eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pusat Beli-Belah, Dobi, Bengkel Kereta & Motosikal Antara Yang Dibenarkan Beroperasi Bermula 4 Mei 2020

Berikutan pembukaan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati pada Isnin (4 Mei 2020), terdapat beberapa syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Di dalam sektor peruncitan, kapasiti pekerja adalah melibatkan 100% di mana terdapat waktu operasi dan kehadiran pelanggan yang berbeza.

Namun, arahan tetap tertakluk kepada peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selain operasi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) masih belum dibenarkan.

Berikut merupakan syarat-syarat dan SOP lengkap yang perlu diikuti oleh semua di dalam sektor peruncitan mengikut pecahan kepada 8 bahagian.

1. Kompleks membeli-belah, pasaraya/pasaraya besar, departmental store, farmasi/penjagaan diri, butik/kedai pakaian, kedai serbaneka/mini mart

2. Dobi (termasuk layan diri)


3. Kedai pakaian dan aksesori fesyen


4. Restoran

5. Kedai perabot, kedai emas, kedai eletrik dan eletronik, kedai buku & alat tulis, kedai hardware, makanan haiwan

6. Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti

7. Kedai cermin mata dan alat optik

8. Stesen minyak

Sumber: Majlis Keselamatan Negara