eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Dikurung Di Dalam Rumah Kosong, Syukur Gadis Paracetamol Kini Selamat Ditemui

Hampir seminggu, berita kehilangan gadis berusia 15 tahun di Taman Bandar Baru, Sungai Petani menimbulkan tanda tanya serta kebimbangan ahli keluarga. Nor Aleeya Natasha Mohd Nazre akhirnya selamat ditemui di belakang sebuah rumah kosong di kawasan kejiranan yang sama.

Jumpa Di Belakang Rumah Kosong.

Menurut Siti Nazira Mohd Nazre, adiknya ditemui oleh penduduk bersama sekumpulan individu yang dipercayai mempunyai hubungan kait dengan kehilangan Nor Aleeya sekitar jam 3 petang semalam. Dia sebelum ini telah dihubungi seorang wanita memaklumkan ternampak Nor Aleeya di belakang sebuah rumah kosong.


Dikurung selama beberapa hari oleh sekumpulan lelaki

Bimbang berlaku perkara yang tidak diingini, dia sekeluarga kemudiannya membawa Nor Aleeya ke pusat kesihatan berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Bagaimanapun akui Nor Aleeya, dia hanya dikurung di dalam rumah kosong berkenaan sebelum dibawa keluar oleh sekumpulan lelaki berkenaan.

Saksi terdengar suara jeritan.

Terdahulu, anak keempat daripada tujuh beradik ini dilaporkan hilang ketika keluar ke kedai runcit berdekatan rumahnya untuk membeli paracetamol pada Isnin. Kejadian itu hanya disedari keluarganya selepas gadis ini tidak pulang ke rumah sehingga lewat malam. Sementara itu, terdapat saksi mengatakan bahawa mereka terdengar suara jeritan tidak jauh dari lokasi motosikal yang dinaikinya ditemui.

Sumber:Harianmetro