eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Alhamdulillah isteri saya… selamat bersalin pada 1 Ramadhan…”- Hadi Mazlan

Kisah cinta ‘Elly & Epit’ ke dunia realiti sebelum ini mendapat perhatian ramai apabila pada Jun tahun lalu, mereka berdua sah bergelar suami dan isteri.

Siapa menyangka, bermula dari sebuah drama berkenaan akhirnya pasangan Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana atau lebih mesra dipanggil Dayana ini berjodohan. Pasangan ini juga terdahulu dilaporkan bakal menimang cahaya mata pertama mereka setelah lebih 6 bulan mendirikan rumahtangga.

Walau bagaimanapun, terbaru pula Hadi Mazlan menerusi laman Instagram peribadinya berkongsi berita gembira kepada peminat dan pengikut dimana isteri, Dayana itu telah selamat bersalin.

Isteri Hadi Mazlan selamat bersalin

Hadi Mazlan juga bersyukur isterinya selamat bersalin pada 1 Ramadhan pada jam 1.20 pagi tadi.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah isteri saya, Siti Amirah Dayana selamat bersalin pada 1 Ramadhan pada jam 1.20 pagi ini. Syukur pada Allah SWT” tulisnya menerusi perkongsian dilaman Instagram.






Sumber: Hadi Mazlan