eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Ayana Jihye Moon“Hari ini, 8 tahun yang lalu saya masuk Islam…”

Kisah Ayana Jihye Moon dimana dia merupakan seorang gadis Korea Selatan memeluk agama Islam dan berhijrah ke Indonesia beberapa tahun lalu viral dan menjadi bualan hangat warganet.

Wanita berusia 25 tahun ini juga dikenali sebagai model muslimah yang cukup popular di laman sosial dan menerusi Instagram juga dia kini sudah mempunyai 2.7 juta followers yang senang mengikuti perkembangannya.

Walau bagaimanapun, kisahnya sangat menarik perhatian netizen sehingga Ayana Jihye Moon ini turut menjadi inspirasi buat gadis muda di luar sana.

Perkongsian Ayana Jihye Moon baru-baru ini juga menjad buah mulut warganet apabila dia berkongsikan perasaan gembira kerana adik lelakinya yang juga memeluk agama Islam sekitar Mac tahun lalu dan mengikuti jejak langkahnya membuatkan pada tahun ini dia dapat menjalani ibadah puasa bersama adik.




Selain itu, perkongsian terbaru Ayana Jihye Moon tentangnya juga mencuri tumpuan ramai apabila dia berkongsikan kisah pada hari dirinya memeluk agama Islam bersempena tarikh 29 April.

“29 April. Sudah 8 tahun. Hari ini, 8 tahun yang lalu saya masuk Islam. 8 tahun lalu, saya sendiri. 8 Tahun lalu, saya tidak percaya diri.

“Dan sekarang saya percaya diri sebagai seorang muslimah dan menantikan masa depan saya sebagai seorang muslimah dalam Islam.”






 Kini dia sudah percaya diri sebagai seorang muslimah, Ayana Jihye Moon juga bersyukur imannya semakin hari semakin kuat.

“Alhamdulillah, iman saya semakin hari semakin kuat. Semoga saya bisa tetap istiqomah dan selalu dalam lindungan Allah SWT.”

Sumber: Instagram