eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kita”Ada Tanda-Tanda Awal Covid-19 Semakin Pulih Di Malaysia” – Dr Noor Hisham

Terdapat tanda-tanda awal kita berjaya mengekang penularan wabak Covid-19 berdasarkan laporan graf daripada Malaysian Institute of Economic Research (MIER), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut Dr Noor Hisham, Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama menunjukkan terdapat sedikit garisan mendatar di dalam graf kes sekaligus memberi bayangan tanda-tanda awal langkah ini berjaya.

”Tindakan kita dalam tempoh dua minggu dalam MCO kita lihat garisan warna biru, jadi kes kita tak naik secara mendadak tetapi ada sikit mendatar.

”Jadi nampak daripada graf ini ada kejayaan ataupun tanda-tanda awal kita berjaya dalam tindakan kita untuk melaksanakan MCO.

Oleh itu, di dalam fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini sehingga 14 April, kementerian akan meningkatkan usaha mengawal penularan Covid-19 terutamanya di kawasan zon merah.

”Jadi kita harap fasa kedua kita dapat mempertingkatkan strategi dan aktiviti-aktiviti kita terutamanya di hotspot-hostpot yang telah dikenal pasti,” kata beliau.


Namun, kata Dr Noor Hisham, kejayaan ini bergantung kepada seluruh rakyat Malaysia dalam tempoh dua minggu fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan kekal berada di dalam rumah masing-masing dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan.


SUMBER:KMM