eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Kalau Tidak Ada ‘Social Responsibility’ & ‘Social Discipline’, Kita Kalah…” – Dr Noor Hisham



Jika sebelum ini Malaysia sudah berjaya mencatat satu angka kes baru Covid-19, namun selepas kerajaan mula memberi kelonggaran, nampaknya sebaliknya yang berlaku.

Sehingga hari ini, kes baru Covid-19 menunjukkan peningkatan semula dengan mencatat sebanyak 39 kes dengan 28 kes jangkitan tempatan membuatkan kerajaan sedia mengembalikan PKP jika kes baharu meningkat ke 3 digit.

Ini tanggungjawab bersama

Dalam satu sidang media, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang jelas risau dengan peningkatan kes baru in.




Beliau menyatakan, pandemik ini bukan hanya tanggungjawab Kementerian Kesihatan, bukan hanya tanggungjawab kerajaan, tetapi tanggungjawab kita bersama ‘social responsibility’, dan ‘social discipline’.

Tidak ada social responsibility kita tetap kalah
Tambah beliau,  kalau tidak ada social responsibility dan social discipline maka kita tidak akan berjaya berjaya menangani penularan Covid-19 di negara ini.

“kalau tidak ada social responsibility dan social discipline maka kita tidak akan berjaya, kita tetap akan kalah…”

Sepatutnya, kita perlu memperkasakan komuniti kita dengan langkah berjaga-jaga. Ia adalah tanggungjawab bersama bukan hanya bergantung sepenuhnya kepada pihak Kerajaan dan Jabatan Kesihatan Malaysia semata-mata.