Jual 1,000 keping murtabak sehari musim PKP - Keli Merah
KOTA BHARU: Pengusaha murtabak dari Kampung Kadok dekat di sini, memperoleh pendapatan berlipat kali ganda sepanjang Ramadan ini, apabila mampu menjual kira-kira 1,000 biji murtabak sehari.

Ahmad Rais Fikri Rosli, 27, berkata pada hari biasa, hanya 400 biji murtabak sahaja yang dijual kepada penduduk setempat, selain turut dijual secara sejuk beku bagi memenuhi tempahan pelanggan dari luar Kelantan, malah pernah 'diterbangkan' ke Singapura, Dubai dan Mekah.

Katanya, pada bulan Ramadan permintaan murtabak yang dijual meningkat lebih dua kali ganda berbanding hari biasa dan keadaan itu menyebabkan dia dan ahli keluarganya yang lain tidak menang tangan untuk membuatnya susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Setakat ini, setiap hari kami mampu menjual kira-kira 1,000 biji murtabak sepanjang tempoh berniaga di antara jam 3 hingga 5 petang.

"Alhamdulillah, murtabak kami dikenali sebagai 'Murtabak Kadok' bersempena dengan nama Kampung Kadok dan ianya sering menjadi tumpuan bukan sahaja pada hari biasa, malah setiap kali menjelang Ramadan," katanya ketika ditemui di kedainya petang semalam.

Anak sulung daripada lima beradik ini, berkata bagi memenuhi permintaan pelanggan, pada setiap hari, mereka akan menggunakan 10 kilogram (kg) ayam, 10 kg daging dan lebih 2,000 biji telur untuk dibuat inti murtabak dan dimasak pada sebelah malam bagi mengelakkan kekalutan pada keesokan hari.

"Ramuan yang digunakan untuk membuat inti murtabak ini juga menggunakan resepi yang dibuat sendiri oleh ibu saya, Kamisah Ab Majid, 51, sejak 25 tahun lalu dan kami tidak mengubahnya bagi mengekalkan rasa aslinya," katanya yang turut dibantu 13 pekerja dalam kalangan ahli keluarga sendiri saudara mara.

Katanya, walaupun harga barangan meningkat terutamanya bawang besar yang digunakan untuk membuat inti, dia masih menjual murtabak dengan harga sama iaitu RM5 sekeping bagi murtabak daging dan ayam supaya tidak membebankan orang ramai.

"Selain murtabak daging dan ayam, saya juga menjual murtabak keju dengan harga RM8 sekeping, manakala murtabak pisang kismis dan murtabak udang masing-masing berharga RM7 dan ianya juga mendapat sambutan kerana ada penggemarnya tersendiri.

"Bagi memenuhi tempahan pelanggan dalam tempoh PKP ini, saya menggunakan khidmat enam orang penghantar makanan yang juga dalam kalangan ahli keluarga untuk membuat penghantaran terus kepada pelanggan di sekitar Kota Bharu, Tumpat, dan Machang dengan caj yang dikenakan antara RM3 hingga RM7," katanya.

Sementara itu, guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Wan Jamilah Wan Akib, 37, berkata keunikan murtabak Kadok terletak pada intinya yang sedap, tebal serta cukup rasa.

"Walaupun harganya RM5 sebiji, namun rasa berbaloi apabila dibeli kerana intinya yang sangat banyak.

"Selain itu, murtabak ini juga tahan lama. Kalau beli banyak, esok lusa pun boleh makan lagi jika disimpan dalam peti beku.

"Bila nak makan, panaskan dalam ketuhar, boleh tahan berhari-hari," katanya yang juga pelanggan tetap sejak lebih lima tahun lalu.

sumber:Bharian

Jual 1,000 keping murtabak sehari musim PKP

Load Comments

Notifications

Disqus Logo