eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Comel ! Amyra Rosli ‘Belanja’ Foto Anak,Curi Tumpuan Ramai



Pelakon berusia 28 tahun ini dilihat bahagia bersama suaminya yang juga merupakan pelakon popular iaitu Amar Baharin.

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon, Amyra Rosli ini, wajahnya yang cantik tambah pula berbakat dalam bidang lakonan membuatkan dia diantara selebriti yang sering menjadi perhatian.


Mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan membuatkan pasangan ini semakin bahagia pula, mereka kini memiliki sepasang cahaya mata.

Setelah berkahwin, Amar Baharin dan Amyra Rosli dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dikenali sebagai Aqeef Anaqi. Anak selebriti ini juga sangat popular dalam industri seni hiburan.

Walau bagaimanapun, pada awal Februari lalu pula pasangan ini selamat menimang cahaya mata kedua mereka. Lebih membuatkan rumah tangga mereka semakin ceria apabila Amar Baharin dan Amyra Rosli kini mempunyai sepasang cahaya mata.

Terbaru, setelah hampir sebulan anaknya itu dilahirkan Amyra Rosli berkongsikan pula wajah kedua anaknya itu menerusi laman Instagram.

Dalam perkongsian foto Amyra Rosli ini, dia memuat naik sekeping foto Aqeef Anaqi mendukung anak keduanya yang diberi nama, Ayra Aryssa.

Peminat anak selebriti juga geram melihat kecomelan puteri bongsu pasangan ini, sehinggakan foto anak Amyra Rosli yang dimuat naik itu juga telah meraih lebih 100,000 tanda suka dalam masa sekejap saja.

“Adik-beradik comel”








 “Ape pasal tengok macam tu geram nak gigit le tu”



Sumber: AmyraRosli