Najib Lafaz ‘Sumpah Laknat’ Sekali Lagi - Keli Merah -->
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) —  Datuk Seri Najib Tun Razak melafazkan ‘sumpah laknat’ ketika merayu hukuman ringan dari kandang tertuduh hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata sebagai seorang Muslim, meskipun beliau sebelum ini sudah melafazkannya pada peringkat awal perbicaraan kes itu, beliau sekali lagi mengulangi “Wallahi Wabillahi Wattallahi.”

“Saya tidak minta wang RM42 juta itu, saya tidak merancang untuk mendapatkan wang RM42 juta itu dan wang RM42 juta itu juga tidak ditawarkan kepada saya.

“Tidak ada keterangan atau saksi yang menyatakan demikian. Saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai RM42 juta itu. Itu sahaja yang ingin saya katakan,” katanya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan terdiri daripada kesalahan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.

Najib, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding itu, berkata beliau ingin merujuk kepada tempoh sembilan tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata sepanjang tempoh tersebut, negara makmur sehingga mempunyai pertumbuhan ekonomi yang amat memberangsangkan selama sembilan tahun berturut-turut yang berakhir dengan pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus 2017.

“Kita menyaksikan pasaran saham melonjak untuk satu jangka masa yang panjang dalam sejarah negara dengan 1,900 mata di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

“Sepanjang tempoh ini, saya memastikan pembangunan pembangunan infrastruktur berskala besar dalam negara termasuk pengangkutan awam dan perumahan.

“Saya juga memastikan setiap kumpulan komuniti mendapat manfaat, contohnya petani, peniaga kecil dan penjawat awam telah mendapat manfaat daripada program berskala besar untuk meningkatkan pendapatan mereka,” katanya.

“Saya telah memansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), sesuatu yang saya tidak begitu diberikan kredit. Saya telah memastikan negara tidak mengalami tempoh yang menyaksikan penyalahgunaan kuasa.

“Saya juga telah memberikan cadangan untuk melaksanakan satu sistem sumbangan politik yang lebih telus tetapi ia memerlukan sokongan dwipartisan namun pembangkang ketika itu tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan ia terkubur begitu sahaja,” kata.

Sumber: BERNAMA

Najib Lafaz ‘Sumpah Laknat’ Sekali Lagi

Load Comments

Notifications

Disqus Logo