eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Indonesia Catat Hampir 6,000 Kes Positif COVID-19, 520 Kematian

Kes positif virus COVID-19 di Indonesia terus meningkat dengan jumlah yang dijangkiti hampir mencecah 6,000 orang, manakala 24 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto berkata sebanyak 407 lagi kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes positif kini bertambah kepada 5,923, sejak kes positif pertama disahkan pada 2 Mac lepas.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, 24 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian (sejak kes kematian pertama pada 11 Mac) meningkat kepada 520,” katanya.

Provinsi Jakarta terus mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 246 kes, diikuti Jawa Barat (56), Jawa Timur (46) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Sumber: BERNAMA