eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Najib Selesai Bayar RM1 juta Duit Ikat Jamin,Anak-Anak Jadi Penjamin Kes SRC

 Selepas dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dengan perlu membayar denda sebanyak RM210 juta, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM1 Juta.

Bayar duit ikat jamin

Tengahari tadi, beliau telah hadir ke kaunter Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi bersama anaknya, Norashman Najib bagi membayar ikat jamin tersebut.

Anak-Anak jadi penjamin Najib

Menerusi Berita Harian, Najib Razak perlu membayar ikat jamin RM1 juta itu selepas mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Dalam pada itu, anak kepada ahli parlimen Pekan tersebut telah memuat naik status di IG story memaklumkan bahawa dia (Nooryana Najwa) dan adiknya, Norashman bertindak sebagai penjamin kepada bapa mereka bagi kes SRC ini.

baca semua komen & DM

Tambah Nooryana lagi, dia dan seluruh ahli keluarga membaca setiap kata-kata semangat yang diberi kepada mereka menerusi komen dan juga mesej peribadi yang dihantar.

Walaupun mengakui kecewa dengan keputusan yang telah diterima semalam, namun mereka tetap tidak putus asa untuk meneruskan perjuangan menafikan setiap tuduhan yang dikenakan kepada Najib Razak.