eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Di Sebalik Tabir 7 Hari Mencintaiku 2

Drama yang diadaptasi dari novel judul yang sama iaitu 7 Hari Mencintaiku ini sudah pun berada di pertengahan perjalanan kisahnya. Dibintangi oleh Shukri Yahaya, Siti Saleha, Kazar, Liza Abdullah, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli dan ramai lagi, drama ini nampaknya mampu membuatkan emosi penonton terusik.

Saban hari episod dalam 7 Hari Mencintaiku 2 ini ada sahaja plot yang berlaku. Minggu lalu episod hari Jumaat diakhiri dengan Khuzairi dalam perjalanan mencari Mia Adriana dan diberi bayangan mungkin terlibat dalam kemalangan.

Ini kerana Mia Adriana yang dibintangi oleh Siti Saleha merajuk membawa diri yang lara dengan kata-kata dari ibu mertuanya, Mak Leha. Dalam babak yang berlaku minggu lalu mungkin ramai yang geram dengan perangai Mak Leha yang tidak serik-serik mahu menjodohkan Khuzairi dengan wanita lain.



di sebalik tabir 7 Hari Mencintaiku 2 seperti berikut

Sumber: SITI SALEHA