Dr Erin, steri kepada Da’i Farhan baru baru ini mengesahkan yang beliau sudah bercerai dengan suaminya pada penghujung April yang lalu. Menurutnya, penceraian ini dibuat atas keputusan bersama.

Penceraian dengan talak satu itu dilafazkan oleh Da’i Farhan menerusi rakaman suara di aplikasi Whatsapp.

“Untuk pengetahuan semua, ustaz telah lafazkan cerai pada 27 April selepas saya sendiri minta untuk dilepaskan. Saya yakin ini terbaik untuk kami bertiga kerana saya tahu pihak sana juga (bekas madu) tak boleh move on”

“Penceraian ini saya minta keraja saya sendiri sudah penat dengan episod sekejap kata nak rujuk dan ceraikan saya, sekejap tak jadi cerai dan mahu bermadu dengan saya — saya tahu ustaz serba salah dan saya memilih untuk diceraikan,” ujarnya.

Diceraikan ketika hamil

Noorainul Naqim atau Drholis memaklumkan bahawa Da’i Farhan sudah melafazkan cerai pada 27 April yang lalu selepas dirinya hamil anak pertama bersama pendakwah tersebut.

Rela diceraikan

Menurut perkongsian itu lagi, Da’i Farhan dikatakan terlalu merindui anak-anaknya. Atas desakan pelbagai pihak, wanita tersebut dengan rela memilih untuk diceraikan.

Susulan daripada itu, dia berharap agar tidak lagi dikaitkan dengan pendakwah itu dan sempat meminta maaf sepanjang  pernikahan mereka andai kata ada pihak yang terguris.

Hamil anak pertama

Pada 25 April yang lalu, drholis telah mengesahkan bahawa dirinya hamil dan memuat naik berita gembira itu di media sosial selepas berasa loya dan muntah-muntah.

Selepas mendapatkan rawatan doktor, dia disahkan hamil setelah ujian kehamilan yang dilakukan menunjukkan dua garis.


Sumber : Drholis

Isteri Da’i Farhan Baru Disahkan Hamil Mengaku Sudah Bercerai

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara kawasan yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, W.P Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir pada petang ini:

Kedah: Kuala Muda, Sik, Baling Kulim dan Bandar Baharu.

Kelantan: Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh

Terengganu: Besut dan Setiu

Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin.

Selangor: Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Johor: Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang

Sarawak: Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Selain dari itu, seluruh kawasan bagi negeri Pulau Pinang, Perak, W.P Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka pula dijangka akan dilanda dengan ribut petir sehingga pukul 6.00 petang ini.



Sumber: MetMalaysia

Amaran Ribut Petir Bagi Beberapa Kawasan Di 12 Negeri Petang Ini

Sebelum ini, penerima fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) secara berperingkat, pada 6 April lalu.

Pembayaran membabitkan peruntukan berjumlah RM5.63 bilion itu akan memberi manfaat kepada 8.3 juta isi rumah.

Terbaru, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberitahu bahawa fasa kedua BPN akan mula dilakukan pada 4 Mei ini.


Menerusi BPN, kerajaan menggariskan empat kategori penerima bantuan.

Kategori pertama adalah kira-kira 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah yang akan menerima bantuan RM1,600 dengan bayaran RM1,000 akan dibayar pada 6 April dan baki RM600 pada Mei.

Bagi kategori kedua, hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 akan menerima bayaran RM1,000 membabitkan bayaran RM500 6 April dan baki RM500 bulan depan.

Kategori ketiga adalah sekitar 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah yang akan menerima RM800 dengan bayaran RM500 untuk fasa pertama dan baki RM300 pada fasa kedua bulan depan.

Kategori keempat adalah 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000 yang menerima RM500 membabitkan bayaran sebanyak RM250 akan dibuat bermula 6 April dan baki RM250 pada Mei.

Sumber: Bernama

Bayaran Fasa Kedua BPN Dibuat Mulai 4 Mei Ini – Menteri Kewangan

Angka kematian akibat  Covid-19 di seluruh dunia telah melepasi 200,000 dengan kes baharu  yang disahkan dijangka akan mencapai tiga juta dalam beberapa hari mendatang, lapor RNZ News.

Lebih daripada separuh angka kematian tersebut dilaporkam berlaku di Amerika Syarikat, Sepanyol dan Itali.

Kematian pertama yang dikaitkan dengan pandemik tersebut dilaporkan di Wuhan, China pada 10 Januari yang lalu. Ia mengambil masa selama 91 hari untuk mencapai angka kematian melebihi 100,000 dan 16 hari lagi untuk mencapai 200,000.

Angka kematian sebanyak 200,000 itu diumumkan oleh Johns Hopkins University di Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat melaporkan lebih 52, 400 kematian setakat pagi sabtu semalam. Sementara itu, Itali, Sepanyol dan Perancis melaporkan di antara 22,000 sehingga 26,000 kematian.

Menerusi kemas kini daripada laman worldometer, angka kematian yang dicatatkan di seluruh dunia sekurang-kurangnya 203,272.


Kes keseluruhan Covid-19 di seluruh dunia yang dicatatkan pula ialah sekurang-kurangnya 2,920,961 manakala pesakit yang telah sembuh adalah sekurang-kurangnya 836,941.

Sumber: RNZ News

Kematian Covid-19 Seluruh Dunia Kini Cecah Melebihi 200,000

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkemungkinan akan dilanjutkan lagi selepas 12 Mei ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, susulan itu semua rakyat mungkin tidak boleh pulang ke kampung halaman mereka untuk menyambut hari raya seperti kebiasaan.

”Saya tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini.

Ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung seperti biasa,” kata beliau.

Tambah Muhyiddin, rakyat masih juga belum boleh mula bekerja kecuali di dalam sektor terpilih yang dibenarkan oleh kerajaan.


”Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan.

Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya,” kata beliau.

Walau bagaimanapun, jika kes-kes COVID 19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial, kata Muhyiddin.

Jelasnya, usaha yang dilakukan ini bagi membolehkan semua rakyat menjalani kehidupan yang lebih selesa.

Oleh itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini sedang merangka satu pelan yang menyeluruh mengenai perkara ini.

Fasa keempat PKP akan bermula pada 29 April ini dan berakhir pada 12 Mei 2020, sejurus fasa ketiga PKP tamat pada 28 April.

Secara keseluruhan, Malaysia telah melaksanakan PKP selama 6 minggu yang bermula pada 18 Mac lalu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.




Mungkin Tidak Boleh Sambut Raya Di Kampung – PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sebelum menyambut Ramadan mengumumkan PKP dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020.

Di akhir ucapannya, beliau sempat bergurau apabila bulan Ramadan kali ini tidak dapat ke Bazar Ramadan tetapi boleh memasak di rumah.

“Jika masakan tidak jadi tak mengapa, boleh post di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini,” katanya lagi.


Ucapan itu mungkin mencuit hati kita apabila satu group di Facebook diwujudkan ketika tempoh PKP ini untuk menghimpunkan masakan-masakan yang tidak jadi sepanjang tempaoh PKP.

Baru beberapa hari group itu dibuka tetapi telah berjaya mengumpul lebih 1 juta ahli.


Sumber: Sidang Media

“Tak Mengapa,Kalau Masak Tak Jadi.. Boleh Post Di Group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini” – PM

KUALA LUMPUR: Kebiasaannya, setiap kali menjelang 1 Ramadan, umat Islam di seluruh negara akan berpusu-pusu pulang ke kampung bagi menyambut bulan penuh keberkatan bersama ahli keluarga.

Tidak hirau menempuh jalan raya sesak, asalkan dapat mengambil ‘mood’ bersahur, berbuka puasa dan terawih bersama orang disayangi di kampung halaman pada hari pertama Ramadan.

Bagaimanapun, situasi kita meraikan kedatangan bulan puasa kali ini, yang bakal tiba beberapa hari saja lagi itu pastinya lain daripada yang lain.

Ia luar biasa dan sudah pasti akan dikenang seumur hidup; umat Islam bakal menyambutnya dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini telah pun memasuki fasa ketiga, bagi membendung penularan COVID-19.

Kerajaan mengingatkan bahawa orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung dalam tempoh PKP fasa tiga dilaksanakan.

E-bazar Ramadan menerusi kaedah pandu lalu serta ‘bungkus dan ambil’ makanan juga tidak dibenarkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata polis akan menambah sekatan jalan raya di seluruh negara bagi memastikan kawalan pergerakan dapat dipertingkatkan berikutan ada ura-ura orang ramai ingin balik ke kampung untuk menyambut Ramadan.

Tidak mengira darjat, malah wakil rakyat juga tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara ketika menjalankan tugas di kawasan masing-masing ketika tempoh pelaksanaan PKP serta tidak boleh mengadakan perjumpaan atau program serta jamuan melibatkan kelompok yang ramai.

Semua SOP dalam PKP ini pastinya mewujudkan norma baharu sambutan Ramadan berbanding kebiasaan kerana majlis berbuka puasa beramai-ramai yang menjadi kelaziman sewaktu bulan Ramadan pun tidak boleh diadakan.

Walaupun kes positif COVID-19 mencatatkan dua angka sejak beberapa hari lepas, namun usaha meratakan lengkuk masih berterusan dan rakyat perlu sedar ia bukanlah satu tiket untuk mereka sesuka hati melanggar PKP.

Apatah lagi menyimpan hasrat untuk pulang ke kampung menjelang Ramadan ini. Jadi, duduk sahaja di rumah.

Perlu diingat, sebanyak 11 penjara sementara bagi tahanan ingkar PKP akan mula beroperasi 23 April ini, kira-kira sehari sebelum tarikh jangkaan umat Islam menyambut Ramadan.

Ini memberi pilihan kepada orang ramai sama ada mahu menyambut Ramadan dengan selesa di rumah, atau mungkin mahu merasakan kelainan tahun ini dengan menyambutnya di penjara. Tepuk dada tanya selera.

– BERNAMA

Sambut Ramadan di penjara atau rumah? Langgar PKP


KUALA LUMPUR, 10 April — Polis Diraja Malaysia mengesahkan menerima satu laporan polis berhubung perbuatan segelintir penghuni Selangor Mansion, di sini, yang membaling objek seperti botol, bungkusan sampah serta pasu bunga, terhadap anggota tentera yang bertugas memasang ‘concertina wire’ di kawasan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, laporan polis dibuat oleh pengadu kerana anggotanya, memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada sebarang laporan polis diterima berkenaan kejadian anggota tentera dibaling dengan air kencing warga asing, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan bertajuk ‘Askar pakai helmet, elak air kencing warga asing’.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, manakala keadaan keselamatan di kawasan terlibat adalah terkawal. Selain itu, pemakaian ‘helmet’ oleh anggota tentera adalah mengikut Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Siasatan kes ini dijalankan di bawah Seksyen 511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu cuba mendatangkan cedera kepada penjawat awam dengan membaling botol dan pasu bunga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata, rakaman percakapan pengadu telah dibuat dan siasatan lanjut akan dijalankan pihaknya, manakala tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana penghuni yang didapati terlibat dalam kes yang dilaporkan itu.

“Kami amat mengharapkan kerjasama semua pihak supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, demi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat, boleh menghubungi ‘Hotline’ Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Hari ini, Bernama melaporkan Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang menafikan dakwaan seperti yang tular di media sosial mengatakan, anggota tentera bertugas di bangunan berkenaan memakai topi keledar untuk elak air kencing warga asing.

— BERNAMA

Baling Objek Keras Kepada Tentera ,Polis Terima Laporan Penghuni Selangor Mansion

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 28 April depan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media Perutusan Khas Perdana Menteri, sebentar tadi.

Sumber: Sidang Media Perutusan Khas Perdana Menteri

UPDATE TERKINI: PKP Lanjut Dua Minggu Lagi Hingga 28 April 2020 – PM

Saksikan telefilem 'Ting Tong...Love' lakonan Naqiu dan Scha Al-Yahya pada Sabtu ini (1 Februari 2020) jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD.

JUDUL : TING TONG... LOVE
WAKTU SIARAN : Sabtu, 1 Februari 2020, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra & Citra HD
PENGARAH : Darkwave Pictures Sdn Bhd
PRODUKSI : Hadith Omar
PELAKON : Naqiu Boboy, Scha Alyahya, Aleza Shadan, PS Mansur, Alynn Techen

SINOPSIS TING TONG LOVE

Bosan dengan desakan ibunya untuk berkahwin, Hairi akhirnya bersetuju dengan syarat dia boleh memilih jodohnya sendiri. Adakah calon pilihan Hairi menepati citarasa ibunya?




Ting Tong Love Telemovie Lakonan Naqiu Boboy, Scha Alyahya

Saksikan telefilem 'Lagu Untuk Suri' lakonan Naim Daniel, Sissy Iman dan Sweet Qismina pada Sabtu (1 Februari) pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : LAGU UNTUK SURIWAKTU SIARAN : Sabtu, 1 Februari 2020, 10:00 malamSIARAN TV : Slot Cerekarama TV3PENULIS SKRIP : Isqandar JebatPENGARAH : Syam AimarPRODUKSI : Primeworks StudiosPELAKON : Naim Daniel, Sissy Iman, Sweet Qismina, Jesse Lim, Aida Aris, Aman Graseka

SINOPSIS LAGU UNTUK SURI

Menceritakan konflik cinta tiga segi antara dua adik beradik, Suri dan Sara dengan seorang penyanyi yang sedang meningkat naik iaitu Johan Abhar.



Lagu Untuk Suri Telemovie Lakonan Naim Daniel, Sissy Iman

Saksikan telefilem Mak Nak Peluk Boleh lakonan Rita Rudaini dan Nasha Aziz pada Sabtu ini, 4 Januari 2020 pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : MAK NAK PELUK BOLEH
WAKTU SIARAN : Sabtu, 4 Januari 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Azlina Din
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Ansar Creative Media Sdn Bhd
PELAKON : Rita Rudaini, Nasha Aziz, Norman Hakim, Fizz Fairuz, Ruminah Sidek, Dhia Irdina, Gen Darwish, Ameerul Asyraf

SINOPSIS MAK NAK PELUK BOLEH

Syafikah telah berpindah ke KL bersama anaknya Nelly Syakira apabila menerima tawaran kenaikan pangkat di sebuah syarikat swasta terkenal dan meninggalkan suaminya, Arul yang bertugas di Sarawak.


Mak Nak Peluk Boleh Telemovie Lakonan Rita Rudaini, Nasha Aziz

Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini melalui Facebook rasmi mereka membuat liputan siaran langsung mengumumkan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ini.

Pengagihan pendapat sebanyak 5.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) telah diumumkan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebentar tadi.

Tahun lalu menyaksikan pulangan pendapatan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 6.50 sen bagi seunit ASB.



PNB Umum Dividen Dan Bonus Bagi Tahun 2019

Merujuk dalam satu laporan berita, masalah berkaitan mental kian berleluasa di negara ini dengan ada di antaranya membawa kepada kematian. Kurangnya pengetahuan berkaitan masalah atau penyakit mental dalam kalangan masyarakat menyebabkan ramai yang memandang ringan mengenai isu ini.

Namun, apa yang menyedihkan, kebanyakan kes berkenaan gagal dikesan bagi membolehkan rawatan dapat diberi secepat mungkin. Kemurungan atau depresi adalah punca utama ketiga penyakit mental yang membelenggu kehidupan remaja.

Pelbagai faktor boleh menyebabkan hal ini berlaku. Ini merupakan satu kajian mengenai tingkah laku yang sering terjadi di negara ini.

Kajian Institut Kesihatan Umum (IKU) terhadap 212 orang pelajar sekolah menengah yang dipilih menggunakan kaedah pensampelan “cross-sectional” mendapati terdapat sedikit peningkatan tingkah laku bunuh diri dalam kalangan pelajar sekolah berbanding kajian tahun 2012.

Kelakuan ini juga didapati paling tinggi dalam kalangan pelajar tingkatan satu. Pemerhatian terhadap bangsa pula, bangsa India adalah paling lazim dengan tingkah laku bunuh diri, diikuti dengan bangsa Cina. Bangsa Melayu mencatat kelakuan bunuh diri paling rendah.

Tingkah laku bunuh diri mengikut Negeri :

1. (Berfikir) bunuh diri paling tinggi di WP kuala lumpur dengan 13.2%
2. (Merancang) bunuh diri paling tinggi di Selangor dengan 9.5%
3. (Cubaan) bunuh diri paling tinggi dicatatkan di negeri perak dengan 9.3%


Ambil Tahu Tingkah Laku Pelajar Keinginan Bunuh Diri

Hijau bukan sebarang hijau tapi hijau dimnati wanita mahupun gologan lelaki kerana ia mampu menurunkan berat badan dengan cara yang baik 

Epal hijau ini mempunyai lemak yang rendah tetapi mempunyai kandungan yang serat yang sangat tinggi. Tambahan pula, epal ini membantu secara langsung untuk anda rasa kenyang dengan cepat. Jika nak tahu lebih lanjut tentang khasiat ini, jom kita ikuti penjelasan Dr Zubaidi dalam perkongsiannya di laman Facebook tentang manfaat epal hijau.

Menurut Dr Zubaidi, mengamalkan pengambilan epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan, terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ia juga mempunyai pelbagai khasiat kerana kandungi nutrisinya yang tinggi, seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan serat yang mudah larut.

Jika memakan epal hijau, kita digalakkan memakan sekali dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Paling menarik lagi untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.

Untuk pengetahuan anda, zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Cuma pesakit gastrik harus berhati-hati dengan epal hijau yang masam.

Selain itu epal hijau mempunyai manfaat seperti :

  1. Menghalang pembinaan plak kolesterol dalam dinding salur darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  2. Membantu kesihatan menguatkan fungsi paru-paru.
  3. Menguatkan tulang dengan menambah pada mineral pada tulang.
  4. Mengekalkan berat badan.
  5. Mengurangkan kekerapan mendapat asma.
  6. Mengurangkan risiko mendapat penyakit barah.
  7. Lepas ini, mudahlah untuk sesiapa yang mahu turunkan berat badan dengan cara yang sihat cuma dapatkan epal sebanyak yang boleh untuk di makan setiap hari. Walaupun harganya agak mahal tetapi kesan untuk kesihatan kita sangat berbaloi.

jadi apa yang ditunggu amalkan makan epal hijau kerana khasiat dan kepentingannya dalam membantu kita menggurangkan berat badan 

Sumber : Dr Zubaidi

6 Manfaat Epal Hijau Selain Turunkan Berat Badan Yang Kena Tahu

TAIPING: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dan teman lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes bunuh abangnya di Taman Glenview, Kamunting, di sini, semalam.

Suspek dan teman lelakinya berusia 15 tahun yang ditahan di rumah masing-masing, semalam, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini dengan berpakaian lokap pada jam 8.30 pagi tadi.

Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Hidayah Ismail, kemudian membenarkan kedua-dua suspek direman bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan mayat seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemui jam 12.18 tengah hari semalam di belakang sebuah rumah kosong bersebelahan kediamannya di Taman Glenview.



Mayat mangsa yang sebelum ini dilaporkan hilang oleh kakaknya, Jumaat lalu, ditemui dengan kesan kelar di leher dan kedua-dua pergelangan tangan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, dilaporkan berkata berdasarkan hasil siasatan, polis menahan adik perempuan mangsa serta teman lelakinya dan kedua-dua suspek kemudian mengaku membunuh remaja itu.

Osman berkata, siasatan awal mendapati motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada pergaduhan mangsa dengan teman lelaki adiknya selepas telefon bimbit suspek tertinggal di rumah mereka.



Sementara itu, mayat mangsa sudah dituntut ahli keluarganya selepas bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, jam 10.30 malam tadi.

Menurut sumber forensik, bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian remaja berkenaan ialah pendarahan berlebihan akibat tikaman di leher.

Bagaimanapun, usaha menemu bual ahli keluarga mangsa gagal apabila kesemua mereka enggan diganggu berikutan masih dalam keadaan sedih.

Remaja Perempuan 14 Tahun Dan Teman Lelaki Disyaki Bunuh Abang Direman


IPOH: Seorang pemandu bas ekspres meninggal dunia akibat serangan jantung apabila tiba di sini, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, Johari Abdul Jalil, 57, sedang memandu dan membawa penumpang dari Kuala Lumpur menuju Pulau Pinang, sebelum dipercayai mengalami sakit dada dan bertindak berhenti di lorong kecemasan berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan.

Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia pada jam 3.14 pagi.

Rakan sekerja mangsa yang enggan dikenali berkata, arwah difahamkan sudah mengalami sakit dada ketika tiba di Simpang Pulai, namun masih dapat memandu hingga ke Plaza Tol Ipoh Selatan sebelum berhenti di situ.

“Saya difahamkan mangsa sempat berhenti di lorong kecemasan dan menarik brek tangan sebelum tidak sedarkan diri.

“Berita tersebar di media sosial mengatakan arwah ambil keputusan keluar Tol Ipoh Selatan untuk berhenti minum adalah tidak benar dan tiada langsung insiden membahayakan penumpang berlaku,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, hari ini.

Beliau berharap orang ramai tidak menyebarkan sebarang berita tidak tepat kerana boleh menyinggung perasaan ahli keluarga dan rakan yang mengenali mangsa.

Sementara itu, isteri mangsa, Noriza Mustaffa, 52, yang hadir menuntut jenazah berkata, dia mendapat maklumat mengenai kejadian menimpa suaminya kira-kira 3 pagi daripada rakan mangsa.

“Saya bersama anak terus bertolak ke Ipoh dari Alor Setar, Kedah dan tiba 7 pagi tadi.

“Arwah sebelum ini tidak pernah mengadu atau memberitahu ada penyakit jantung dan keluarga hanya mengetahui dia ada penyakit darah tinggi,” katanya.

Beliau berkata, mereka mempunyai tiga anak dan seorang cucu dan arwah baru saja bekerja dengan syarikat bas berkenaan dan sebelum ini memandu bas syarikat lain serta mempunyai bas sendiri.

Ajal Ketika Memandu Bas Ekspres Akibat Serangan jantung


BATANG KALI - Bayi berusia lima hari yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan pagi tadi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu.

Ibu bayi berkenaan berusia 35 tahun mengalami kecederaan parah dengan kesakitan di bahagian perut akibat luka pembedahan ceaser dan kini menerima rawatan di Hospital Selayang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kemalangan berlaku di KM49 Jalan Kuala Lumpur - Ipoh berdekatan Jabatan Pertanian Batang kali, jam 9.45 pagi.

Menurutnya, Perodua Bezza dipandu bapa bayi berkenaan dalam perjalanan dari Batang Kali menghala ke Klinik Ibu dan Anak Rasa.

"Sampai di tempat kejadian, Perodua Bezza melanggar bahagian hadapan kereta Proton Saga yang datang dari arah bertentangan secara tiba-tiba membuat pusingan U di tempat kejadian.

"Perlanggaran mengakibatkan Bezza terbabas melanggar pengadang besi jalan di sebelah kiri jalan.

"Pada masa yang sama datang kereta Perodua Myvi dari arah belakang Bezza juga tidak sempat mengelak," katanya.

Beliau berkata, bapa bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu Proton Saga berusia 56 tahun cedera di bahagian leher dan kepala.

Menurutnya, kes diklasifikasi di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Bahagian Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hulu Selangor, Leftenan (PA) Ab Azizul Hakim Ab Rahim berkata, empat anggota ke lokasi kejadian mendapati empat mangsa cedera termasuk bayi berkenaan.

"Mangsa yang cedera diberi bantuan rawatan awal oleh anggota APM bersama pasukan perubatan Kementerian Kesihatan dan mangsa berjaya dibawa keluar dari kenderaan terlibat.

"Semua mangsa cedera dikejarkan ke hospital dengan menggunakan ambulans APM dan KKM untuk rawatan segera," katanya- sinarharian

Bayi Lima Hari Maut Kemalangan Ibu Cedera Parah


Cyberjaya : Kementerian Kesihatan akan melakukan pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar penyakit Myokymia yang dihidapi seorang pelajar setelah dipercayai terdedah kepada pencemaran toksik Sungai Kim-Kim, Pasir Gudang, pada Mac lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata pihaknya perlu mendapatkan kepastian sama ada penyakit berkenaan yang menyebabkan beberapa anggota badan menggeletar mempunyai kaitan dengan pencemaran toksik berkenaan.

”Banyak kemungkinan punca kepada penyakit Myokymia ini, kadangkala kerana tumor otak atau penyakit lain. Jadi kita kena kenalpasti apa punca penyakit berkenaan sebelum boleh buat sebarang rumusan.

“Kita akan buat siasatan dan pemeriksaan lanjut sama ada ia berkaitan (kesan pencemaran) atau tidak,” katanya ketika ditemui sumber selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2019 di sini hari ini.

Irfan Wafiy Idham Wazir, 12, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, setelah sukar untuk bernafas dipercayai akibat terhidu gas beracun semasa sesi persekolahan.

Irfan Wafiy disahkan positif Myokymia setelah kesnya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur.

Pencemaran toksik di Sungai Kim Kim pada Mac lepas menjejaskan kira-kira 4,000 penduduk termasuk pelajar sehingga menyebabkan 111 sekolah di kawasan tersebut diarahkan tutup sementara.

Sumber : Bernama

Kementerian Kesihatan Siasat Punca Sebenar Pelajar Hadapi Myokymia