Isu Janna Nick Tak Selesa Gaun Seksi, Pereka Fesyen Beri Kenyataan Balas

Aktres drama bersiri Suami Tanpa Cinta, Janna Nick kini dikaitkan dengan kontroversi bersama seorang pereka fesyen.

Pernah didakwa berlagak dan menarik muka kerana enggan menyarungkan busana yang direka oleh pereka fesyen tersebut, Janna memberi sebab tersendiri mengapa dia enggan untuk memakai baju berkenaan.

Kata Janna, dia hanya bersikap jujur untuk tidak memakai koleksi pereka itu kerana pakaian tersebut terlalu seksi dan tidak bersesuaian dengan imejnya.

Dalam kejadian itu, Janna juga menafikan dia menarik muka kerana tidak menyukai koleksi tersebut.

Pereka fesyen tersebut, Khairul Amri Hassan tampil memberikan kenyataan balas di laman Facebook miliknya:

Berikut merupakan kenyataan pereka fesyen tersebut:

“Berputar putar putar putar putar putar alam!

(Merujuk kepada artikel yangg dikeluarkan di akhbar Pancaindera tarikh 15 Januari 2017)

Saya masih bertamadun dan ada agama. Bodohlah saya untuk bogelkan individu beragama Islam dan ditatap satu Malaysia. Mari saya terangkan situasi sebenar daripada belah pihak saya:

1. Saya sediakan enam opsyen pakaian untuk sesi fotografi tersebut. Dua yang dipilih adalah persalinan oversize jaket dan skinny fitted pants manakala satu lagi gaun hijau zamrud yang baru disiapkan SEHARI sebelum sesi fotografi itu.

2. Turut disediakan adalah sehelai oversized jumper, dress nude neoprene bawah lutut, loose top dan skirt floral paras bawah lutut, sehelai dress biru paras bawah lutut (daripada photoshoot hari sama namun tidak sempat digayakan artis terdahulu) dan sehelai dress hitam strapless paras lutut seperti yang didakwa. Namun dress hitam itu sekadar plan kontigensi sekiranya terdapat masalah dgn pakaian lain.

3. Artis berkenaan bagaimanapun tidak menggayakan langsung mana-mana pakaian yang disediakan sebaliknya memilih untuk memakai jumpsut merah jambu yang dipadankan dengan jaket putih yang dibawa sendiri tanpa memaklumkan kepada saya akan pilihan terbabit.

4. Anggapan saya beliau tidak berminat atau berhajat untuk mengenakan pakaian yang saya bawakan. Apakah kapasiti untuk saya terus menunggu?

5. Artis berkenaan tidak langsung memakai persalinan yang telah disediakan.

6. Tiada penjelasan atau makluman kepada saya tentang perjalanan lanjut dan keperluan pakaian saya untuk sesi tersebut. 

7. Berada dalam ruang solek dan tiada sepatah kata (perkenalan) daripada artis berkenaan sehingga saya sendiri yang menghulur salam.

8. Masing-masing punyai kerjaya dan tuntutan kerja. Seandainya seseorang artis itu perlu memenuhi jadual harian begitu juga saya. Masa dan kudrat bukan perkara percuma untuk disia-siakan.

Jadi, plot cerita mana yang sedang diberitakan sekarang?

#bukannakgaduh #nikorangbaikbaik #kenapapusingcerita 😔

Disclaimer: 2 tahun lepas awk tolak pakai baju kita sebab seksi, kali ni kita bg oversized plak awk ulang lagi sekali,” tulis pereka fesyen berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Janna bakal muncul dengan filem terbaru terbitan Astro Shaw, Kimchi Untuk Awak. Bergandingan bersama Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong, filem ini bakal ditayangkan pada 30 Mac 2017 di pawagam seluruh Malaysia.
Isu Janna Nick Tak Selesa Gaun Seksi, Pereka Fesyen Beri Kenyataan Balas Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Keli Merah

0 comments:

Post a Comment