Drama Cinta Bukan Milik Kita
Drama Cinta Bukan Milik Kita

Nantikan drama bersiri 'Cinta Bukan Milik Kita' terbitan Zeel Production diarahkan oleh Emi Suffian. Menampilkan gandingan Khai Bahar dan Sharifah Rose sebagai teraju utama, dibantu oleh pelakon seperti Putri Delyna, Marc Saddique dan Syahmie Thsaqeef.

Cinta Bukan Milik Kita bersiaran di Slot Samarinda TV3 mulai 19 Disember 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Anda boleh menonton episod baharu drama ini 24 jam lebih awal secara eksklusif di Tonton. Layari www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Judul : Cinta Bukan Milik Kita #cintabukanmilikita
Tonton Full Episod: 1-14
Tarikh Tayangan: 19 Disember 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Mufid Suhaimi, Haji Zeel, Lee Chonz & Marr Mohamad
Pengarah: Emi Suffian
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Khai Bahar sebagai Redza
Sharifah Rose sebagai Manis
Putri Delynna sebagai Azalea
Marc Sadique sebagai Raden
Syahmie Thsaqeef sebagai Asran
Kartina Aziz sebagai Wan Lijah
Ahmad Idham sebagai Abdullah
Esma Daniel sebagai Sazali
Lydiawati sebagai Robiah
Nadia Kesumawati sebagai Intan
Amir Haikal sebagai Muiz
Ainnur Naqeebah Hafedz sebagai Anessa
Halmey Hamdah sebagai Razak
Fendi Seman sebagai Pak Pen
Rosmi Ibrahim sebagai Tok Ketua
Amirshah Rosmizan sebagai Redza (kecil)
Adeeb Ar Rafee sebagai Muiz (kecil)
Chenta Salsabila sebagai Aneesa (kecil)
Nazril Khalid sebagai Azale (kecil)
Ratu Dania sebagai Azale (kecil)

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Lemas
Penyanyi: Khai Bahar
Komposer: Hykal Kadir
Penulis Lirik: Haziman Azli

Sinopsis Cinta Bukan Milik Kita
Redza (Khai Bahar) ialah seorang jejaka kampung yang membesar di kebun harum manis milik keluarganya di Perlis. Kehidupannya berubah setelah kematian bapanya, memaksa Redza mengambil alih tanggungjawab mengurus kebun tersebut seorang diri. Dia berhadapan dengan cabaran besar apabila ibu saudaranya, Robiah (Lydiawati), cuba merampas kebun tersebut demi keuntungan peribadi. Walaupun hasil kebun itu kerap dibolot oleh Robiah, Redza tidak mudah mengalah. Dia terus berjuang mempertahankan kebun yang penuh nilai sentimental tersebut.

Dalam masa yang sama, Redza menjalinkan persahabatan rapat dengan Manis (Sharifah Rose), seorang gadis bandar yang jauh berbeza dari segi latar belakang hidup. Hubungan yang bermula sebagai kawan itu kemudiannya bertukar menjadi cinta. Namun, percintaan mereka tidak disukai oleh bapa tiri Manis, Sazali (Esma Daniel), yang memandang rendah kehidupan sederhana Redza. Demi memisahkan mereka, Sazali membawa Manis ke Jakarta, meninggalkan Redza dengan janji bahawa mereka akan bertemu semula di bawah pokok harum manis yang mereka tanam bersama.

Perpisahan yang memakan masa bertahun-tahun itu tidak mematahkan semangat cinta Redza dan Manis. Namun, takdir seakan-akan mahu menguji sejauh mana kekuatan cinta mereka. Sepanjang perpisahan, pelbagai dugaan melanda. Manis terpaksa berdepan dengan tekanan hidup di kota manakala Redza terus gigih mempertahankan kebunnya yang menjadi simbol perjuangan hidupnya. Adakah mereka akan kembali bersatu di bawah pokok harum manis, atau mungkinkah janji itu akan tinggal sebagai memori yang terkubur?

Drama Cinta Bukan Milik Kita Lakonan Khai Bahar,Sharifah Rose

 

Filem Tekang
Filem Tekang
Filem Tegkang arahan Josh Nawan bakal memaparkan keunikan budaya dan kehidupan masyarakat Kelabit di Sarawak. “Tegkang” merupakan istilah dalam bahasa kaum Kelabit yang bermaksud “pelangi” yang menjadi simbolik kepada cerita yang penuh warna-warni dalam filem ini. Saksikan “Tegkang” di pawagam mulai 28 November 2024.

Judul : Tegkang #tekang
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 28 November 2024
Idea Asal: Josh Nawan
Skrip: Josh Nawan & Sky Khor
Pengarah: Josh Nawan
Produksi: MyContent Distribution Sdn Bhd

Watak Pelakon
Syafie Naswip sebagai Hanafi
Michelle Lungan sebagai Rinai
Lian Tarawe sebagai Guruq
Pun Ratu Aran sebagai Sina Runa
Hezekiah Asim sebagai Ritap

Sinopsis Tegkang
Di sebuah perkampungan terpencil yang aman, rahsia yang tersimpan rapi terbongkar secara tidak sengaja, mencetuskan kisah cinta yang akan menguji ikatan seluruh masyarakat. Tegkang meneroka kehidupan di sebuah kampung terpencil di Bario, di mana rahsia yang telah lama terpendam muncul dengan kedatangan seorang pelancong, Hanafi (Syafie Naswip), yang berkawan dengan Rinai, seorang gadis yang tinggal di kampung itu.

Movie Tegkang

 

Lara Kasih
Drama Lara Kasih

Drama bersiri Lara Kasih diadaptasi daripada novel Tentang Hati Lara karya Nueen. Drama 15 episod ini diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production dan diarahkan oleh Shuhaimi Lua. Menampilkan barisan pelakon seperti Fikry Ibrahim, Chacha Maembong, Laila Nasir, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Saksikan Lara Kasih yang disiarkan di slot Samarinda TV3 mulai 25 November 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam atau strim di platform Tonton melalui laman web www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Judul : Lara Kasih #larakasih
Tonton Full Episod: 1-15
Tarikh Tayangan: 25 November 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production

Watak Pelakon
Fikry Ibrahim sebagai Khairil
Chacha Maembong sebagai Syuhadah
Jay Iswazir sebagai Borhan
Laila Nasir sebagai Hasnah
Iman Suhana sebagai Syahirah
Norreen Iman sebagai Syafiqah
Sharifah Shahora sebagai Ainun
Raja Azmi sebagai Fatimah
Mili Supina sebagai Cik Milah
Rashidah Jaafar sebagai Che Yah
Chomell Fana sebagai Syidah
Aishah Sudin sebagai Rohani
Aaliyah Natasha sebagai Azura
Ariel Izz sebagai Rahim
Syafiq Putra sebagai Azri
Muhd Faiz sebagai Rafiq
Nur Aleesya Amanda sebagai Baby Faris

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Benar Aku Cinta
Artis: Ronnie Hussein
Komposer: Ngepz
Lirik: Ngepz

Sinopsis Lara Kasih
Mengisahkan perjalanan hidup Syuhadah (Chacha Maembong) dan Khairil (Fikry Ibrahim) yang teruji apabila hubungan mereka diganggu oleh ibunya, Puan Hasnah (Laila Nasir), yang menentang keras cinta mereka kerana pekerjaan Khairil sebagai seorang penoreh getah.

Puan Hasnah yang naif termakan dengan nasihat dari Che Yah, seorang tukang tilik nasib, mengatakan bahawa Syuhadah akan mendapat kehidupan yang lebih terjamin jika disatukan dengan Borhan, seorang duda anak dua. Ini memulakan satu konflik yang mencabar antara Syuhadah dan ibunya.

Syuhadah terpaksa menentang keputusan ibunya yang mahu mengahwinkannya dengan Borhan, demi mempertahankan cinta dengan Khairil yang telah lama menjadi pilihannya. Namun, di sebalik kekuatan cinta mereka, muncul cabaran baru apabila Azura, seorang wanita yang cuba merebut perhatian Khairil, turut menambahkan konflik dalam hubungan mereka.

Dalam usaha mereka untuk tetap bersama, Puan Fatimah, ibu Khairil, turut memainkan peranan penting dengan memberi bantuan kepada Syuhadah dan Khairil, walaupun dengan cara yang agak kontroversial. Ketika permainan emosi dan perasaan semakin rumit, impian untuk hidup dalam kekayaan dan kemewahan mula menjadi keutamaan. Meskipun Khairil dan Syuhadah mungkin akhirnya dapat bersatu, mereka masih berdepan dengan tentangan keras dari Puan Hasnah yang terus berusaha mengatur kehidupan anak-anaknya mengikut kehendaknya.

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Akankah Syuhadah dan Khairil berjaya melawan semua rintangan dan mendapat restu daripada ibu Syuhadah, atau adakah cinta mereka akan musnah kerana kerakusan dan kemahuan orang lain yang mengganggu kehidupan mereka?

Sinopsis Novel Tentang Hati Lara
Aku sayang Khairil. Sangat-sangat sayang. Tapi lelaki yang aku sayang itu hanya seorang penoreh getah. Dengan alasan itulah mak selalu hina dia. Dia tidak seperti menantu lelaki mak yang lain. Berpangkat tinggi semuanya.

“Saya sedih sebab mak buat awak macam ni. Menantu lain bukan main lagi mak tatang.”

“Tak apalah. Bukan rezeki saya nak jadi menantu kesayangan. Tak penting semua tu.”

“Saya bimbang awak gagal bertahan.”


“Insya-Allah, saya akan bertahan. Saya akan bertahan demi awak.”


“Awak tetap akan sayang saya walau mak layan awak macam tu?”


“Sekalipun satu dunia layan saya macam tu, tak mampu untuk mengubah kasih sayang saya terhadap awak. Awak isteri saya, kan? Bidadari saya.”


Pun begitu, kasih sayang kami tambah mendalam. Hidup kami seperti biasa saja. Langsung tak terkesan dengan penghinaan mak. Cuma semakin hari aku semakin bimbang. Bimbang tindakan emak yang seperti mahu memisahkan kami berdua.


Sekeras mana pun hati Khairil, pasti satu ketika dia akan mengalah. Kalau itu terjadi, bagaimana dengan aku nanti? Siapa yang aku akan pilih antara emak dan kasih Khairil?

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim,Chacha Maembong

 

Drama Skuad X
Drama Skuad X

Nantikan drama bersiri 'Skuad X' diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn Bhd dibawah arahan Feroz Kader akan bersiaran mulai 22 November 2024, setiap Khamis hingga Sabtu pukul 9 malam di slot Lestary TV3 atau strim menerusi Tonton.

Judul :Skuad X #skuadx
Tonton Full Episod: 13
Tarikh Tayangan: 22 November 2024
Waktu Siaran: Khamis - Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Mohd Rohizan Ramli, Azal Ezreen
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: FJ Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Imran Aqil sebagai Paq Lie
Yusof Hashim sebagai Buyong
Nelissa Nizam sebagai Ebok
Marc Syahmie sebagai Khai
Dzul Hadziq sebagai Latt
Puteri Darwisyah sebagai Thai
Wan Raja sebagai Azman
Jay Iswazir sebagai Rashdan
Alya Iman sebagai Cik Anita
Meor Mohd sebagai Tuan Baharom
Nazeer Husain sebagai Mael Tedung
Asyraf Huzaini sebagai Mael Kingkong
Sumaiyah Jaafar sebagai Nadia
Airil Hafiz sebagai Pian

Sinopsis Skuad X
Mengisahkan empat sahabat yang masing-masing memiliki kuasa supernatural sejak kecil, namun tidak dapat mengawal kemampuan mereka, yang akhirnya menimbulkan kekacauan dalam kehidupan mereka. Walaupun berpotensi untuk menjadi pahlawan, mereka disisihkan oleh masyarakat dan keluarga kerana ketidakmampuan mereka mengendalikan kuasa tersebut. Namun, semuanya berubah apabila Abang Man, seorang bekas askar yang kini bekerja sebagai pengawal keselamatan, mengambil tanggungjawab untuk membimbing mereka. Abang Man menggunakan pengalaman dan kebijaksanaannya untuk mengajar mereka cara mengawal dan memanfaatkan kuasa mereka dengan lebih baik, sekaligus membentuk pasukan yang dinamakan Anak X-Stray.

Setiap anggota Skuad X mempunyai kekuatan unik yang membolehkan mereka melakukan perkara-perkara luar biasa. Paq Lie (Imran Aqil), contohnya, memiliki kuasa untuk membaca fikiran dan pergerakan bibir orang lain, walaupun dari jauh. Kemampuan ini membolehkannya mengetahui apa yang difikirkan oleh orang di sekelilingnya, memberikan kelebihan dalam menghadapi musuh. Khai (Marc Syahmie), seorang remaja yang sering bertindak melulu dan suka bergaduh, memiliki kuasa untuk menghentikan masa. Kekuatan ini memberinya peluang untuk bertindak tanpa halangan masa, namun ia juga memberi cabaran besar dalam mengawal impulsnya.

Buyong (Yusof Hashim), walaupun kelihatan seperti seorang remaja yang lemah dan sering dibuli, menyimpan kekuatan yang luar biasa. Apabila marah, Buyong boleh menggerakkan objek berat dengan mudah, menjadikannya seorang pahlawan yang berpotensi besar apabila berada dalam keadaan terdesak. Ebok (Nelissa Nizam) pula memiliki kecerdasan luar biasa yang membolehkannya menghafal segala-galanya hanya dengan sekali pandang. Keupayaannya untuk mengingat maklumat dengan cepat memberi kelebihan besar kepada pasukan dalam misi mereka.

Selain daripada keempat-empat remaja ini, ada seorang lagi watak penting dalam cerita ini, iaitu Lat, seorang anak yatim piatu berusia 9 tahun yang hidup terbuang. Lat memiliki kuasa misterius yang membolehkannya melihat masa depan seseorang, suatu kebolehan yang sangat berbahaya apabila jatuh ke tangan yang salah. Malangnya, kuasa Lat telah dipergunakan oleh Dark, seorang antagonis yang jahat dan berkuasa, yang memanipulasi Lat untuk tujuan buruknya. Dark bukan sahaja memiliki kuasa yang kuat, tetapi juga memiliki pemikiran licik dan mampu merancang serangan yang menakutkan terhadap Anak X-Stray.

Sementara itu, pasukan Anak X-Stray berusaha keras untuk menyelamatkan Lat daripada terus dieksploitasi oleh Dark, mereka juga harus menghadapi ancaman yang lebih besar dari pihak musuh. Keadaan semakin terdesak apabila Dark mula menggunakan kuasa misterinya untuk mengalahkan mereka satu demi satu. Tanpa disedari oleh mereka, konflik yang dihadapi bukan hanya tentang pertempuran fizikal, tetapi juga tentang pergolakan dalaman mereka sendiri – menguasai kuasa masing-masing sambil terus memelihara persahabatan yang terbina sejak kecil.

Apakah yang akan terjadi pada pertempuran akhir mereka? Adakah Anak X-Stray berjaya menguasai kuasa mereka dan menyelamatkan dunia daripada ancaman gelap?

Drama Skuad X lakonan Imran Aqil,Yusof Hashim

 

Marina
Drama Marina

Drama bersiri ‘Marina’ akan disiarkan eksklusif di Tonton mulai 25 November 2024, menampilkan lakonan Sophia Albarakbah, Datuk Remy Ishak, Hisyam Hamid dan Muhsin Nadzli. Drama bersiri 30 episod terbitan Creative Skill Solution dibawah arahan Along Kamaludin. Saksikan drama Tonton Original: Marina melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Judul  Dalam Sangkar Cinta Marina
Tonton Episod: 1-30
Tarikh Tayangan: 25 November 2024
Hari Tayangan: Isnin - Khamis
Platform Digital: Tonton
Pengarah: Along Kamaludin
Produksi: Creative Skill Solution

Watak Pelakon
Sophia AlBarakbah sebagai Marina
Remy Ishak sebagai Haqiem
Hisyam Hamid sebagai Dato’ Fahad
Muhsin Nadzli sebagai Izfahan
Haneesya Hanee sebagai Delisha
Shaza Bae sebagai Syasya
Syed Adil sebagai Izwan
Zaki Azeman sebagai Aliff
Syafnida Shuhaimi sebagaisebagai Cik Queen
Areef Amran sebagai Izzat Daniel
Aleeza Kasim sebagai Datin Zila
Riena Amirah sebagai Intan
Amy Nurtinie sebagai Emma

Sinopsis Marina
Setelah kehilangan kakaknya, Marina bertekad untuk mencari kehidupan yang lebih baik di Kuala Lumpur, namun dia terperangkap dalam hubungan yang rumit dan penuh risiko.

Marina bertemu dengan Dato’ Fahad (Hisyam Hamid), seorang ahli kelab eksklusif yang kaya dan dihormati, yang dilihatnya sebagai jalan keluar daripada kemiskinannya. Namun, hatinya mula terikat dengan Haqiem (Remy Ishak), seorang lelaki yang patah hati selepas hubungan yang penuh harapan hancur. Di tengah-tengah dilema antara kekayaan dan cinta, Marina dihadapkan pada keputusan sukar yang akan menentukan masa depannya.

Haqiem, anak sulung keluarga kaya, terperangkap antara tanggungjawab terhadap perniagaan keluarga dan percintaannya dengan Marina. Di sebalik watak karismatik Dato’ Fahad, tersembunyi rahsia gelap yang membawa kepada aktiviti haram dan konspirasi yang mengancam kehidupan mereka semua. Marina, yang pada awalnya hanya mengimpikan kehidupan mewah, terpaksa berhadapan dengan pengkhianatan yang jauh lebih besar daripada apa yang dia sangkakan.

Apakah Marina akan menemui kebahagiaan yang dicari, atau adakah jalan hidupnya dipenuhi dengan pengorbanan dan kehilangan? Bagaimanakah hubungan antara Marina dan Haqiem akan berakhir di tengah-tengah ujian berat yang menimpa mereka?

Pelakon Remy Ishak
Remy Ishak

Pelakon Hisyam Hamid
Hisyam Hamid

Drama Marina Lakonan Sophia AlBarakbah,Remy Ishak

 

Saka Bapak Kau
Saka Bapak Kau

Saksikan telefilem komedi seram 'Saka Bapak Kau' arahan Aziz M. Osman disiarkan pada Jumaat, 22 November, jam 9 malam di Astro Warna atau strim di Astro GO dan Sooka.

Judul : Saka Bapak Kau #sakabapakkau
Waktu Siaran: Jumaat, 22 November 2024, 9:05 malam
Rangkaian: Astro Warna / Astro GO / Sooka
Penulis Skrip: Aziz M. Osman
Pengarah: Aziz M. Osman
Produksi: Arie Zaharie Production
Pelakon: Nas T, Wani Kayrie, Razman Mahyuddin, Dewa Sapri, Khairul Nizam (Mokram), Deerina Sheikh, Wahid Senario, Khairul Hazman

Sinopsis Saka Bapak Kau
Kisah saka bapak Jimi dan Nelly yang sepatutnya diambil alih oleh Chang yang kecut perut sebaik melihat saka tersebut. Saka itu kini merayau bersama jasad Tuan Jumadi.

Apabila Tuan Jumadi sakit tenat berpanjangan, anaknya - Jimi dan Nelly - meminta bantuan Tok Moh Lala dan Peguam Fudin untuk mencari pak sanggup untuk mengambil 'saka' bapak mereka

Telemovie Saka Bapak Kau

 

Jangan Pandang Belakang 2
Jangan Pandang Belakang 2

Selepas 17 tahun menggegarkan tanah air, filem seram ikonik kini kembali menghantui layar perak. Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu, sebuah kisah seram arahan Pierre Andre ini menampilkan barisan pelakon hebat Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Alif Hadi, Khatijah Tan, Mawar Rashid, dan Ruminah Sidek. Saksikan Jangan Pandang Belakang 2 di pawagam bermula 21 November 2024.

Judul: Jangan Pandang Belakang 2 #janganpandangbelakang2
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 21 November 2024
Penulis Skrip: Pierre Andre
Pengarah: Pierre Andre
Produksi: MIG Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Emma Maembong sebagai Lynn
Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Dr. Azim
Khatijah Tan sebagai Mak Lang
Alif Hadi sebagai Hafiz
Mawar Rashid sebagai Mona
Ruminah Sidek sebagai Opah
Melissa sebagai Nurse Mel
Kel Narina sebagai Nurse Ida

Sinopsis Jangan Pandang Belakang 2
Kisah ini berterusan dengan keluarga Mak Lang, yang memiliki saka keluarga. Kematian Opah menyebabkan saka tersebut kehilangan tuan, dan ia mula mengikuti Mak Lang yang sudah tua. Lynn menjadi sasaran selepas mengalami pelbagai gangguan. Lynn perlu menghadapi banyak kejadian misteri yang mengganggu kehidupan sehariannya dan diselamatkan oleh Hafiz, seorang lelaki yang mempunyai perasaan terhadap Lynn.

Promo Jangan Pandang Belakang 2

Movie Jangan Pandang Belakang 2

 

Curang Tanpa Niat
Drama Curang Tanpa Niat
Tonton drama bersiri Curang Tanpa Niat arahan Eyra Rahman bakal ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria. Menampilkan gandingan pelakon Shukri Yahaya, Mira Filzah dan Sharifah Sakinah.

Judul : Curang Tanpa Niat #curangtanpaniat
Tonton Full Episod: 1-34
Tarikh Tayangan: 23 Disember 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: iFAME Sdn Bhd

Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Eshaal
Mira Filzah sebagai Elina
Sharifah Sakinah sebagai Astrid
Fadlan Hazim sebagai Ashraff
Evertts Gomes sebagai Aryan
Azqa Aziz sebagai Amara
Nafiez Zaidi sebagai Adnan
Atira Karma sebagai Naura
Zarina Anjoulie
Hasnul Rahmat
Zaidi Omar
Sheila Mambo
Watie Sadali
Kazar Saisi
Raisya Felisya

Sinopsis Curang Tanpa Niat
Kisah pergelutan seorang isteri bernama Elina (Mira Filzah) dalam mengharungi ketidaksetiaan dan kecurangan suaminya, Eshaal (Shukri Yahaya) di tempat kerja.

Curang Tanpa Niat Drama
Drama Curang Tanpa Niat
Drama Curang Tanpa Niat

Drama Curang Tanpa Niat Lakonan Shukri Yahaya,Mira Filzah

 

Dhia Kasyrani
Nantikan drama bersiri Dhia Kasyrani adaptasi daripada novel Adanya Dhia karya Sophilea bakal menghiasi slot Akasia TV3. Drama terbitan Tanah Beris Film Production diarahkan oleh Shuhaimi Lua. Menampilkan gandingan Ben Amir dan Rita Nadira. Saksikan Dhia Kasyrani bermula 22 November 2024 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3 atau boleh distrim di iQIYI sejam selepas tayangan.

Judul; Dhia Kasyrani #dhiakasyrani
Tonton Full Episod:1- 24 
Tarikh Tayangan: 22 November 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Sophilea, Azilah Wahab
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production

Watak Pelakon
Ben Amir sebagai Mursyid
Rita Nadira sebagai Dhia Kasyrani
Reen Rahim sebagai Kak Long
Aida Khalida sebagai Nek Zahrah
Wanie Ooi sebagai Sabrina
Zaidi Omar sebagai Dato’ Harris
Rahim Jailani sebagai Farhad
Ferth Jasni sebagai Ustaz Danial
Jihaa Sham sebagai Farhani
Muhsin Nadzli sebagai Faizul
Lela Kadir
Wawa Azuwar
Eddy Syamin

Sinopsis Dhia Kasyrani
Mengisahkan Dhia (Rita Nadira), seorang wanita muda yang cekal selepas kehilangan kedua ibu bapanya. Sebagai pewaris Angsana Corporation, Dhia sentiasa mengutamakan tanggungjawabnya dan memiliki personaliti yang tegas. Namun, hidupnya menjadi rumit apabila Dato’ Harris (Zaidi Omar), Ayah Su Dhia, mencabar untuk menyatukan Dhia dengan Mursyid (Ben Amir), seorang lelaki sederhana yang berbeza daripadanya dalam segala aspek.

Dhia dan Mursyid terkenal sebagai dua insan yang tidak pernah sehaluan, sering bertelagah dan langsung tidak serasi. Perbezaan ini menjadi lebih ketara apabila perkahwinan mereka berlaku atas paksaan keluarga. Persoalannya, bolehkah sebuah ikatan yang bermula tanpa cinta bertahan, atau adakah ia hanya mencipta lebih banyak luka dan konflik?

Perjalanan Dhia dan Mursyid bukan sekadar tentang bertolak ansur, tetapi juga tentang menghadapi cabaran yang menguji kekuatan hati. Dhia, yang dianggap sombong dan lemah oleh Mursyid, menerima cabaran untuk tinggal di kampung dan membuktikan ketabahannya.

Namun, segala-galanya tidak semudah yang disangka. Kak Long Mursyid dan sepupunya, Sabrina, tidak setuju dengan perkahwinan ini dan sentiasa mencari peluang untuk menyingkirkan Dhia. Walaupun begitu, Dhia menunjukkan keberanian dan kecekalan yang tidak terjangka. Dia tidak membiarkan kata-kata orang melemahkan semangatnya, malah perlahan-lahan mengubah persepsi orang sekeliling, termasuk Mursyid sendiri.

Hari demi hari, ketika cinta mula berputik di antara Dhia dan Mursyid, ujian baharu pula muncul. Adakah mereka mampu bertahan dalam ikatan perkahwinan yang dipenuhi konflik? Apakah rahsia keluarga yang bakal terbongkar dan mengubah segala-galanya?

Sinopsis Novel Adanya Dhia
Raja Azri Mursyid, lelaki ini sukar diduga tindakannya. Entah apa sebab dia menerima Nadhia Kasyrani yang membencinya sebagai isteri. Bagi Nadhia, dia tidak perlukan sesiapa untuk menjaganya. Dia sudah cukup matang berdiri sendiri selepas kematian ibu bapanya.

“Aku tak perlukan sesiapa dalam hidup aku walaupun seorang suami, Asyid.” Angkuhnya bicara Nadhia. “Aku terima kau bukan kerana nafsu, harta atau kecantikan kau, Dhia.”-Mursyid.

Menerima Mursyid kerana hormat dan patuh pada bapa saudara yang menjaganya buatkan hati Nadhia memberontak. “Kau tengoklah apa aku nak buat bila kau dah jadi isteri aku.” Ugut Mursyid. “Kau ingat aku takut dengan kau.”

Saat selepas perkahwinan, bila Mursyid membawa Nadhia jauh dari kota besar ke tempatnya mengajar di satu sudut alam yang mendamaikan hati, Nadhia mula berubah. “Tempat ni cantik Dhia, sebab tu aku tak mahu berganjak dari sini. Tapi bila kau datang tempat ini jadi lebih indah.”

Mursyid cuba merubah jiwa Nadhia yang tandus seperti sahara kepada sebuah hati yang sejuk bagai glasier. “Dosa aku banyak pada kau, Asyid. Mungkin Allah dah temukan aku dengan jodoh yang paling sempurna.” "Aku sayang kau Dhia." Lafaz Mursyid dalam satu pelukan. Saat senyuman Mursyid dan Nadhia bersatu, saat jiwa dan hati mereka menyatu, cinta itu tetap ada dugaannya. Tetap sahaja ada rintangannya. Cinta itu milik kita dan akan tetap menjadi milik kita selamanya.

Drama Terbaru Akasia

Drama Dhia Kasyrani Lakonan Ben Amir,Rita Nadira

 

Game Over Romeo
Drama Game Over Romeo

Nantikan drama adaptasi novel Game Over Romeo karya Illa Shanahila akan datang di Salam HD saluran Unifi TV.

Judul: Game Over Romeo #gameoverromeo
Tonton Full Episod: 1-13
Tarikh Tayangan: 2025
Rangkaian: Salam HD (Unifi TV)
Penulis Novel: Illa Shanahila
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah: Zul Huzaimy
Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ahmad Syafiq sebagai Black
Raden Zaharatul sebagai Fatiya
Putra Amaris sebagai Firdaus
Amir Mirza
Khalida Balqis
Lan Siro
Rusdi Ramli

Sinopsis Game Over Romeo
Fatiya Adam, gadis manja yang menetap bersama bapa saudaranya di UK setelah kematian ibu dan bapanya. Apabila Hany, sepupunya ditipu lelaki dari Malaysia, Hany nekad meminta bantuan Fatiya.

Setelah berfikir panjang, akhirnya Fatiya bersetuju untuk pulang ke Malaysia dan tinggal bersama Firdaus, satu-satunya abang yang dia ada. Rancangan untuk hancurkan hati lelaki yang hanya dikenali dengan nama ‘Black’ itu belum lagi bermula namun Fatiya bingung bila wajah PA Firdaus sama dengan gambar ‘Black’ yang ditunjukkan padanya!

Peribadi Black yang sangat berlainan dengan apa yang diceritakan Hany itu membuatkan rancangan mereka hampir goyah.

Rancangan untuk pikat dan hancurkan hati Black dah jadi tunggang terbalik. Kenapa sekarang ini seolah-olah Black pula yang mengawal rentaknya? Dan tanpa fikirkan akibatnya, dia nekad memulakan satu permainan.

“Whoever falls in love first, loses!”- Fatiya

Permainan cinta mereka bermula. Dan saat itu, Fatiya langsung tak sangka yang permainan kecil yang dimulakannya mengundang satu permainan yang lebih bahaya. Permainan hidup dan mati! Dalam permainan yang dicipta, antara Black dan Fatiya siapa yang akan jadi juara?

Drama Game Over Romeo Lakonan Ahmad Syafiq,Raden Zaharatul

 

Senarai Lagu AJL39
AJL39 (2025)

Sebanyak 10 lagu telah diumumkan layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 39. Berikut senarai lagu yang bakal berentap di AJL 39:

Lagu: Sengaja
Penyanyi: Amir Masdi
Komposer: Bunga Cantik & Hang Nadim
Penulis Lirik: Bunga Cantik & Hang Nadim

Lagu: Puas Sudah
Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis Lirik: Aina Abdul

Lagu: Saksama
Penyanyi: Akim & The Majistret
Komposer: Akim & The Majistret
Penulis Lirik: Bunga Cantik

Lagu: Pujaanku
Penyanyi: Kugiran Masdo & Aisyah Aziz
Komposer: Ali Sariah
Penulis Lirik: Heidimoru & Ali Sariah

Lagu: Terus Bersinar
Penyanyi: Hafiz Suip
Komposer: Mas Dewangga, Jova Devito & Datuk Arisz Ab Rahman
Penulis Lirik: Mas Dewangga & Jova Devito

Lagu: Hening Rindu
Penyanyi: Marsha Milan
Komposer: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh
Penulis Lirik: Ikhwan Fatanna

Lagu: Aura
Penyanyi: Ernie Zakri
Komposer: Ernie Zakri, John Jeeves & Firdaus Rahmat
Penulis Lirik: Ernie Zakri, John Jeeves & Firdaus Rahmat

Lagu: Diam
Penyanyi: Hael Husaini
Komposer: Hael Husaini & Iqie Hugh
Penulis Lirik: Hael Husaini & Iqie Hugh

Lagu: Risiko
Penyanyi: Benzooloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique
Komposer: Apipapol
Penulis Lirik: Benzooloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique

Lagu: Bukan Lagi Kita
Penyanyi: Nadeera
Komposer: Hael Husaini & Iqie Hugh
Penulis Lirik: Hael Husaini & Iqie Hugh

Senarai Penuh Lagu AJL 39 (AJL39) 2025

 

Embun Di hati
Embun Di Hati

Saksikan siaran ulangan telefilem Embun Di Hati lakonan Noorkhiriah dan Zamarul Hisham pada 16 November ini, Sabtu pukul 2 petang di TV3.

Judul :Embun Di Hati #embundihati
Waktu Siaran: Sabtu, 16 November 2024, 2:00 petang
Rangkaian: TV3 / Tonton
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: Tenview Sdn Bhd
Pelakon: Ariel Fesol, Noorkhiriah, Zamarul Hisham, Jay Iswazir, Manan Sulaiman, Awie Dean

Sinopsis Embun Di Hati
Rizal menghidap penyakit saraf 'Multiple Sclerosis.' Penyakitnya itu membuatkan dia menjadi kurang upaya. Dia dibesarkan oleh ibu dan datuknya sahaja. Manakala ayahnya Jasni telah meninggalkannya kerana sudah berputus asa.

Telefilem Embun Di Hati lakonan Noorkhiriah, Zamarul Hisham