eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wanita Hamil 7 Bulan Maut Digilis Treler,Sempat Bagi Duit Pada Adik-Adik

Wanita sarat hamil tujuh bulan maut digilis lori treler selepas terbabit kemalangan di lampu isyarat Jalan Permatang Buloh, Sungai Dua, Butterworth malam tadi.

Menurut laporan Astro Awani, mangsa Nur Amirah Izzati Ahmad Rohaizat yang menunggang motosikal bersendirian dikatakan melanggar lampu isyarat merah sebelum berlanggar dengan kereta pacuan empat roda.

“Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Mertajam selepas pulang dari bertemu rakannya di Teluk Air Tawar, Butterworth.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh dan menggelongsor di atas jalan sebelum digilis sebuah treler yang melalui laluan tersebut,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.



Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber : Astro Awani , Penang Kini