Dongeng Sang Kancil
Filem Dongeng Sang Kancil

Filem animasi terbaharu terbitan Les' Copaque Production, Dongeng Sang Kancil akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 26 Disember 2024.

Judul: Dongeng Sang Kancil #dongengsangkancil
Genre: Animasi
Tarikh Tayangan: 26 December 2024
Penulis Skrip: Hjh. Ainon Ariff, Nur Naquyah Burhanuddin
Pengarah: Ahmad Razuri Roseli, Nik Ahmad Rasyidi
Produksi: Les' Copaque Production

Pelakon Suara
Nini Razali sebagai Kancil
Amir Masdi
Loke Keng Sun
Dinda Dania
Muhammad Hafiz Bin Hassan
Fadzrian Ildzan Fadzian
Ahmad Razuri bin Roseli

Lagu Tema (OST)
Dongeng Sang Kancil
Penyanyi: Yubi Feat. Fadzrian Ildzan
Penulis Lirik: Cheong Michael, Arif Asyraf, Ammar Syahid
Komposer: Cheong Michael & Arif Asyraf Munap

Sinopsis Dongeng Sang Kancil
Diadaptasi daripada cerita rakyat tradisional kanak-kanak Melayu, 'Dongeng Sang Kancil' mengisahkan seekor kancil, Sang Kancil, bertubuh kecil tetapi licik dan bijak. Dengan kecerdasannya, Sang Kancil sering melarikan diri dari bahaya dan kadangkala membantu haiwan lain yang memerlukan bantuan.

Movie Dongeng Sang Kancil

 

Biarkan Aku Menangis
Biarkan Aku Menangis

Saksikan ulangan telefilem Biarkan Aku Menangis arahan Jamal Khan pada 15 November ini, Jumaat pukul 1 petang di TV3.

Judul: Biarkan Aku Menangis #biarkanakumenangis
Waktu Siaran: Jumaat, 15 November 2024, 1:00 petang
Rangkaian: TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Zaini Kosnin
Pengarah: Jamal Khan
Produksi: Teguh Setanding
Pelakon: Ellie Suriaty, Erry Putra, Arash Mohd, Normah Damanhuri, Jue Aziz

Sinopsis Biarkan Aku Menangis
Daniel seorang pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat ditugaskan meyelamatkan warga emas yang mengemis dan tinggal di jalanan. Semasa bertugas dia bertemu dengan seorang wanita separuh umur kurang siuman bernama Jamilah.

Telefilem Biarkan Aku Menangis Lakonan Ellie Suriaty, Erry Putra

 

Kahar Kapla High Council
Kahar Kapla High Council

Filem Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada siri fenomena, High Council diarahkan oleh pengarah drama premium Anchor SPM iaitu Razaisyam Rashid.

Manakala skrip ditulis oleh pasukan Astro Shaw yang diketuai oleh pengarah High Council, Anwari Ashraf bersama salah seorang penulis High Council, Luqman Alhakim Sheikh Ghazali.

Masih mengekalkan pelakon utamanya iaitu Amir Ahnaf sebagai Kahar, turut membintangi Kahar Kapla High Council adalah Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu.

Kahar Kapla High Council dijangka menemui penonton pada hujung tahun ini.

Judul : Kahar Kapla High Council #kaharkaplahighcouncil
Tarikh Tayangan: 24 Nov 2024
Penulis Skrip: Anwari Ashraf & Luqman Alhakim Sheikh Ghazali
Pengarah: Razaisyam Rashid
Produksi: Astro Shaw

Watak Pelakon
Amir Ahnaf sebagai Kahar
  • Anak bongsu kepada Dato’ Abu Yamin
  • Kerap rasa tertekan untuk mencapai tahap kecemerlangan seperti ayahnya
  • Mempunyai hubungan rapat abangnya Beja serta menjadikannya sebagai teladan.
  • Mahir dalam Muay Thai

Aedy Ashraf sebagai Beja
  • Ketua Pengawas dan pelajar terbaik dalam KUDRAT.
  • Abang kepada Kahar.
  • Seorang yang mementingkan imej dan reputasinya di sekolah.
  • Mahir dalam seni bela diri Muay Thai.

Sky Iskandar sebagai Megat
  • Kapla High Council KUDRAT yang terkini.
  • Seorang oportunis yang pandai bercakap manis dan manipulatif.
  • Mahir dalam seni pertarungan Tinju

Thompson Goh sebagai Li
  • Seorang Penolong Ketua Pengawas yang tinggi dan sasa
  • Mahir dalam seni pertarungan Muay Thai
  • Seorang yang pendiam, tenang dan misteri.

Khenobu sebagai Jojo
  • Seorang yang sentiasa inginkan perhatian
  • Pembuli di KUDRAT
  • Mahir dalam seni pertarungan Gusti dan (MMA).

Sinopsis Kahar Kapla High Council
~ akan dikemaskini

Movie Kahar Kapla High Council Lakonan Amir Ahnaf,Aedy Ashraf

 

Drama Berbahagi Suami
Drama Barbahagi Suami

Nantikan drama terbaharu terbitan Radius One bertajuk Berbahagi Suami adaptasi daripada sinetron Indonesia. Drama ini diarahkan oleh Uchee Fukada dan dibintangi oleh Amar Baharin, Elizad Sharifuddin dan Sharifah Husna. Drama Berbahagi Suami akan mula disiarkan pada 18 November 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di saluran Astro Ria (saluran 104) atau strim di Astro GO dan sooka.

Judul: Berbahagi Suami #berbahagisuami
Tonton Full Episod:1- 65
Tarikh Tayangan: 18 November 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 6:00 petang
Rangkaian: Astro Ria (Slot Tiara), Astro GO, sooka
Penulis Skrip: Syed Mohamad Taufik, Uchee Fukada
Pengarah: Uchee Fukada
Produksi: Radius One Sdn Bhd

Watak Pelakon
Amar Baharin sebagai Dhani
Elizad Sharifuddin sebagai Bella
Sharifah Husna sebagai Aishah
Eykah Rahim sebagai Lydia
Yusra Akma sebagai Arissa
Amy Mastura sebagai Sabrina
Kuza Muzani sebagai Hayati
Zarif Ghaz sebagai Haris
Dina Allysha sebagai Sofea
Ayunie Rizal sebagai Zira
Wan Raja sebagai Aaron
Amylea Azizan
Faizul Syaharin
Nazrief Nazri
Elly Arifin
Rian Shain
Riz Amin

Sinopsis Berbahagi Suami
Dani telah mengahwini Aishah yang menyelamatkannya dari kemalangan. Hal itu telah mengejutkan isteri pertamanya Bella dan hubungan mereka ditentang keras oleh ibunya.

Berbagi Suami
Drama Bebagi Suami

Drama Berbahagi Suami Lakonan Amar Baharin,Elizad Sharifuddin

 

Sebelum Titik Noktah

Nantikan drama Unifi TV Originals, Sebelum Titik Noktah dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Puteri Balqis, Noki K-Clique dan ramai lagi.

Judul : Sebelum Titik Noktah #sebelumtitiknoktah
Tonton Full Episod: 1-15
Tarikh Tayangan: 2024
Rangkaian: Unifi TV
Penulis Skrip: Adza Emie
Pengarah: Syah Faizul
Produksi: Heritage Movies Sdn Bhd

Watak Pelakon
Aiman Hakim sebagai Hariz Hamzah
Puteri Balqis sebagai Amelia
Noki K-Clique sebagai Budi
Sharath Nair sebagai Ganesh
Shazia Rozaini sebagai Lulu
Mathni Razak
Jesse Lim
Zarynn Min
Alif Muhaimin
Nesa Idrus

Sinopsis Sebelum Titik Noktah

Hariz, seorang novelis yang sering dibelenggu dengan masalah. Dari kekasihnya yang kini merupakan tunang kepada Amir, dan Bos penerbit bukunya mahu menyaman Hariz. Sehinggakan, rakannya, memberinya peluang untuk memulakan balik hidupnya di rumah terpencil keluarganya. Disitu, Hariz mula dapat merasakan pelbagai kes yang aneh dan misteri terjadi disekelilingnya. Dalam pada masa yang sama, Budi mengawal setiap pergerakan Hariz. Sebelum Titik Noktah membawakan genre thriller, misteri yang diselit dengan penampilan wajah - wajah pelakon iaitu Aiman Hakim Redza, Puteri Balqis, dan Noki K-Clique. Diselubungi dengan misteri sehingga menimbulkan huru hara di sekitar perkelilingan orang - orang yang disayangi Hariz.

Para Pelakon Sebelum Titik Noktah
Pelakon Utama Lelaki Sebelum titik Noktah

Pelakon Utama Wanita Sebelum Titik Noktah

Sebelum titik Noktah


Drama Sebelum Titik Noktah Lakonan Aiman Hakim,Puteri Balqis

 

Separuh Akhir Muzik Muzik 39
Separuh Akhir Muzik Muzik 39

Sebanyak 30 buah lagu telah diumumkan layak ke pusingan Separuh Akhir Muzik Muzik 39 dan hanya 10 lagu terbaik sahaja akan terpilih untuk bersaing di pentas berprestij, Anugerah Juara Lagu 39 (AJL 39).

Saksikan Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy dari Studio Glenmarie, Shah Alam, pada 14 dan 15 November 2024, dari pukul 9.00 malam hingga 11.30 malam di TV3 atau strim secara HD di www.tonton.com.my.

Senarai Penuh 30 Lagu Layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 39:

Lagu: Sah
Penyanyi: Sarah Suhairi & Alfie Zumi
Komposer: Kid Ariba
Penulis Lirik: Kid Ariba

Lagu: Ritma & Rima
Penyanyi: Akim Ahmad & Stacy
Komposer: Hang Nadim & Bunga Cantik
Penulis Lirik: Bunga Cantik

Lagu: Panas
Penyanyi: Nikki Palikat
Komposer: Shazee Ishak & Audi Mok
Penulis Lirik: Shazee Ishak & Audi Mok

Lagu: Menggenggam Bahagia
Penyanyi: Sufian Suhaimi
Komposer: Sirkhan, Rinkarnaen & Sang Hitam
Penulis Lirik: Sirkhan & Sang Hitam

Lagu: Dulu, Kini & Akhirnya
Penyanyi: Marsha Milan
Komposer: Hanis Rafi, Firdaus Rahmat & Omar K
Penulis Lirik: Hanis Rafi, Firdaus Rahmat & Omar K

Lagu: Belakang Tabir
Penyanyi: Syamel
Komposer: Syamel
Penulis Lirik: Syamel & Jiwa

Lagu: Saksama
Penyanyi: Akim & The Majistret
Komposer: Akim & The Majistret
Penulis Lirik: Bunga Cantik

Lagu: Diam
Penyanyi: Hael Husaini
Komposer: Hael Husaini & Iqie Hugh
Penulis Lirik: Hael Husaini & Iqie Hugh

Lagu: Sangkar Derita
Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer: Haqiem Rusli
Penulis Lirik: Haqiem Rusli & Acap S

Lagu: Masihkah Ada Rasa Itu
Penyanyi: Misha Omar
Komposer: Sharon Paul & Misha Omar
Penulis Lirik: Que Afiq & Sharon Paul

Lagu: Puas Sudah
Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis Lirik: Aina Abdul

Lagu: Yennode Macha
Penyanyi: Zubir Khan
Komposer: Music Kitchen
Penulis Lirik: Zubir Khan & Friends

Lagu: Sinar Pelangi
Penyanyi: Projector Band
Komposer: Jawa Suki
Penulis Lirik: Apit PB, Haziq PB, Wan Akira PB & Zainal PB

Lagu: Gelora
Penyanyi: Usop
Komposer: Ismisham
Penulis Lirik: Ismisham

Lagu: Hening Rindu
Penyanyi: Marsha Milan
Komposer: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh
Penulis Lirik: Ikhwan Fatanna

Lagu: Memori Mungkin Berulang
Penyanyi: Tomok & Siti Nordiana
Komposer: Tomok & Siti Nordiana
Penulis Lirik: Tomok & Siti Nordiana

Lagu: Aura
Penyanyi: Ernie Zakri
Komposer: Ernie Zakri, John Jeeves & Firdaus Rahmat
Penulis Lirik: Ernie Zakri, John Jeeves & Firdaus Rahmat

Lagu: Pujaanku
Penyanyi: Kugiran Masdo & Aisyah Aziz
Komposer: Ali Sariah
Penulis Lirik: Heidimoru & Ali Sariah

Lagu: Risiko
Penyanyi: Benzooloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique
Komposer: Apipapol
Penulis Lirik: Benzooloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique

Lagu: ILU
Penyanyi: Aepul Roza
Komposer: Aepul Roza
Penulis Lirik: Aepul Roza

Lagu: OMK
Penyanyi: Ezra Kairo & Zubir Khan
Komposer: Ezra Kairo, Zubir Khan, Mingaling & Lucidrari
Penulis Lirik: Ezra Kairo & Zubir Khan

Lagu: Terus Bersinar
Penyanyi: Hafiz Suip
Komposer: Mas Dewangga, Jova Devito & Datuk Arisz Ab Rahman
Penulis Lirik: Mas Dewangga & Jova Devito

Lagu: Tangis
Penyanyi: Nabila Razali
Komposer: Naim Daniel
Penulis Lirik: Naim Daniel

Lagu: Retak Hatiku
Penyanyi: Iera Milpan
Komposer: Zai Hamzah & Oja
Penulis Lirik: Achoi Floor 88

Lagu: Bukan Lagi Kita
Penyanyi: Nadeera
Komposer: Hael Husaini & Iqie Hugh
Penulis Lirik: Hael Husaini & Iqie Hugh

Lagu: Angau
Penyanyi: Fahimi Rahmat
Komposer: Fahimi Rahmat
Penulis Lirik: Fahimi Rahmat

Lagu: Oh Huminodun
Penyanyi: Elica Paujin
Komposer: Elica Paujin &; Butod Bassman
Penulis Lirik: Elica Paujin & Lenzely Salimin

Lagu: Sengaja
Penyanyi: Amir Masdi
Komposer: Bunga Cantik & Hang Nadim
Penulis Lirik: Bunga Cantik & Hang Nadim

Lagu: Lemas
Penyanyi: Khai Bahar
Komposer: Hykal Kadir
Penulis Lirik: Hykal Kadir

Lagu: Helah
Penyanyi: Puteri Khareeza
Komposer: Iqie Hugh & Shazriq Azeman
Penulis Lirik: Iqie Hugh & Shazriq Azeman

Separuh Akhir Muzik Muzik 39 (AJL39)

Movie Babah
Filem Babah

Nantikan filem penuh emosi berjudul 'Babah' terbitan Nads Media Entertainment, kisah kasih sayang seorang ayah yang penuh pengorbanan dalam menjaga anak perempuannya. Filem arahan Mohd Shah Faizul Ibrahim ini bakal ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 5 Disember 2024. Menampilkan barisan pelakon seperti Qi Razali, Cristina Suzanne, Sweet Qismina dan Adam Lee.

Judul : Babah #babah
Genre: Drama Keluarga
Tarikh Tayangan: 5 Disember 2024
Idea Asal: Nadia Nadzri
Penulis Skrip: Wan Rafiq Fadzly
Pengarah: Mohd Shah Faizul
Produksi: Nads Media Entertainment

Watak Pelakon
Qi Razali sebagai Isyak
Sweet Qismina sebagai Maya
Cristina Suzanne Stockstill sebagai Hayati
Adam Lee sebagai Ikmal
Kis Aisha sebagai Maya (7 tahun)

Lagu Tema
Rahsia Tuhan - Noh Salleh
Lagu Cinta - Panji Sakti

Sinopsis Babah
Mengisahkan perjalanan hidup Isyak dan Maya yang berdepan pelbagai cabaran, termasuk kehilangan pekerjaan, mengalami masalah pendengaran, dan penyakit GBS (Sindrom Guillain-Barre) yang dialami Maya selepas berkahwin. (Sindrom Gullain-Barre adalah gangguan auto imun yang boleh melumpuhkan sistem saraf)

Sepanjang perjalanan getir ini, Isyak kembali mengambil peranan sebagai penjaga Maya, memperlihatkan ikatan keluarga yang kuat dan kasih sayang sejati antara ayah dan anak.

Movie Babah

 

Don Dukun
Filem Don Dukun

Astro Shaw dengan kerjasama Infinitus Productions dan GSC tampil dengan filem komedi seram 'Don Dukun' yang akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 31 Oktober ini. Don Dukun menyaksikan pelakon filem box office Sheriff, iaitu Zul Ariffin mempertaruhkan sisi humor menerusi watak Don Arif, bergandingan bersama pelakon komedi popular Ropie.

Judul : Don Dukun #dondukun
Genre: Komedi, Seram
Tarikh Tayangan: 31 Oktober 2024
Cerita Asal: Zain Azrai, Reservoir World Sdn Bhd
Penulis Skrip: Junad M.Noor & Amin Shaki
Pengarah: Waan Hafiz
Produksi: Infinitus Productions Sdn Bhd
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd

Watak Pelakon
Zul Ariffin sebagai Don Arif
Ropie Cecupak sebagai Jaafar
Douglas Lim sebagai Aloysius
Sangeeta Krishnasamy sebagai Dr Divya
Datuk Yusof Haslam sebagai Pak Samad
Marsha Milan sebagai Datin Azizah
Putri Qaseh Izwandy sebagai Laila
Sharifah Aryana sebagai Mia
Serra Kamal sebagai Leona
Aloy Paradoks sebagai Maarof
Cassia Iman sebagai Alya
Sharifah Husna sebagai Suraya
Rashidi Ishak sebagai Datuk Zainal
Lousia Chong sebagai Puan Chin
Elly Arifin sebagai Halimah Hassan
Zarina Anjoulie sebagai Bomoh Janda

Sinopsis Don Dukun
Mengisahkan Don Arif, seorang ‘dukun instafamous’ yang bercita-cita menjadi dukun hebat seperti ahli keluarganya yang lain hingga sanggup menggunakan gimik serta tipu helah dan dihalang oleh ayahnya sendiri dari mendalami ilmu keramat keluarga mereka.

Datang seorang janda kaya menawarkan habuan lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang meletakkan Don Arif dalam situasi persaingan dengan bomoh-bomoh lain sekaligus perlu berhadapan dengan ancaman kuasa gelap demi menyelamatkan nyawa si anak tiri.

Don Arif sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi dukun hebat dan terkenal seperti ahli keluarganya yang lain, termasuk menggunakan tipu helah, Dengan bantuan orang kanannya, Jaafar, Don Arif mengatur gimik demi meraih populariti di sosial media.

Ayahnya, Pak Samad, tidak bersetuju dengan cara Don Arif dan menghalangnya dari mendalami ilmu kitab keramat keluarga mereka.

Muncul Datin Azizah, seorang janda kaya, yang menawarkan sejuta ringgit kepada Don Arif untuk memulihkan anak tirinya, Laila.

Namun begitu, Don Arif perlu bersaing dengan Aloysius, bomoh yang boleh berkomunikasi dengan roh, dan Dr. Divya, pemburu hantu moden.

Semua usaha mereka untuk mengusir jin yang merasuk Laila gagal dan Laila menjadi lebih agresif! Don Arif kemudiannya dikejutkan dengan satu rahsia silam yang mematahkan semangatnya lalu mengundurkan diri dan melepaskan tawaran lumayan Datin Azizah.

Sehinggalah Don Arif mendapat inspirasi dari anaknya sendiri serta restu dari Pak Samad yang menyuntik semula semangat dalam dirinya.

Don Arif kembali nekad untuk membantu Laila. Don Arif berjaya mengusir jin yang merasuk Laila dan kemenangannya itu membongkar kuasa gelap yang lebih dahsyat. Situasi jadi lebih mencemaskan dan kali ini Don Arif hampir tewas.

Dengan bantuan Aloysius dan Dr. Divya serta ilmu yang baru dikuasainya, Don Arif meneruskan perjuangan menghapuskan kuasa gelap demi menyelamatkan nyawa Laila.

Movie Don Dukun Lakonan Zul Ariffin,Ropie

 

Gegar Vaganza 2024
Gegar Vaganza 2024

Rancangan realiti nyanyian, Gegar Vaganza (GV) kembali untuk musim ke-11 bakal menyaksikan 14 peserta dari Malaysia, Indonesia dan Singapura bersaing merebut gelaran juara.

Gegar Vaganza 11 masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri. Manakala Nabil Ahmad dan Jihan Muse kekal sebagai pengacara.

GV11 bakal berlangsung selama 12 minggu bermula 24 November 2024, disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada setiap Ahad di Astro Ria (Saluran 104). Strim menerusi Astro GO dan sooka.

14 Peserta Gegar Vaganza 2024
Ning Baizura
Liza Aziz
Ronnie Hussein
Sheila Abdul
Reshmonu
Yazid Lovehunters
Nai Dinamik
Fairuz Selamat
Arrora Salwa
Zehra Zambri
Illa Sabry
Inka Christie
Dadali Dyrga
The Lima

GV 11 mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada akan disingkirkan.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, naib juara pula akan meraih RM50,000 dan tempat ketiga akan menerima RM30,000. Manakala tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Gegar Vaganza 2024 (GV11) Kini Kembali

 

Perempuan ilmu hitam
Saksikan drama bersiri Perempuan Ilmu Hitam akan disiarkan di TV3 bermula 5 November 2024, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam. Drama terbitan Saphire Screen dibawah arahan Amor Rizan.

Judul : Perempuan Ilmu Hitam #perempuanilmuhitam
Tonton Full Episod: 1-10
Tarikh Tayangan: 5 November 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Rozie Rashid & Liza Nur
Pengarah: Amor Rizan
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd

Watak Pelakon
Siti Hariesa sebagai Lisa
Chacha Maembong sebagai Afifah
Fify Azmi sebagai Sara
Didie Alias sebagai Mbah Nira
Nazim Othman sebagai Cairyl
Josiah Hogan sebagai Azhar
Zaki Azeman sebagai Nasrun
Syazwan Zulkifly sebagai Bakri
Ashraf Muslim sebagai Syamil
Shah Farid sebagai Pak Samad
Rasyid Jaafar sebagai Tok Ketua
Nur Qaseh Shuhada sebagai Siti
Nurul Fazreyna sebagai Nina
Norazline Ismail sebagai Mak Leha
Zuliane Ernie Zaiton sebagai Mak Timah
Siti Ruwiyani sebagai Mak Bayu

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Takkan Bahagia
Penyanyi: Shaz
Komposer: Mas Dewangga, Jova Devito, Sang Hitam
Lirik: Mas Dewangga, Jova Devito

Sinopsis Perempuan Ilmu Hitam
Tiga remaja (Josiah Hogan, Syazwan Zulkifly dan Nazim Othman) daripada keluarga korporat ternama di Malaysia mengalami ketagihan seksual apabila mula berjinak-jinak dengan pornografi.

Untuk memuaskan nafsu, mereka menjadikan remaja belasan tahun sebagai sasaran. Akibatnya, Lisa (Siti Hariesa), Afifah (Chacha Maembong) dan Sara (Fify Azmi) dirogol secara beramai-ramai.

Kerana rasuah, nasib tiga gadis ini tidak terbela. Tekad untuk mencari keadilan, bermulalah misi membalas dendam mereka melalui seruan syaitan.

Drama Perempuan Ilmu Hitam Lakonan Siti Hariesa,Chacha Maembong

 

Project Exit
Drama Project Exit

Siri premium Astro Originals terbaharu iaitu Project: Exit merupakan sebahagian daripada Project Universe selepas 'Project: High Council' dan 'Project: Anchor SPM'.

Siri ini merupakan terbitan Astro Shaw bersama Telltale Studios Sdn Bhd, hasil karya kreatif pengarah Zulaikha Zakaria.

Siri Project: Exit, merangkumi episod 1, 2, 3 dan 4 bakal memulakan tayangan pada 1 November 2024 secara serentak menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro Go dan Sooka. Sementara itu, bahagian kedua yang menampilkan episod 5 dan 6 akan menyusul pada 15 November 2024 di platform yang sama.

Bagi tontonan di kaca TV, siri premium ini akan bersiaran pada 1 November 2024, setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Premier (saluran 110) dan Astro Citra (saluran 108).

Judul : Project; Exit #projecexit
Tonton Full Episod: 1-6
Tarikh Tayangan: 1 November 2024
Rangkaian: Astro Premier, Astro GO, sooka
Skrip: Zulaikha Zakaria, Anwari Ashraf, Syakir "Mo" Zakii, Luqman Sheikh Ghazali, Natasha Azlan, Muqri Azlan
Pengarah: Zulaikha Zakaria
Produksi: Astro Shaw Sdn Bhd & Telltale Studios

Watak Pelakon
Shasha Abedul sebagai Jannah
Mierul Aiman sebagai Hadi
Naim Daniel sebagai Ucop
Kimberly Chuah sebagai Amy
Malia Baby sebagai Izzah
Nabila Huda sebagai Ibu Zan
Noorkhiriah sebagai Asma
Farah Ahmad sebagai Salina
Megat Sharizal sebagai Azmi

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Pergilah
Penyanyi: Daiyan Trisha
Komposer: Daiyan Trisha
Penulis lirik: Daiyan Trisha

Sinopsis Project Exit
Mengisahkan tentang empat remaja yang merancang untuk melarikan diri daripada sebuah institusi pemulihan akhlak. Kisah ini tertumpu pada karakter Jannah (Shasha Abedul), seorang gadis remaja yang bergelut dengan masalah kemurungan. Dia dihantar ke sebuah institusi pemulihan akhlak bernama INSAN selepas percubaan tragis untuk menamatkan riwayat.

Di dalam pusat INSAN yang penuh kawalan, Jannah menemui sesuatu yang mampu mengubah hidupnya – diari peninggalan arwah bapanya. Diari itu menjadi kunci yang membuka segala rahsia gelap tentang tempat itu, termasuk perancangan terperinci untuk melarikan diri daripada cengkaman pengawasan ketat kakitangannya.

Sebagai remaja 16 tahun yang terperangkap dalam dinding INSAN, Jannah mengenali Hadi (Mierul Aiman), seorang pemuda berusia 17 tahun yang menghidap penyakit 'cystic fibrosis'. Tidak ketinggalan Ucop (Naim Daniel), ‘anak jalanan’ dengan sejarah kelam menjual bahan terlarang demi membantu keluarganya yang serba kekurangan dan juga Amy (Kimberly Chuah). Bersama-sama, mereka menjadi rakan dan sekutu.

Dengan rahsia daripada diari itu sebagai panduan, mereka menyusun rancangan untuk meloloskan diri daripada genggaman INSAN. Walau setiap daripada mereka membawa beban kisah silam yang menjerat emosi, ikatan yang terbentuk menjadikan mereka lebih kuat dan berani. Dalam satu usaha yang tiada ruang untuk gagal, mereka merangka 'escape' terhebat, dengan satu tekad – bebas atau tewas. Mereka bakal bertempur habis-habisan untuk sebuah kebebasan.

Drama Project Exit Lakonan Zulaikha Zakaria, Anwari Ashraf

 

From Saga With Love 2
Drama From Saga With Love 2

Musim kedua drama bersiri From Saga With Love bakal menemui peminat bermula 17 Oktober ini di platform penstriman Viu Malaysia. Strim di aplikasi Viu atau layari Viu.com.

Judul : From Saga With Love 2 #fromsagawithlove2
Tarikh Tayangan: 17 Oktober 2024
Waktu Siaran: Khamis, 12:00 pm
Platform Digital: Viu
Penulis Skrip: Rafidah Abdullah, Anwar Hadi, Hadi M. Nor, Suzanne Ong
Pengarah: Umi Salwana Omar, Lina Tan, Shamyl Othman
Produksi: Red Communications Sdn Bhd

Watak Pelakon
Siti Khadijah Halim sebagai Karma
Ikmal Amry sebagai Sham
Sophia AlBarakbah sebagai Bianca
Fimie Don sebagai Bob
Hun Haqeem sebagai Hadri
Vanidah Imran sebagai Kathy
Fatimah Abu Bakar sebagai Rozita
Zulin Aziz sebagai Suhaila
Sharifah Amani sebagai Fadhila

Lagu Tema (OST)
Lagu: Cin-Ta
Penyanyi: Amir Jahari
Komposer & Lirik: Amir Jahari

Sinopsis From Saga With Love 2
Kebahagiaan Karma dan Sham diuji setelah mereka bersama-sama memulakan perniagaan penjualan tembikar. Mereka menghadapi pelbagai keresahan dan masalah dalam perniagaan tersebut sehingga membuatkan hubungan mereka terjejas.

Apabila Sham mendapat tahu mengenai masalah kesihatan mentornya, Akiro, dia bergegas ke Saga, Jepun lalu meninggalkan Karma untuk meneruskan perniagaan kedai tembikar mereka seorang diri.

Namun, Karma akhirnya memilih untuk terbang ke Saga selepas insiden yang tak diingini berlaku dan ditemani oleh rakan baiknya Bob, yang mahu mencari ilham untuk filem pertamanya di Saga.

Di Saga, Karma berjumpa semula dengan Bianca yang sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Saga. Justeru, mereka berempat kembali bersama tetapi kehadiran rakan baru Bianca bernama Hadri mungkin akan mengeruhkan keadaan.

Drama From Saga With Love 2