eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kematian Covid-19 Seluruh Dunia Kini Cecah Melebihi 200,000

Angka kematian akibat  Covid-19 di seluruh dunia telah melepasi 200,000 dengan kes baharu  yang disahkan dijangka akan mencapai tiga juta dalam beberapa hari mendatang, lapor RNZ News.

Lebih daripada separuh angka kematian tersebut dilaporkam berlaku di Amerika Syarikat, Sepanyol dan Itali.

Kematian pertama yang dikaitkan dengan pandemik tersebut dilaporkan di Wuhan, China pada 10 Januari yang lalu. Ia mengambil masa selama 91 hari untuk mencapai angka kematian melebihi 100,000 dan 16 hari lagi untuk mencapai 200,000.

Angka kematian sebanyak 200,000 itu diumumkan oleh Johns Hopkins University di Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat melaporkan lebih 52, 400 kematian setakat pagi sabtu semalam. Sementara itu, Itali, Sepanyol dan Perancis melaporkan di antara 22,000 sehingga 26,000 kematian.

Menerusi kemas kini daripada laman worldometer, angka kematian yang dicatatkan di seluruh dunia sekurang-kurangnya 203,272.


Kes keseluruhan Covid-19 di seluruh dunia yang dicatatkan pula ialah sekurang-kurangnya 2,920,961 manakala pesakit yang telah sembuh adalah sekurang-kurangnya 836,941.

Sumber: RNZ News