Emma Maembong Sah Bergelar Isteri Juruterbang - Keli Merah
Hari ini Emma Maembong sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar berusia pada majlis tertutup di Bukit Damansara.

Pada majlis berkonsep rona putih dihadiri 300 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000 dan senaskhah al-Quran, selain tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang.

“Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Tarikh nikah hari ini sangat cantik, jadi mengapa tidak kami abadikan sebagai detik bahagia saya dan suami.

“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah.

“Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami… Insya-Allah,” ujar Emma Maembong yang ditemui Berita Harian.

Emma Maembong mendedahkan yang beliau bertemu suaminya pada tahun 2017 namun menjalinkan hubungan yang lebih serius pada tahun 2019 dan kesungguhan Muhammad Shazli Azhar mahu menjadikannya isteri yang sah memikat hatinya.

“Dia tak mahu membuang masa dalam hubungan ini. Saya juga mahu perkara sama. Semuanya bagai tersusun cantik. Dia lelaki yang mementingkan keluarga, agama dan matang.

“Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober lalu, keluarganya datang merisik di rumah,” tambah Emma Maembong lagi

Emma Maembong Sah Bergelar Isteri Juruterbang

Load Comments

Notifications

Disqus Logo