencinya. Akhirnya, dia sedar bahawa lelaki itu mungkin adalah pasangan yang paling sesuai untuknya. Kisah ini menggambarkan liku-liku kehidupan cinta yang penuh dengan kejutan dan pelajaran.

Drama Andartu Kosmopolitan Lakonan Fazura,Aqasha

 

Filem Siapa Buka Lampu
Filem Siapa Buka Lampu

Siapa Buka Lampu merupakan sebuah filem parodi arahan Reka Wijaya akan datang di pawagam mulai 4 Julai 2024.

Judul: Siapa Buka Lampu #siapabukalampu
Genre: Seram Komedi
Tarikh Tayangan: 4 Julai 2024
Pengarah: Reka Wijaya
Produksi: SG Entertainment and Advertising

Para Pelakon
Punnagai Poogheetha
Qasrina Karim
Tia Tavee
Azizul Ammar
Issey Fazlisham
Azhar Jali
Bell Ngasri
Mamak Puteh
Gesya Shandy
Angie Ang

Sinopsis Siapa Buka Lampu
Sebuah 'Rumah Tamu' yang baru dibuka menjadi viral apabila mendapat review daripada ramai 'influencers'. Namun bermula malam ketiga, rumah tamu itu mula diganggu oleh hantu Thai, 'Nak Nak'. Pemilik rumah tamu bertindak meminta bantuan sepasang suami isteri yang sememangnya terkenal dengan kehebatan menangkap hantu untuk membantu mereka. Keadaan menjadi lebih parah apabila hantu 'Anubelle" yang pernah ditangkap dalam kes sebelum ini oleh pasangan suami isteri tersebut terlepas dari tangkapan. Kes ini berjaya diselesaikan apabila pasangan suami isteri tersebut setelah mendapati bahawa hantu yang selama ini mengganggu mereka ialah bekas isteri pemilik rumah tamu tersebut yang telah meninggal dunia 20 tahun yang lalu.

Movie Siapa Buka Lampu

 

The Chosen One 2024
The Chosen One 2024


'The Chosen One 2024'kini kembali dengan bakat-bakat generasi baharu yang bakal bersiaran pada 20 September 2024 ini,setiap jumaat jam 9 malam di Astro Ceria (Saluran 611) dan Astro Ria (saluran 104)

Seramai 16 peserta berumur daripada 11 tahun hingga 17 tahun dari seluruh Malaysia dipilih untuk menyertai ‘The Chosen One 2024’. Hanya 8 daripada mereka yang berjaya memikat hati para coach selebriti akan dipilih sebagai pasangan dengan selebriti tersebut. Peserta akan digandingkan dengan penyanyi ternama Malaysia sebagai coach dan pasangan seperti Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita dan kembar berbakat Firdaus Rahmat dan Fahimi Rahmat.

Musim kedua ini mengekalkan figura legenda rock Malaysia, Dato’ Awie sebagai juri tetap, bersama dengan penyanyi bersuara ‘emas’ yang telah menggenggam banyak anugerah, Jaclyn Victor. Setiap episod akan dikendalikan oleh gandingan hos popular Jihan Muse sebagai pengacara program, serta personaliti radio ERA, Haziq Hussni.

The Chosen One 2024 Kini Kembali

Salju rindu Di Bumi Auckland
Drama Salju Rindu Di Bumi Auckland

Nantikan drama Salju Rindu Di Bumi Auckland' diinspirasi daripada novel 'Salju Rindu di Kota Edinburgh' karya Haitun Kamarazaman akan datang di slot Akasia TV3. Drama terbitan Global Station diarahkan oleh Riza Baharudin. Menampilkan Keith Foo dan Riena Diana sebagai pelakon utama.

Judul :Salju Rindu Di Bumi Auckland #saljurindudibumiauckland
Episod: 1-28
Tarikh Tayangan: September 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Riena Diana sebagai Juraini
Keith Foo sebagai Nathan
Kodi Rasheed sebagai Aziz
Husna Mustaffa sebagai Suri
Azwan Kombos sebagai Hidayat
Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Talib
Rosnah Johari sebagai Mak Yam
Mas Anizan sebagai Mak Su

Sinopsis Salju Rindu
Sengketa dengan ayahnya Haji Talib, membawa rajuk yang panjang di hati Juraini. Dia ke Bukit Fraser bagi mengubati luka.

Tanpa diduga malang menghimpit diri, dikhianati insan yang paling dipercayai. Juraini buntu untuk meneruskan langkah.

Kekasih hati pula ingin kembali ke tanah air. Hidup Juraini mengalami perubahan 360 darjah apabila dia nekad mengikut Nathan pulang ke Scotland.

Juraini sudah mati. Kini yang hidup adalah Joanna. Kebahagiaan Joanna terlalu sempurna di samping Nathan. Agama hanya menjadi kudis buatnya.

Selepas 30 tahun Iman hadir. Namun kehadiran Iman, mulai menggugat hati Joanna. Iman gemar mengusik kenangan lama Joanna, yang akhirnya membawa kesedihan.

Siapakah Iman dan mengapa lelaki itu sering mengintip Joanna dan mendekati dengan cara yang penuh rahsia?

Apa kaitannya dengan Juraini, manusia yang bagaikan sudah tidak wujud lagi.
RIena Diana


Drama Salju Rindu Di Bumi Auckland Lakonan Riena Diana,Keith Foo

 

Dosa Cinta
Drama Dosa Cinta
Nantikan drama terbaru terbitan Zeel Production berjudul 'Dosa Cinta' diarahkan oleh Rahilan Ali akan ditayangkan di platform penstriman iQIYI.

Judul : Dosa Cinta #dosacinta
Tonton Full Episod: 1-12
Tayangan di iQIYI: 2024
Penulis Skrip: Marr Mohamad, Nurul Hazrina Mazlan, Irwan Mansor
Pengarah: Rahila Ali
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Rita Nadira
Tiz Zaqyah sebagai Mediha
Ikmal Amry sebagai Erhad
Azlee Khairi
Aidit Noh
Ezzaty Abdullah
Ryzal Jaafar
Mimi Ernida
Asha Merican
Farahdhiya
Dato A. Tamimi Siregar
Tony Eusoff

Sinopsis Dosa Cinta
Dosa Cinta mengisahkan Adylea (lakonan Rita Nadira) seorang gadis kolej di dalam misi membongkar rahsia gelap yang menyebabkan kakaknya, Kay (lakonan Ezzaty Abdullah) membunuh diri enam tahun lalu. Adylea kemudiannya bertemu dengan pemilik resort di Langkawi, Mediha (lakonan Tiz Zaqyah) isteri kepada Erhad-lelaki sempurna di matanya. Melalui pertemuan ini, dapatkah Adylea membalas dendam kesumat demi membela kematian kakaknya?

Drama Dosa Cinta Lakonan Rita Nadira,Tiz Zaqyah

 

Drama Hai cinta dengarkanlah
Drama Hai Cinta Dengarkanlah

Nantikan drama adaptasi novel 'Hai Cinta, Dengarkanlah' karya Mardihah akan disiarkan di slot Akasia TV3. Drama bersiri 28 episod terbitan A10 Alliance diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Dibintangi oleh Shukri Yahaya, Anna Jobling dan Niezam Zaidi.

Judul : Hai Cinta, Dengarkanlah #haicintadengarkanlah
Episod: 28
Tarikh Tayangan: September 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat,7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Pengarah: Eoon Shuhaini
Produksi: A10 Alliance

Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Adib Huzairi
Anna Jobling sebagai Nur Cahaya
Niezam Zaidi sebagai Aizul Hakimi
Rania Amanda sebagai Fifi
Aleza Shadan sebagai Roza
Zulkifli Ismail sebagai Rahim
Nazrief Nazri
Sharifah Shahora
Syuhaida Abraz
Natasya Mahyan
Raden Zaharatul
Halim Radzi

Sinopsis Hai Cinta Dengarkanlah
"Pen merah, pen biru, I suka you. Sumpah, tak tipu!"

“Kita jumpa lagi kat sini. Garam di laut, asam di gunung bertemu dalam belanga juga. Berjodoh betul. Kan Cahaya, kan?” Adib Huzairi

“Hebat betul taste janda macam kau ni, kan?” Ainil

“Sebab saya jandalah kak, taste saya kena tinggi sikit.” Cahaya

Cahaya ini, benci betul kalau orang memandang rendah kepadanya hanya kerana dia menyandang gelaran janda. Salah ke kalau dia itu janda kerana kematian suami!

Dihimpit dengan desakan keluarga Aizul yang mahu menyatukan mereka berdua, Cahaya jadi rimas. Mujurlah Adib itu selalu jadi penyelamat, selalu jadi hero untuk dia dan Fifi.

“Mama, boleh ke Uncle Adib jadi papa Fifi?" - Fifi

Adib itu akhirnya suka, sayang dan mahukan Cahaya. Tapi dia takut untuk berterus terang dengan emaknya yang terlalu tegas. Roza itu kan anti dengan budak-budak. Fifi nanti mesti akan sepahkan rumah dan nanti rumahnya mesti akan berhabuk. Eeee, Adib nak kahwin dengan janda beranak satu?!

“Baiklah, mak setuju Adib kahwin dengan Cahaya. Tapi dengan satu syarat. Lepas Adib kahwin, Fifi tak boleh selalu ada kat rumah mak. Tak boleh!” Roza

Sukarnya untuk Cahaya dan Adib menyemai kasih andai emak sebegitu dengan Fifi.

“Ya Allah, kau lembutkanlah hati Mak Tok Roza yang keras macam batu itu. Mak tok mesti kena sayang dengan Fifi.” - Fifi

Apakah sebenarnya suratan takdir hidup Cahaya dan Fifi, menumpang kasih seorang lelaki yang sepenuh hati menyayangi mereka. Adakah menjadi janda beranak satu itu merupakan satu kesalahan?

Hai Cinta Dengarkanlah
Drama Hai Cinta Dengarkanlah

Drama Hai Cinta Dengarkanlah Lakonan Shukri Yahaya,Anna Jobling

 

Demi masa
Telefilem Demi Masa

Tonton telefilem Demi Masa arahan Izuan Mokhtar pada 15 September 2024 pukul 10 malam di TV3.

Judul: Demi Masa #demimasa
Waktu Siaran: Sabtu, 15 September 2024, 10:00 malam
Rangkaian: TV3 / tonton
Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah: Izuan Mokhtar
Produksi: Arie Zaharie Production
Pelakon: Faizal Hussein, Ruminah Sidek, Umar Shakur, Nadiya Nisaa, Azhar Sulaiman, Kamal Bakar

Sinopsis Demi Masa
Musa baru sahaja dilepaskan dari penjara disebabkan jenayah yang dilakukan pada masa lampau. Pelbagai perasaan menghantui hati Musa tentang penerimaan keluarga dan orang kampung. Muhammad sukar menerima Musa sebagai ayah kerana Muhammad tidak pernah berjumpa dengan Musa sejak lahir. Musa cuba sedaya upaya untuk mendekati Muhammad tetapi gagal. Perkara ini telah membuatkan Muhammad menjadikan Cikgu Laili sebagai tempat untuknya meluahkan perasaan.

Telefilem Demi Masa Lakonan Faizal Hussein, Ruminah Sidek